Saturday, April 24, 2010

Kenangan masa kecik...PART 2

Kenangan rumah J-16

Hmm..rumah ni seingat aku lah, kitorang satu family start duduk sejak tahun 1987, sejak aku Darjah 1 lagi. Masa tu kawasan ni sejuk sangat-sangat..sebab belakang ni bukit. Tak ada lagi pembangunan, pemotongan bukit atau pembesaran jalan.hehehe..kat tepi rumah aku ni, ada anak sungai, aku agak sungai ni dari hutan belakang bukit tu..air dia sejuk sangat, siap ada labi-labi, anak ikan, pasir pun jernih..awal-awal kitorang duduk sini, sungai tu bersih, tak tercemar lagi. Yelah, rumah tak banyak, lepas tu, jambatan yang sekarang menghubungkan Fasa 6 (rumah J-16) aku ke bandar Melawati pun masih takde, tempat tu penuh dengan hutan kecik.

Oh ye,sebut pasal sungai tepi rumah aku ni, aku teringat,masa tu aku darjah 3. Hobi aku petang-petang, lepas balik sekolah ialah menangkap anak-anak ikan kat sungai tu..masa tu aku rasa macam seronok sangat tengok anak-anak ikan berkumpul membentuk satu kawanan..bila tangkap dengan tangan, haaa, banyak gila dapat..tu yang seronok..aku siap beli jala kecik lagi kat kedai mamak.hehehe..Tapi yang tak seronoknya, anak-anak ikan yang aku tangkap ni, aku pilih-pilih yang bunting je..nak tau sebab apa? Sebabbbb, dengan jahatnya, aku akan picit perut dia sampai tersembur anak-anak dalam perut dia..memang jahat sungguh..tiap-tiap hari aku buat macamtu..sampailah satu hari itu....jeng..jeng..jeng...

Balik dari sekolah, aku masih meneruskan aktiviti gila aku tu, sampai puas tengok ikan-ikan menggeletik mati, aku balik rumah...lepas tu, malam tu jugak, tiba-tiba perut aku kembung..kembung kembung..kembung..dan besar..dan besar..dan besar..sampai tegang, rasa nak meletupp!! aku menangis-nangis cakap kat mak perut aku sakit..mak sapu minyak Mestika, tak jalan, urut-urut,tak jalan, tiup-tiup, tak jalan gak..pastu dah habis ikhtiar, mak aku panggil Opah (opah ni nenek yang ajar kitorang adik beradik mengaji sampai pandai)...Opah duduk depan rumah aku je..then malam tu jugak Opah datang, opah terkejut tengok perut aku yang besar tu..tanya aku kenapa? Aku cakap la (sambil nangis) sakit perut..perut keras,rasa nak meletup..pastu dia tengok lain macam je..dia tanya aku ada wat apa-apa ke kat binatang? Aku cakap takde, pastu dia cakap lagi, cuba cakap betul-betul dengan opah, tak baik menipu..pastu aku cakaplah aku suka picit perut ikan (dengan rasa takut-takut)...pastu opah geleng pala, dia jampi-jampi (sambil jampi sambil mengomel) kat aku..jampi-jampi, sapu minyak dan bagi aku minum air..dan-dan je perut aku kempis...pastu opah mengomel lagi..kata tak baiklah buat jahat kat binatang, dia nak hidup macam kita jugaklah..blablabla potpetpotpet..sejak dari haritu, aku dah insaf, dan aku jadi sayang pulak pada binatang..yelah, diorang kan macam kita juga...nak hidup berkeluarga dan bergembira sampai akhir hayat...minta maaflah pada ikan-ikan yang dah aku bunuh dengan sengaja..kesian ikan-ikan tu..tak sempat beranak pinak dah mati kat tangan aku...

Duduk kat area J-16 tu, aku ada ramai kawan-kawan perempuan..mostly jiran-jiran mak aku diorang ni ada anak perempuan ramai, jadi aku pun petang-petang suka main teng-teng, batu seremban, lumba lari, masak-masak dengan dioranglah..sejak abang-abang aku dah bersekolah, diorang dah tak minat nak geng dengan aku..biasalah, eksyen,dah rasa jadi lelaki lah kononnya bila ada geng laki kat sekolah padahal diorang baru darjah 2, 4,5,6..hehehe..aku pulak,masih macam biasa..masih dengan dunia kanak-kanak aku..kakak-kakak aku (Kak Ma & Kak Dah) ada kat boarding school kat Kuala Terengganu, jadi diorang balik KL pun setahun 1-2 kali je baru boleh jumpa muka. Memang aku tak rapat dengan diorang masa tu, lagipun beza umur jauh sangat.

Oh ye, aku nak cerita pasal kawan aku ni, aku panggil Deq. Dia jiran depan rumah aku, dan selang beberapa buah rumah. Mak dia pandai masak kek pisang, dan mak aku pulak, rajin beli kek pisang dia. Waktu ni aku Form 4, dan waktu ni jugak, abah dah mula hidup senang, bolehlah nak beli itu ini untuk kitorang adik beradik..ada satu waktu tu, mak abah belikan loket emas bentuk bunga ros untuk Ayu (adik bongsu aku) dari Habib Jewels. Aku pun macam jeleslah, kenapa mak tak belikan untuk aku gak..then aku tanya, boleh tak nak beli benda yang sama untuk diri aku jugak? Aku kata nak pergi beli sendiri. Then mak bagi aku duit, dalam RM 200 (masa tu emas memang murah, tahun 1996). Aku ajak Deq pergi Habib Jewels kat Jusco Wangsa Maju (masa tu nama dia Alpha Angle). Sampai kat Jusco, kitorang jalan-jalan pergi tengok baju-baju, then tiba-tiba Deq cakap, eh bagi kita peganglah beg awak tu..nanti senang awak nak jalan-jalan..aku yang lurus bendulnya ni pun kata, oklah..then bila dah bagi, tiba-tiba dia kata nak gi toilet jap..aku kata jomlah,then dia kata, takyah ikutlah, kita pergi sendiri je..aku pun kata, oklah..lepas dia dah balik dari toilet, kitorang pun pergilah Habib Jewels kat depan Padini, then aku pilih loket yang sama dengan Ayu (kakak tu kenal aku, sebab parents aku biasa beli jewellery kat situ), then masa nak bayar tu, aku terkejut tengok dalam purse aku ada RM 100 je!!! Mana lagi RM 100??

Aku memang tergamam masa tu, kakak tu tanya, napa dik? Aku cakap yang tadi aku bawak cukup duit, tapi duit tiba-tiba tak cukup..dia kata, mungkin tercicir ke apa ke..then aku tanya Deq, ada nampak tak duit tercicir dalam teksi ke apa ke? Dia kata takde..apalah bodohnya aku ni..kalau nak tercicir duit dalam teksi, dah sah2 tercicir semua sekali..nama pun lurus bendul..hahah..pastu aku tengok Deq macam tergagap-gagap..dia buat-buat tanya, duit awak hilang ke? Aku pandang dia macam syak sesuatu..tapi aku diam je..then dengan perlahan-lahan, aku keluarkan duit yang kebetulan aku bawak extra dari poket aku..aku nampak Deq macam tergamam..nasib baik aku bawak extra RM 100...harga loket tu dalam RM180..lepas bayar tu, aku senyap je..tak cakap apa dengan Deq..aku nampak muka dia dah serbasalah..macam ada sesuatu..aku tahan teksi, kitorang naik balik rumah, tapi aku tak bertegur pun dengan dia..sebab, aku tau memang dia yang amik!! Sebab tu dia buat-buat nak pergi toilet!

Bodoh betul aku bagi orang pegang beg aku macam gitu je...sampai rumah, aku buat dek je dengan dia..aku balik tu,aku cerita terus dengan mak abah..mak kata, itulah, lainkali percaya lagi kat orang..aku cakaplah dengan mak, mana nak tau dia nak wat benda tu, sebab dah kawan dengan dia dari kecik lagi..mak kata, macam-macam jenis orang ada sekarang....hai..kenangan betul masa tu...since that aku dah tak kawan dengan dia dah, kalau dia tegur ke, ajak aku keluar ke, aku wat bolayan, bagi macam-macam alasan..oh tidak, pisang tidak akan berbuah 2 kali ye..aku cuma kawan dengan kakak dia je..dan sekarang, mak dia dah berjaya dengan business kek pisang tu..tak ingatlah apa jenama kek pisang tu, tapi quite famous...memang sedap gila-gila2! aku rasa kat jusco/ giant ada kot... and diorang pun dah pindah ke tempat lain. Aku benci betul orang macam tu. Nak duit dengan cara senang je.

Tapi semakin aku besar, aku dah hilang one by one jiran-jiran perempuan aku ni..ada yang pindah rumah, masuk boarding school, eksyen, pilih kawan, aku pulak, start je Form 1, aku dah mula berjauhan dengan keluarga, dah start masuk asrama..tapi Form 3, aku pulang semula ke Kuala Lumpur tercinta ini, dan bersekolah kat sini. hehehe...

Kenangan di masa kecik...PART 1

Bila bercerita pasal kenangan masa kecik ni, macam-macam ada dalam fikiran aku nih. Macam-macam aku nak bercerita.hehehe...

Masa kecik dulu, sebelum umur aku 7 tahun, kitorang 1 family duduk rumah kat Jalan C-10 (rumah Kak Dah sekarang). Lepas tu, bila umur aku dah 7 tahun, time tu abah dah beli rumah baru kat Jalan J-16 (rumah sekarang), barulah kitorang pindah sana. Sempatlah aku merasa duduk rumah baru start je Darjah 1. hehehe..

Cerita di Jalan C-10

Masa duduk rumah kat C-10 ni, aku geng dengan abang-abang aku je. Maklumlah, aku je sorang perempuan lepas berderet anak lelaki 4 orang. Siapa lagi aku nak geng, kalau bukan dengan abang-abang aku yang teramat lah nakalnya itu. Aku panjat bumbung, terjun dari bumbung, panjat palong (ala saluran air yang besar dan panjang gila-gila tu), panjat pokok, dan boleh dikatakan apa saja skill lelaki yang abang aku ada, aku pun ada jugak. heh heh heh..

Kat area situ, aku kurang kawan perempuan. Aku ingat lagi, dulu aku ada berkawan dengan sorang budak perempuan, aku tak ingat dah nama dia, tapi mungkin Nadia kot..aku ni ganaslah katakan, kitorang main masak-masak kat porch rumah dia, then aku pun berlakon lah menumbuk daun (konon bawanglah tu) kat atas simen porch dia tu (zaman 80an simen je lagi, takde tiles-tiles ni)..tumbuk,tumbuk,tumbuk guna batu, sekali, krakkk! pecah simen rumah dia..dia terperanjat, aku lagi terperanjat, dia nangis,aku pun nak nangis lah..dia sibuk cakap nanti mak dia marah dia..aku pun cakaplah, kita pun takut mak awak marah kita. Habis macamana?

Lepas tu, entah macamana, aku lari balik rumah, tinggalkan dia nangis sorang-sorang..mestilah aku lari, sebab takut sangat..aku agak umur aku masa tu 5 tahun. hehehe..pastu the next day, dia datang rumah aku, dia kata mak dia marah sebab simen tu pecah, then mintak dengan aku 50 sen untuk simen pecah tu..aku pun cakaplah, mana kita ada duit banyak tu! Lepas tu aku cakap, kita taknaklah kawan awak lagi, nanti mak awak mintak duit lagi dengan kita..pastu aku pun stop kawan dengan dia..kesian dia, dahlah aku je kawan dia, everytime aku main kat luar dengan abang-abang aku, naik basikal ke, lari pergi palong ke, aku nampak dia duduk sorang-sorang atas buaian rumah dia tengok aku..sob..sob...sedih pulak...

Ni lagi satu cerita..ada jiran sebelah rumah aku, jiran selang 2 buah rumah lah..tuan punya rumah tu aku panggil atuk dengan nenek. Nenek ni memang pandai melukis, in fact, dia boleh melukis muka dia sendiri. Aku memang kagum gila lah dengan dia.hehehe..dia ada cucu, nama aku tak ingat dah. Dia ada buatkan loteng untuk cucu dia, bilik+lotenglah, kat situ ada banyak mainan untuk cucu dia. Tapi nenek ni seingat aku, tak pernah nak bagi aku naik loteng cucu dia tu..kedekut sangat. Macam-macam alasan dia bagi, kata takut sepahlah, atas tu ada hantulah,itulah inilah... Sekarang pun nenek tu ada lagi, and then, dia selalu salahkan rumah Kak Dah yang banyak pokok kalau ada musang ke ular ke kat area C-10 tu...ciss..nenek tu baik memang baiklah, tapi grumpy yang amat..suami dia dah arwah dah few years ago..aku rasa dia lonely kot, that's why dia takut berlebihan. Tengok rumah tu pun sunyi sepi. Aku rasa mungkin anak-anak and cucu dia dah pindah, tak tinggal dengan dia lagi..nenek..oh nenekk....

Masa kecik dulu, aku memang manja dengan abah..sikit-sikit abah..sikit-sikit repot kat abah...abah pulak time tu selalu outstation pergi overseas, jadi tinggallah mak jaga kitorang adik beradik..dulu kitorang ada jugak orang gaji, tapi bukan orang indonesia lah, orang local je yang kitorang panggil kakak..zaman awal 80an dulu orang-orang Indon yang berhijrah ke Malaysia tak meluas macam sekarang..kakak ni lah yang selalu jaga kitorang adik beradik..Pernah satu masa, abah nak pergi outstation, aku nampak abah dah kiss mak, aku dah agak abah nak keluar lama lagi, aku pun menangis lah..menangis menangis menangis..sampaikan abah yang dah keluar lebih 1/2 jam, boleh pulak dia patah balik ambik aku bawak sekali ikut dia..rupanya masa tu abah nak pergi rumah Ayah Mat (arwah bapa saudara aku) kat Kelantan..masa tu umur aku dalam 5-6 tahun gaklah..itulah kasih abah..in fact, sekarang aku boleh rasa lagi betapa rapatnya aku dengan abah masa kecik dulu..kalau aku lewat balik dari kerja ke, keluar mana-mana ke, mesti abah akan call aku tanya aku kat mana, dan bila nak balik. Masa remaja dulu, aku rasa panggilan tu macam panggilan yang hangit, menyusahkan, mengongkong, tapi bila dah dewasa dan matang macam sekarang, aku dapat rasakan, itu adalah satu panggilan yang risau dan caring. ^_^ Memang aku sayang abah!

And then, bila abang-abang aku dah masuk sekolah, aku bosan duduk terperap kat rumah..sampai ada satu kali tu, aku angkat telefon (masa tu telefon zaman batu lagi,telefon pusing-pusing), nak dail sekolah nak cakap dengan abang aku..heheheheh...Aku asyik cakap nak sekolah,nak sekolah,nak sekolah jee...pastu bila dah masuk sekolah, dah masuk universiti, hah,pandai pulak nak ponteng-ponteng pergi dating..heheheheh...last-last banyak paper repeat!hahahaahah...

Rumah C-10 tu dulu pun ada loteng gak, aku rasa memang rumah-rumah lama (area tu since 70s lagi) ada loteng lah..rumah kawan aku ada loteng, rumah c-10 ada loteng, rumah kawan depan rumah kawan ada loteng,cuma tak sempat nak selidik setiap rumah kata area tu je untuk pastikan ada ke takde loteng..hahahah..loteng ni, kadang-kadang memang berhantu...kalau malam-malam,,adui..memang takut nak pandang ke atas loteng tu...pernah rumah kak dah tu, kat loteng dia ada jumpa perempuan rambut panjangggg sangat-sangat, pakai baju lusuh kaler putih, pastu muka tak nampak..memang seram!!! :-((

Sekarang pun rumah Kak Dah ada bunyi-bunyi misteri..heeee..takut aku kalau duduk tengok tv sorang-sorang malam-malam. Banyak kali aku dengar benda bergolek-golek kat loteng rumah Kak Dah..especially dumb-dumbell Abang Sham..takkanlah dumb-dumbell yang berat tu tikus boleh gerakkan..pastu selalu terdengar bunyi kerusi meja kat dapur rumah Kak Dah ditolak-tolak..eeee so scary!! Maklumlah rumah sejak 70an lagi, memanglah..orang kata, dah macam-macam ada kat situ, sejak sebelum manusia duduk lagi kan?

to be continued...

Sunday, April 18, 2010

Teruknya morning sicknesss!

Aduila..tak taulah aku nak cakap macamana morning sickness aku ni..teruk betul! Pagi-pagi dah muntah, lepas tu badan jadi lembik, flat..sejak start morning sickness aku last week, dah 2 hari aku MC. Tak larat. Kepala berpusing-pusing. Bila loya sangat, tekak pulak tak boleh nak muntah, angin loya tu buat kepala aku berpusing-pusing. Tak boleh nak drive pergi kerja. Hopefully 2nd pregnancy punya sickness tak teruk macam 1st dulu.

Masa awal-awal ngandungkan Shariff, aku memang flat. Tak boleh nak buat kerja. Bau food pun dah nak muntah. Dahla kena demam yang non-stop sampai 4th month pregnancy, tu tak masuk lagi batuk, selesema, sakit kepala and badan panas. Memang teruk masa tu. Berat masa tu tak silap aku turun kot dalam few kgs. Tapi bila dah masuk 5th month, selera makan aku gradually increased. Masuk bulan ke-6 until ke-9, betul-betul dah jadi selera dinosor.hahahaha...badan pun macam mak dinosor.

Sekarang pun aku dok terpikir-pikir, adakah aku akan kembali menjadi mak dinosor? Oh tidakkk...buat masa sekarang ni, takdelah aku risau sebab berat aku tak naik, cuma turun 1kg sebab tak selera makan. Aku plan nak ambik produk Salindah. Ok ke produk tu? Pernah dengar ke? Baca kat forum macam ok. Tu produk homeopati. Ada orang dalam forum tu cakap, sepanjang ngandung dia makan Salindah, bersalin pun senang, pastu tak kena jahit pun dia punya tuttt...Anak dia pun sihat dan kuat macam tagline Milo tu.heheheh... Tapi mahal sangatlah..tak silap aku satu set tu dalam RM380++..mak oi..mana nak cekau duit. Kakak ipar aku kata, kalau beli kat HQ dia kat Jitra, Kedah, dapat separuh harga dalam RM 180. Ish..sapalah nak pergi Jitra sana belikan.. :-(

Aku paling risau tumpah darah macam dulu lagi..tumpah darah pulak ada 2 kemungkinan, hidup atau mati aje...Aku bersyukur sebab masih diberi peluang untuk hidup lepas tumpah darah dulu..memang seksa...kulit jadi kuning dan pucat sepucat-pucatnya..memang taktaulah nak kata.. sebab tu aku nak cuba Salindah, orang kata, produk ni lengkap segala nutrien, badan pun kuat.

Eapi sekarang aku rasa letih gila-gila. Rasa tak bertenaga, bila kerja tak boleh nak fokus. Selalu sangat buat silap, apa yang orang cakap pun aku cepat lupa. Ish teruk betul, ni dah peringkat nyanyuk dah ni... :-D

Actually pregnancy ni pun tak dirancang. Aku still belum pergi scan berapa weeks dah kandungan ni sekarang. Rasa macam malas-malas nak pergi jumpa doktor. Tunggulah lagi 1-2 minggu. Lagipun, kalau scan awal-awal bukannya nampak rupa lagi. Masih dalam peringkat macam bola-bola..tapi ada jugak aku agak-agak berapa weeks sekarang, rasanya macam baru 7-8 weeks. Sebab biasanya, morning sickness starts bila dah 5-6 weeks. Jadi, dengan perkiraan sendiri, aku agak-agak duedate aku 11 dec ni.hehehe..anak tahun 2010 jugak nampaknya. :-p

Tuesday, April 6, 2010

The Stale and New News to share with..

Stale news to share.

Aku rasa, aku tak bagitau lagi, yang sebenarnya aku dah miscarriage on 20th January 2010.Kat opis pulak tu.. I think it was due to stress, too much exhaustion and unwell body..bayangkanlah, masa shariff masuk hospital bulan 1 haritu, memang penat jaga dia, asyik nak berdukung, nak berpeluk, asyik nak menangis..aku memang tak cukup tidur sebab dia asyik berak,berak dan berak...tengah-tengah malam buta pukul 2-3 pagi pun dia boleh berak-berak, then i had to carry him, and wash him in the basin. Memang letih, sebab shariff extra berat untuk energy aku masa tu...Masa miscarriage tu, aku rasa kandungan baru dalam 4 minggu.

Macamana aku tau aku miscarriage? Sebab on the 3rd day aku start kerja, aku ternampak ada ketulan merah jatuh dalam toilet bowl. Betul-betul terkejut, lagipun masa tu, perut aku agak sakit. Aku ingatkan nak period. Hari sebelumnya, aku dah memang perasan ada cairan warna coklat yang keep flowing out, walaupun sikit, tapi dah cukup untuk buatkan hati aku degup degap degup degap...sampailah few moments before that miscarriage thing happened, darah keluar..bila aku pergi toilet, elok je aku duduk atas toilet bowl, plup! jatuh seketul daging! Itu yang aku terkejut! But after benda tu dah jatuh, darah terus stop flowing. No more blood..nak kata period, tak mungkin, mana ada period darah stop-stop..in fact, aku tak pernah mengalami period darah sekejap ada, sekejap takde seumur hidup aku.

Ada kakak kat opis aku ni kata, memang kalau miscarriage, darah akan stop flowing..then after 1 or few days, darah akan start macam biasa, macam orang period. Yup, masa darah dah stop flowing tu, aku mintak diri ke klinik, then scan. Doctor scan aku, dia kata memang tak nampak macam aku period. But then, dia dah tak nampak apa-apa dalam rahim aku..so dia kata, could be aku dah miscarriage. But dia pesan, kalau ada keluar non-stop darah, kena cepat-cepat pergi hospital. Luckily, aku tak keluar darah macam yang doctor sebut tu, so it was a complete abortion. No need to cuci..yikes! aku takut bayangkan pengalaman orang kena cuci due to miscarriage! Most of the people i met said it was a painful experience...memang sakit!

Then 2nd week Shariff masuk hospital, just one day before aku start kerja, which was on Sunday, aku kena demam panas, sampai menggigil-gigil badan aku...mula-mula tu aku sakit kepala yang amat sangat, then lepas sakit kepala reda, badan aku menggigil-gigil. Sampailah besok pagi sebelum start kerja masih sakit teruk, memang teruk betul condition aku masa tu..The day aku start kerja, Shariff belum keluar hospital, so hubby take over the babysitting job. Nasib baik masa tu ada cd happy feet, jadi senanglah jaga dia bila dia dok ralit tengok happy feet.hahaha.. hubby kata, senang jaga shariff masa tu, sebab dia dah makin sihat, selera makan pun dah back to normal...memang lah senang, cuba dia try jaga shariff masa mula-mula shariff sakit dulu, sure dia pengsan. And sure dia pun akan miscarriage, maksud aku, perut dia yang boroi tu sure akan kempis gila-gila.hahahaha...

Masa miscarriage tu, aku ambik MC 1.5 days..takut nak MC lama-lama..lagipun at that time, i was still under probation. Tapi takpelah, syukur aku punya miscarriage tu a complete abortion. Kalau tidak, sure kena cuci dan cuti sakit lebih lama lagi. Was I sad? Sad, yes, but crying?No..never..aku bersyukur sebab walaupun baby tu tak sempat membesar, tapi sekurang-kurangnya, hikmah di sebalik kejadian tu ialah, aku dapat teruskan penyusuan badan untuk Shariff.

New news to share.

Apa new news itu? hehehe..today, 6 April 2010, aku dapat tahu aku pregnant semula! lalalalala..memang seronok! Itupun aku dapat tahu sebab sejak semalam aku pening-pening dan loya teruk. Asyik rasa nak muntah, tapi tak muntah, pening, kepala pusing, jiwa kacau, emosi bercampur-aduk semua ada sejak semalam. Harini aku MC, tak tahan pening dan loya dari pagi. Bila pergi klinik, doctor suggest aku buat urine test sebab dia takut bagi ubat yang salah, kot-kot aku pregnant, memang bahaya makan ubat yang dia kasi. So dia nak prescribe ubat for pregnant woman. Aku pun buatlah urine test, bila nampak je 2 line, hati aku dah melonjak kegembiraan! hehehe...last 2 weeks aku ada gak buat urine test, tapi negative. Aku memang perasan perut aku agak kembung dan buncit sekata dari kiri ke kanan, tapi aku ada juga terfikir, tu mungkin sebab kuat melantak. Maklumlah, sekarang ni memang aku kuat gila makan, mengalahkan mak dinosor.

Aduila...nampaknya aku terpaksa menjadi mak dinosor semula sepanjang pregnancy ni..nanti bolehlah tengok rupa mak dinosor yang sebenar bila badan dah start naik. Rupa gergasi pun ada..ala-ala bini Shrek gitu..hahaha..oh ye, talking about this new pregnancy, still aku tak tahu berapa minggu kandungan. Kena scan. Sebab sepanjang aku breastfeeding ni, sebenarnya aku tak pernah period. Kecuali masa miscarriage haritu, aku keluar darah for few days then stop. Was that a period? Tak tahulah..Alhamdulillah, aku berdoa semoga kandungan aku kali ni sihat. Dan apa-apa pun, aku tetap akan menyusu badan Shariff sampailah dia bosan. ^_^

Monday, April 5, 2010

Letih letih letih letih..

Letih letih letih..

Aku dah mula penat kerja kat sini. Letih travel tiap-tiap hari..kalau hari hujan dan peak hours, lagi teruk. Sekarang pergi kerja pun macam dah tak ada mood, sampai tempat kerja pun tak ada mood, balik kerja lagilah tak ada mood.

Hm..masa mula-mula kerja dulu, memanglah seronok. Konon lagi betterlah dari kerja dalam KL yang jem macam sardin...tapi after second, third, fourth thoughts,i changed my perception..sebenarnya, kerja dalam KL lagi better.

1. dekat dengan rumah. 2. Jem, tapi tak lama sangatlah, kan ada highway, DUKE ada, AKLEH pun ada. 3. Masalah nak dapatkan parking je, selain tu, ok aje rasanya. 4. Gaji? Entahler..boleh dapat ke gaji macam sharp ni? Dulu kat Zul Rafique, gaji aku ciput gila!

Laterlah komen pasal kerja dalam KL. Now nak bercerita tentang Shariff.

Now, there is no happiness to share with Shariff..kesian dia. Bila balik kerja, tengok muka ceria dia, naiklah sikit mood aku especially bila tengok dia berlari-lari ke arah pintu bila dengar suara aku bagi salam. Tapi bila tengok dia nak berdukung, merengek-rengek manja, aku dah annoyed. Rasa nak marah je Shariff. Kadang-kadang aku tertengking Shariff bila dah tak tahan nak layan karenah dia.

Aku perasan bila ada aku, dia akan merengek-rengek extra manja. Bila takde aku, ok je, pandai pulak buat hal sendiri, main sendiri, macam budak besar. Since hubby dah kerap turun KL, Shariff dijaga hubby waktu siang aku bekerja. Shariff duduk kat kajang dengan opah dan atuk dia. Hubby kata, senang sangat jaga Shariff. Sebab Shariff pandai bawak diri, asal dah kenyang, cukup tidur dan main. Tapi bila time aku dah balik kerja, tiba-tiba je berubah pe'el dia. Extra manja, nak berdukung, nak berpeluk...Bila fikir-fikirkan balik, aku rasa bersalah kat Shariff sebab tak train dia untuk menyusu dalam botol before start kerja dulu. Now bila dah kerja, siang hari Sharff terpaksa biasakan diri minum air teh atau air suam je pengganti susu. Susu tin dia memang tak nak minum.

Baru-baru ni aku ajar Shariff makan yogurt. Mula-mula dia taknak, mungkin sebab rasa yang pelik, but then, after few tries, nak pulak dia. Siap ambik lagi bekas yogurt yang aku dah buang dalam tong sampah, bawak dan tunjuk pada aku, then cakap nak!nak!.hehehe..kelakar betul..at least bolehlah yogurt ni jadi pengganti susu. Lagipun yogurt punya calcium is higher compared to susu formula. Later aku nak try bagi soya drink pada Shariff. But organic soyalah. Bukan soya yang dah ready packed macam kat supermarket tu. That is too sweet for babies.

Sekarang Shariff dah 16 months. Dia dah pandai buang pampers dalam dustbin, dah pandai ambik baju kotor dia then letak dalam laundry basket, then pandai ambik cd Happy Feet dia, then tunjuk kat orang suruh pasang. Lagi satu, dia faham cakap orang kalau dia buat sepah, then kita suruh dia simpan, dia akan kutip dan simpan kat mana dia ambik barang tu. Even dia dah kenal pets kat rumah Kak Dah..mana Sunny the cat, mana Zorro the rabbit, mana Bobby the dog (anjing jiranlah, bukan anjing Kak Dah), and even ayam-ayam belakang rumah Kak Dah pun dia dah cam..hahaha..

Macam kelmarin, dia ternampak skru kat lantai dalam bilik aku. Dia dah tau kat mana datangnya skru tu, then tanpa disuruh, dia kutip, dan bukak laci skru dan simpan skru dalam laci tu.heheh..pandai..Cuma dia belum pandai bercakap lagi. Kalau dia nak susu, dia akan tunjuk-tunjuk pada breast aku, dan cakap nak!nak! Lepas tu, pandai pulak dia pilih nak susu mana, kiri ke kanan..kalau dia nak kiri, dan aku bagi kanan, mulalah nak protes, mengamuk. kelakar betullah...

Banyak perkara mengenai tumbesaran Shariff yang aku dah missed out sepanjang aku bekerja. Aku tak tau pun sejak bila dia pandai salam dan cium tangan orang. Tiba-tiba je Iffah bagitau aku, "Auntie, Shariff dah pandai cium tangan orang. Tengok adik suruh dia." Then bila dia suruh Shariff salam, cepat-cepat Shariff salam dan cium tangan dia. I was a bit disappointed sebab bukan aku yang berjaya ajar Shariff perkara tu, tapi orang lain. Yang berjaya ajar Shariff macam tu pun seorang kanak-kanak kecil yang berumur 9 tahun..Iffah kata, dia selalu train Shariff tiap-tiap hari sebelum dia nak pergi sekolah, dia akan cakap pada Shariff, salam,salam, then dia akan bagi tangan dia pada Shariff dan letak tangan yang disalam tu pada mulut Shariff. After few tries, Shariff dah mula faham dan tau sendiri apa nak buat bila orang cakap salam..Then about kissing, Kak Dah kata, Shariff dah pandai kiss dia bila dia sebut "sayang auntie..sayang auntie.." then Shariff akan dekatkan muka dia dan kiss Kak Dah. Mula-mula dulu, bila aku cuba buat perkara yang sama, Shariff taknak cium aku pun..aku sebak gila..rasa macam nak menangis..jealous pun ada tengok Shariff lagi rapat dengan Kak Dah..

Baru-baru ni, masa hubby turun KL, Shariff tak berjumpa Kak Dah and the family for almost 2 weeks. Then bila hubby dah naik semula ke Cameron, pagi time aku hantar Shariff ke rumah Kak Dah, Kak Dah kata, Shariff melompat-lompat bila nampak dia. Then masa Kak Dah tengah tidur atas katil, boleh Shariff panjat katil, baring sebelah Kak Dah, join tidur sekali sambil peluk Kak Dah..hahahah..then siang hari, dia akan meraba-raba dan cium breast Kak Dah..Kak Dah kata, mungkin dia rindu nak minum susu, jadi dapat cium bau breast orang lain pun oklah.. ^_^ bukan dengan Kak Dah je dia buat camtu, dengan opah dia pun sama..even Iman dan Iffah yang tak ada breast tu pun dia boleh buat camtu..kesian Shariff..susu yang aku pam before ni pun tak terminum-minum. Dia protes tak nak minum dalam botol susu..bagi straw pun dia taknak..dia macam anti gila bau susu aku yang diletak dalam bekas lain..siap lempar lagi..

Aku rasa, cukup setahun, aku nak blah..aku tak sanggup sacrifice kemesraan antara aku dan Shariff...Gaji tinggi, tapi pergi dan balik kerja tambah lagi dengan travel time, sampai rumah pukul 7.30mlm, rasa memang tak berbaloi..aku dapat rasakan the value of motherhood inside me is fading away. Aku dapat rasakan yang sekarang, aku lebih suka kalau time cuti, Shariff duduk rumah Kak Dah, or somebody else jaga, sebab aku nak rehat secukupnya..oh tidakk!! diri aku dah makin hilang nilai keibuan itu! Even nak suap makan minum dia pun aku dah makin malas!..Now aku realize, hubby is doing a greater job than me di dalam bab-bab mengurus Shariff..dia lebih pandai attract Shariff, lebih pandai layan karenah Shariff, lebih pandai bagi makan minum, lebih pandai tidurkan Shariff, lebih pandai segala-galanya lah berbanding aku..

jom tengok gambar-gambar yang aku ambik masa raya cina baru-baru ni..that time, semua orang balik kampung di Terengganu..kitorang buat bbq seafood..that was great!!

nadiah, sister in law, tengah pregnant 5 months masa ni. Due early may 2010.

Zulaikha, anak abang aku yang sulung, memang chubby sangat2! guess berapa umur dia? She's just 3! but weighs 27 kg! next to her is Zia, anak abang aku yang 2nd.

Nuri, anak abang aku yang 2nd.

Shariff and Nuri sedang berbisik-bisik..


Zia and Abas main pasir..itulah kerja diorang masa kat kampung. Jakun lah tu!hahahah

Shariff memang suka bajet hensem..buat muka macho dia.hahaha

Baru lepas mandi. Marahlah tu kena berkemban..

Nuri dan Akbar..sama-sama baru lepas mandi. nak tunjuk sapa body paling tough!

Nuri dan ayah dia.

Shariff tengah mandi.


Takut-takut nak masuk dalam baldi besar macam kolam tu. Nak masuk ke taknak?Nak ke taknak? pikir sampai 30 kali!


At last masuk jugak! Sambil menggaruk-garuk bontot yang tak gatal!

Ni dah kat Kl. Masa ni dia selsema dan batuk. quite bad, but luckily takdelah sampai kena masuk hospital. hehehe

Geram tengok peha dia!

Damai je rasanya bila tengok dia tidur.