Wednesday, September 23, 2015

Travel egypt

http://egypt-travel-ads.tumblr.com/image/128641807077

Travel

http://egypt-travel-ads.tumblr.com/post/128643721727/amazing-sunsets-nile-curise-luxor-discover

Saturday, March 14, 2015

**JAGUNG MUTIARA 100% ASLI DARI CAMERON HIGHLANDS**

Tempahan dibuka semula dari 14/3 ( sabtu) ~ 20/3/2015 (jumaat).

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, terima kasih atas sambutan diterima! Kini kami berusaha untuk membekalkan jagung dari Cameron Highlands tiap2 minggu selagi mendapat permintaan.

Jimat tol dan jimat minyak untuk rasa keenakan jagung Cameron dengan harga yang berpatutan.

Jaminan kami?
•100% organik!
•Ditanam secara hibrid.
•Sangat manis dan rangup! Boleh dimakan mentah.
•Dijamin segar dari ladang! Jagung dikutip pada waktu pagi hari yang sama turun ke KL.

Harga kami?

GRED A
5 tongkol RM15
1 kotak (50 tongkol) RM140

GRED B
8 tongkol RM15
1 kotak (50 tongkol) RM90

Berminat? Pls whatsapp Mastura 018-3560030
Collection point: Tmn Melawati & Kajang
(tempat2 lain boleh dibincang)

P/s: Jagung dipetik pada pagi Sabtu, insyallah petangnya dah boleh cod di collection point.





Thursday, April 17, 2014

New additions in the family!

First, we had one,
Then,  we had two,
Now, we had three!!
Three beautiful children, so dear, so darling!
Thank you Allah for blessing me with them!













Friday, January 13, 2012

Zoo negara January 2011 - selepas pantangkan Shafia

Wah lama gila nak post gambar-gambar pergi Zoo Negara ni...Actually lepas pantang January 2011 dulu, aku ada pergi Zoo Negara. Saja bawak Shariff jalan. Maklumlah, dah besar, dah curious hal ehwal sekeliling.

Baru aku perasan, bila tengok balik gambar ni kan, Shariff kecik lagi..baru 2 tahun 2 bulan...now? Dah 3 tahun 2 bulan. hehehe...Dulu dia pakai jeans dalam gambar ni loose je..sekarang, kat betis pun tak muat, lihatlah dah betapa gergasinya anak aku..Makan tak pernah cukup. hish!

Masa ni aku agak kurus sikit. Ala-ala Wardina masuk slim world...ceh, perasan! hahahah..baju hitam yang aku pakai tu, loose gila..sekarang? heh, baik jadikan sarung nangka kat pokok depan rumah Kak Dah je. Actually, sekarang aku tengah pregnant 2 months. Tapi badan dah setambun. Ala-ala lori minyak gitu. hehehe..

Janik lak..ish..tak best lah panggil Janik..tukar namalah..Azni lak, time ni agak slim dah hensem sikit...putih pun putih lagi..tapi sekarang? kirim salamlah..dah hitam..nasib cuma belum macam negro je. hahaha..adoi, pening pulak kepala aku. Tiba-tiba mabuk dan rasa nak melayang.

Oh pengalaman tak dapat dilupakan waktu kat zoo ni, aku tengok depan mata sendiri, seekor seladang sedang berhempas pulas melahirkan anak dia..betapa seksanya aku tengok dia nak lahirkan anak dia..sampai menggeletar-geletar keempat-empat kaki dia nak tahan kesakitan tu..at last keluarlah anak dia yang kecik, kurus dan penuh lendir warna putih.

Anak dia tak dapat bangun lagi waktu tu..aku tengok mak seladang ni dok sondol-sondol anak dia suruh bangun, lepas tu jilat-jilat badan anak dia, pastu dok sondol-sondol suruh hisap susu..Proses dia sama macam manusia kan? Tersentuh aku..yang paling aku tak tahan, siap ada orang gelak-gelak, cakap seladang bodoh lah, tak malulah...hello! itu kan haiwan! Lebih baik dan beretika dia bersalin kat situ, sekurang-kurangnya dia SANGAT SAYANG anak dia, dan TAK BUANG merata-rata...

Tak macam "MANUSIA" yang ada otak, ada akal, tapi habuk tarak..pandai berzina, lepas tu, mengandung, beranakkan anak tepi tong sampah, lepas tu pukul anak sampai mati, then buang dalam tong sampah..LEBIH BODOH dan TAK TAHU MALU, kan? Yang jerit-jerit tu mostly lelaki...Ah, lelaki, apa yang diorang tahu kesakitan melahirkan anak? Kan? Bukannya diorang tahu betapa jerihnya nak mengandungkan 9 bulan..Lain ibu, lain ragam, lain masalah kandungan...eh..stoplah,malas nak mengomel..

Enjoy gambar di bawah!













Shafia - 2 bulan


 Awal-awal, bertiga..Kemudian, berempat...Sekarang? Nak berlima pulak..hehehe...Alhamdulillah, rezeki anak yang Allah bagi tak ada gantinya..


Terkulat-kulat pandang burung kat atas..lepas tu dah kena taik burung. Cis!


 Iffah...


Iman..


Masa ni banyak slim wooo...



Ada je benda nak usik aku..


Tapir yang kepenatan..






Aku sebagai rakyat Malaysia, malu tengok signboard yang kotor ni..




Real scorpions yang dah diawet.







Alo..tengah cari kutu ke?


Sempat lagi zoo tampal benda-benda ni. hehe



Guess dia tengah buat apa? Perasan tak apa benda yang dia tengah tadah tu? Cuba tengok baik-baik...


Lepas tadah, dia terus suap masuk mulut dia! Percaya tak cimpanzi makan najis sendiri? Yuck!




Auww!!