Wednesday, August 5, 2009

At Last! Ayah Shariff balik juga...

Gembira tak terkata bila hubby nak balik bercuti..setiap masa aku menghitung detik dia nak balik tu..seronok betul,dahla Shariff dah besar,boleh bawak berjalan2,dah pandai main,pandai guling sana sini,memang lebih seronok berbanding dengan masa dalam pantang dulu..hahah..

Sanggup jugak aku redah malam2 buta dengan Kak Dah and Abg Sham ambik hubby kat KLIA kol 4 a.m. Masa sampai KLIA tu, aku dok pikir,macamana la rupa hubby aku ni,makin gemok ke,kurus ke,ensem ke,tak ensem ke,botak ke,tak botak ke..hahaha..yela biasa chat and webcam je,mana nak nampak sangat rupa sebenar.heheh..tapi bila dah jumpa,tadela seteruk rupa yang aku sangka,cuma montel and gelap sket je..hahah..

Masuk2 je kereta,terus dia nak dukung Shariff yang tengah tidur tu..comel tul Shariff yang tengah tidur tu..Shariff sampai terbangun bila tengok ayah dia..yang bestnya Shariff macam tau2 je itu ayah dia,langsung tak nangis,lagi nak adala..aku rasa memang baby is born with the instinct la..kenal mak ayah dia..and darah daging dia..why?sebab aku pernah terbaca dalam paper dulu,ada cerita pasal adik beradik yang terpisah dengan 2 benua tanpa pernah berhubung sampai besar pun masih boleh tau sesama sendiri yang diorang tu adik beradik melalui eye contact and gesture saja...pelik bin ajaib betul kan?

Actually hubby balik ni dia tak bagitau family dia,sebab dia nak betul2 buat surprise...masa dia balik aku pantang dulu,surprise dia tak menjadi sebab adik dia dah terbocorkan rahsia.hahahha...this time memang menjadi! Akula tukang simpan rahsia dia tu..hahah..mula2 buat pergi rumah dia,suruh semua orang tunggu kat rumah,konon ada barang aku nak pass,heheh..aku masuk rumah dulu,then buat2 macam nak bagi barang la..tiba2 hubbby masuk sambil dukung Shariff..semua orang terkejut!heheheh...seronok betul dia bila tengok semua terkejut...semua happy.. :)

Bila dia balik,kitorang asik berjalan je kerja..dari KL ke Cameron ke Terengganu...hahah..sempatla jugak aku jumpa mak abah sekejap..ooohh..I miss them soo much..tapi nak buat macamana,mak abah balik lepas raya. Whatever it is,sempatla aku spend masa yang tersangat suntuk dengan diorang,kutip2 buah,makan2 buah..seronoknya musim buah..last year tak jadi sebab asik hujan je,jadi putik2 bunga gugur,buah tak sempat jadi pulak tu..

Pergi Cameron,pergi lawat moyang Shariff,aku rasa dia dah late 80's..kesian,dah tak boleh bangun and berbual sangat after kena strok last year. Seronok jugak bila pergi Cameron jumpa relatives sebelah hubby. Tapi memang penat bila travel jauh ni..Direct 3 hari mengejar masa, KL-Cameron-Terengganu-Cameron-KL...wahhh..aku rasa macam superhero pulak bila dapat maintain energy untuk long travel ni...memangla,sebab bukan aku yang drive!hahahah..

Tapi,hubby cuti kejap je...2 weeks je...17July-31July je...masa dia nak balik tu,memang sedih gila..tapi tak rock aaa nangis2...cuma tersentuh hati aku bila tengok dia sedih masa nak tinggalkan kitorang masuk dalam departure hall...sob...sob...aku pun tunggu and tengok je dia sampai dia hilang...masa tengok tu,sepanjang perjalanan tu,3 kali dia toleh..masa toleh,aku still tengok dia..tak bergerak2...toleh,lambai,toleh,lambai...sampai dia hilang baru aku bergerak..

sedihnya..kena tunggu tahun depan pulak :(




sedapnye nangka goreng yang mak ngah buat!



hubby,Acik Tin, Shariff, father in law



khusyuk gile!



Acik Tin..uncle hubby




tak sabar betul nak tunggu nangka masak..



limau oh limau..macam kemek je limau mak aku ni..


sedap betul pulasan..lagi sedap dari rambutan,tapi nak bukaknya,mak oii..susah!


dah nangis pulak..



happy betul dia dapat ikut kitorang balik kampung...



ni lagi sorang...hepi tak terkata,maklumla ada geng nak main..hahah


kat air terjun lata belatan,nearby umah aku.



sayang ayah tak?


renungan tulus seorang kanak2 yang masih belum tau apa2...




yeahhhhaaa!lambung lagi!lagi!lambung lagi!



cooppppp!!ayah,ada aweks lalu laa!







lunch time!

nama je naik motobot..tapi kena orang tolak gak!ceh,bot rosak!


wait ayah..cek dulu..takut bocor..ayah ni gopoh la..






assalammualaikum onyang! sihat ke?




kesian tom ni..kaki dia capek..orang potong..



opah ngah shariff..




woohoooo..sejuknya ayah!!




tengok ni!nampak tak?nampak tak?nampak pe?tade pape..



kat depan gerai no.7, kea farm,cameron highland






wahh...baca buku khusyuk gila..



yong, kakak sulung hubby



cantik gigi?






kat roof parking,jusco cheras selatan.





finis...