Thursday, January 27, 2011

I'm back!! Giving birth 2nd episode..


Shafia di usia 3 bulan (ni kerja Kak Dah lah ni)
Actually aku dah save entry ni since January, but sekarang baru teringat nak sambung balik.hahaha
Lega rasanya bila dah selesai bersalin dan berpantang. Banyak betul cabaran sepanjang mengandung dan melahirkan..sekarang baby pun dah besar, dah masuk 2 bulan (oops, itu January ye, sekarang dah 4 bulan maaa).

Aku apply maternity leave awal 10 hari, sebab risau kalau tiba2 rasa nak beranak kat opis, dahlah masa tu Janik ulang-alik hantar aku pergi-balik kerja. Letih woo nak drive sendiri. Memang tak termampu, kaki rasa cramp lain macam. BAyangkan, tiap2 hari, aku akan berada dalam kereta more than 2 hours untuk pergi dan balik kerja saja..mana tak pengsan bila dah sampai rumah. :)

Kalau ikutkan due date yang doctor bagi kat aku, supposed on 21/11 aku beranak. Tapi masa early november, aku tiba2 sakit perut dah amat sangat..rasa keras lain macam kat bawah perut, then rasa pressure semacam je...masa tu aku ontheway nak ke opis lah, nasib baik Janik drive. So, aku immediately call ketua aku, then cakap aku on MC sebab sakit perut. Terus kitorang patah balik, pergi Hospital Ampang Puteri nak check up.

Bila sampai Ampang Puteri, assistant doctor suruh aku buat CTG dulu. Aku cakaplah aku dah rasa contraction kuat, just datang nak scan je, tapi dia insist aku buat CTG jugak..nak tak nak terpaksalah aku pergi buat CTG kat labour room..hmm..buang masa aku je almost 1 hour jugak lah kat situ..

Lepas dah abis CTG tu, nurse datang check, dia kata aku belum ada contraction..then dia suruh aku terus gi jumpa doctor untuk checkup.

Tak lama kemudian, aku pun masuk bilik doctor..doctor kat Ampang Puteri yang biasa aku buat checkup ni nama dia Dr. Marlik. Doctor ni Kak Ida (sis in law) yang suggestkan dulu masa aku pregnant Shariff..That time aku jumpa doctor lain, tapi since doctor lain tu selalulah sangat terlampau busy, terpaksalah aku switch to Dr. Marlik. Alhamdulillah, aku serasi dengan dia, sebab dia akan bagi detail explanation, banyak berborak, pandai ambik hati and kelakar also..heheh..

Masa scan tu, tiba2 doctor kata baby aku melintang, dia cakap oblique. Then aku tanyalah, kalau oblique apa complication dia..doctor pun cakaplah, baby susah nak keluar lah, takboleh nak pusing-pusinglah, unless kalau baby tu kecil dan banyak ruang untuk dia pusing. Bila dia cakap camtu, aku dah takut dah, terus terbayangkan OPERATION. oh tidakkk!!! then aku tanya lagi kat doctor, apa patut aku buat sekarang. Then time tulah dia kata, kalau patient dia, dia akan suggest operate je, sebab kalau nak cuba jugak bersalin normal, takut nanti bila dah sampai masa berlakunya contraction, baby tu tak boleh keluar sebab, tak boleh pusing, dan tali pusat akan terkeluar dulu.....eeeee ngeriii bila aku dengar.

Then aku cakap kat dia, takpelah, saya cuba pergi kat Hospital Ampang dulu. Then doctor cakap ok, tapi dia tak guarantee apa jadi kat aku dan apa doctor kat sana buat nanti..huhuhuhu..nak nangis aku..sepanjang perjalanan ke Hospital Ampang, fikiran jadi berserabut yang amat, perasaan tu jangan cakaplah, risau dan sentiasa gundah gulana, terbayang-bayangkan operation room menggamit kehadiran aku..sob..sob..memang takut sampaikan aku nekad, kalau dioarang nak operate, aku akan berkeras nak NORMAL jugak. NO OPERATION ye puan-puan..ngeri membayangkan pisau membelah perut aku yang gemuk ini.
Sampai kat Hospital Ampang, aku terus pergi kat Labour Hall 4th floor. Masuk-masuk, daftar nama, tunggu dalam bilik menunggu (ada ke orang tunggu dalam jamban?), tak lama kemudian, aku pun dipanggil oleh doktor untuk sesi pengimbasan dan CTG semula...blablabla...CTG aku tak accurate, pastu buat lagi sekali..semua sekali sejam lebih aku menunggu...pastu, blablabla..diorang decide aku masuk wad....hah? Masuk wad? Ape kehenye yop? Doctor kata, memang baby aku oblique, dan berdasarkan usia janin, aku kena masuk wad, dan pakar akan check aku, dan tengok kalau kena buat operation ke tak..uwaaaa..nak nangis aku, time tu nyesal gila-gila yang amat sebab datang Hospital Ampang..kan bagus je kalau aku duduk kat rumah, buat macam takde apa-apa berlaku.
Masuk lah aku ke dalam wad, dan Janik pun pulang ke rumah mengambil barang-barang aku....termasuk album gambar yang aku simpan gambar-gambar scan baby.
Blablabla..malas nak cerita..hehehe..last-last, setelah 2 hari aku kat wad, doctor pakar buat keputusan yang aku dibolehkan bersalin normal, dan tak perlu kena operate (itupun lepas dah kena seluk-seluk), sebab, secara tak sengaja, 2 kali baby aku betulkan kedudukan dia, dari oblique ke normal position...doctor pakar pun terkejut badak, dia cakap, amboi baby awak ni macam tau-tau mak dia nak kena operate kalau dia tak pusing.hahahah..oh ye, lagi satu kenapa aku boleh bersalin normal, is because, doctor tengok balik gambar scan baby yang paling awal, then compare usia baby dengan sekarang (waktu scan tu), then doctor kata ada kesilapan kiraan usia baby..lepas kira-kira, rupanya baby aku muda 2 minggu, jadi sebab tulah baby masih dalam position bukan normal.
Alhamdulillah..aku bersyukur, masa tu tak terkata perasaan gembira aku, bila doctor cakap baby aku sihat, dan aku boleh bersalin normal seperti ibu-ibu bertuah yang lain. Biarlah sakit bersalin tu aku rasa, sebab sakit sekejap je, tapi kalau operate, sakit berbulan-bulan, malah bertahun-tahun sisa-sisa sakit dia belum hilang...Peluang bersalin normal ni lah nikmat yang Allah bagi untuk hamba-hambanya yang bergelar ibu.
Lepas tu, aku pun baliklah ke rumah. Yahooooo!!!
p/s: Tahniah pojan kerana telah bergelar ibu, dan bertambahlah lagi seorang wanita beragama Islam yang bergelar ibu di dunia ini dan bakal melahirkan generasi-generasi yang soleh dan solehah. :)