Wednesday, July 15, 2009



Ahhaaa..seperti yang dijanjikan, hari ini kedai La Mademoiselle a.k.a. Tudung Siti, sudah dibuka! Dan yang lebih bestnya,harga pengenalan telah dilancarkan sehingga 31 Julai 2009! Apa lagi, jomla rebut harga pengenalan tu, nanti habis stok.

Oh ye, buat masa sekarang inner tudung belum ada stok. Inner ini bersulam dan bermanik di kepalanya. Kalau berminat,jangan risau, boleh book dahulu. Inner ini bila pakai dengan tudung siti, memang cantik, lebih2 lagi bila pakai dengan kain classic chiffon. Nampak menyerlah! See, dah tak nampak leher berkedut kan?heheh..

Gambar-gambar tudung lain akan diupload tak lama lagi.
Silalah masuk ke kedai saya!

Tuesday, July 14, 2009

Makcik-makcik..

Ni baru betul makcik2!! hahahaaha

Monday, July 13, 2009

Oh Atukku sayang...

Akhirnya, aku ke Kajang juga semalam, selepas dah beberapa kali tertunda sebab Shariff yang masih belum baik dari sakit mata dan selesemanya..

Kebetulan pulak, Lalia nak balik rumah, jadi aku pun pergi hantar diala, at the same time tengok tudung2 yang dah siap jahit..cantek betul...aku rasa macam taknak jual je,rasa macam nak pakai sendiri semua..muahahaha!...eh,amboii..abis bila nak balik modal ni.hahaha...

Masa kat rumah Lalia tu, sempatla aku lepak2 dan buat macam rumah sendiri..tah rasa macam dah get used je,padahal baru few times pergi rumah dia..eeee..tak malunya aku ni..tapi takpela,peduli apa,dah mak dia baik,layan aku macam dah lama kenal,aku apalagi,seronokla...hehehe...Lama jugak aku duduk lepak rumah dia,dalam 1 hour ++, maklumla,hari petang,panas,jadi letih pulak drive dari Melawati ke Balakong tu..

Lepas dah siap belek2 tudung,dan berpuas hati, maka,dengan rancangan seterusnya,aku bertolak ke rumah atuk dan opah Shariff. Aku ikut jalan shortcut dari rumah Lalia ke Simpang Balak..senang je rupanya,tak payah la aku susahkan diri nak lalu ikut Balakong yang sentiasa sesak dengan kereta2 yang selfish+lambat macam labilabi+bengong+tak sabar....dahla jalan sempit.. Bila lalu shortcut tu, tembus depan Shell dekat Simpang Balak...cepat kan?

Masa aku sampai rumah hubby, aku dok termangu2 pulak di dalam kereta..alamak si Shariff ni tertidur pulak..agaknya sebab panas+letih..ibu dia pun letih,apa lagi dia yang masih baby..Tiba2 aku nampak ada orang bukak pintu rumah, oh Ateh rupanya (makcik Shariff)...macam tau2 je aku ada depan rumah..hahaha..cayalah Ateh ni,ada kuasa psikik,boleh celen Yoda..hahaha..

Lepas dah bawak masuk Shariff yang tengah tidur, aku pun keluar rumah semula nak angkut barang2 yang dibawa..tiba2 je dengar ada orang memanggil2 aku dengan bunyi tangisan..oh rupanya Shariff dah panggil ibu dia,pantang betul kalau takde bau aku kat sebelah dia..tau je aku dah angkat bontot. Tak sempat2 nak bersalam2,dah kena nyusukan dia pulak...

Mula2 Shariff bad mood gak, tapi after awhile, dia ok,paling aku suka tengok cara Shariff pandang and cium Atuk dia..comel betul..beriya2 dia main dengan atuk dia..dengan orang lain dia tak peduli sangat..maklumla atuk dia ni rajin sungguh melayan dia,asyik berdukung je..hahaha...oh Atukku sayang....

Malam je, penuh rumah atuk dan opah dengan mak dan bapak sedara Shariff..termasukla the one and only sepupu dia belah hubby, Batrisyia...suke betul melayan si Shariff... :-)



Malu2 pulak dengan atuk..


Ngappp!!!



Emm...baik punye posing..



Lagi sekali!


Wargghhhh!!!


Scratch!scratch!

Auu..auuu...suara siapa lagi kuat atuk??


Alalala...cucu atuk sorang ni..



Emm..wanginye die...



Emm..busyuknya diaaa....



Emm...montelnya diaa.....



ok,sudahla atuk..kita main lain la pulak..



emm..jap2..tengah pikir..jap tau tukkk...



malas la tuk..orang nak tidur la..kita dah ngantuk..



babai tukkk!!

Friday, July 10, 2009

H1N1 outbreak..dengan kata mudah, SELSEMA BABI outbreak!

Oh no..masa kat IKEA tadi, Iman cerita yang ada budak kat sekolah dia dah kene selesema babi. And budak tu kena duduk rumah..duduk tu maksud dia mungkin kuarantin (aku agak dia belum pandai guna word kuarantin). hehe..

Also, cikgu dia yang perempuan pun ada yang kena..tapi yang menjadi kemusykilan, Iman kata, outbreak tu dirahsiakan. Apa?Dirahsiakan?Hello!!! Ni demam kura2 ke nak kena rahsia2? Iman kata lagi (emm..becok jugak dia ni..heheh) yang ada budak2 ternampak cikgu baca surat pasal selsema babi ni..then cikgu tu terkejut bila baca surat tu dan menjerit, bapak selsema babi!!!

Iman kata lagi (asik Iman je,bila Iffah nak masuk line pulak?) yang ramai budak kat sekolah dia dah pakai mask. Then Iffah kata, a ah,adik sorang je tak pakai mask dalam kelas (boleh percaya ke?)hehehe...

Aku terkejut jugak dengar cerita Iman and Iffah ni, sebab setau aku, gomen kita memang tak bagi sekolah rahsiakan kalau ada budak yang kena outbreak ni. Bahye,senyap2,pastu terjangkit kat orang lain pulak..Aku rasa mesti budak yang pergi melancong ke mana2..and as usual, yang kena adalah budak ca ya nun alif...Tapi aku hairan jugak bila Iman kata cikgu dia pun kena..aku tanya cikgu Melayu ke?dia kata a ah cikgu perempuan..then aku tanya,cikgu tu sakit macamana?

Iman : Cikgu tu uhuk uhuk uhuk masa mengajar..suara dia serak macam taknak keluar!

Aku : (terkebil2, dalam hati berkata,apa itu simptom selsema babi jugak ke?Atau Iman yang terlebih imaginasi,atau aku yang terkurang pengetahuan?)

Kanak-kanak...

On the way to IKEA, masa kat highway Kepong,tiba2 ada ambulans nenoneno kat jalan kitorang..bila tengok ambulans tu,dengan curiosity yang ada,aku tanya Kak Dah..

Aku : Kak Dah, kalau kita panggil ambulans kena bayar ke?
Kak Dah: Tah,aku pun tak sure,rasanya ambulans macam Red Cross kena kot..
Aku : Agak2 berapa?
Kak Dah: Iman masa baby dulu kena RM 300.
Aku : Uishh..mahalnya..
Iffah : (tiba2 menyampuk), yeke kakak naik ambulans?Adik tak perasan pun??

Aku tercengang..

Kak Dah : Weii..adik tak lahir lagi la masa tu!!
Iffah : Yeke?Eh..silap pulak..

Aku tersenyum sendiri.. :)

Satu hari yang penuh aktiviti..

heheh..sibuk betul aku hari ni..pagi tadi pergi Jusco AU2,beli buah untuk Don Shariff (nama Mafia dia yang Kak Dah bagi,ala2 Don Juan De Marco..hehe), pastu,lepas maghrib pulak,pergi Ikano ikut Kak Dah jumpa kawan dia..at the same time, aku pergi beli few items kat Missha. Actually,minggu ni aku quite busy jugala..Aku tolong abang aku jaga bini dia yang berpantang kat umah mak aku..since parents aku dah balik kampung semula on Monday, aku rasa bertanggungjawab untuk sama2 jaga kakak ipar aku tu..Masa aku awal2 pantang dulu (masa tu parents belum balik KL, adik laki kawin,and bibik pun belum balik Malaysia), kakak ipar aku tula yang sibuk jaga aku jugak bila Kak Dah sibuk tuition...pagi2 dia bakarkan tungku,pastu masak seaweed soup,pastu itu,pastu ini...I'm a good girl..heheh...

Jadi,aku pun pergila Jusco belikan barang2 untuk dimasak untuk dia,salah satunya ayam kampung (ayam organik dalam bahasa kota)..baru aku tau rupanya kat Jusco tu ada jual ayam kampung..tapi ayam dia,alahaiii..kenitnyaa...aku rasa aku makan sorang pun boleh habis..hahaha..harga pun RM10 seekor..takde pulak dia kira berapa ringgit sekilo. Masa aku pantang dulu, mak aku dah pesan,boleh makan ayam,tapi kalau boleh,jangan makan ayam yang beli kat pasar ke supamarket ke,sebab itu ayam cucuk,nanti kita gatal2 pulak,maklumla,lepas bersalin ni hormon sedang dalam pembetulan..betul tak?hahah...

Macam2 jenis ayam ada rupanya kat Jusco tu..yang aku paling geli sekali tengok ayam kaler itam,tah apsal tah kaler itam,macam rupa kena bakar sampai hangus pun ada...pastu itik pun ada,hai itik,dari manala kau datang,kebun cina ke kebun melayu??Tak pernah la pulak aku dengar @ baca di mana2 papan iklan atau koran (suratkhabar) ada orang Melayu bela itik untuk dikomersialkan..betul tak?Biasanya ca ya nun alif la yang suka makan itik2 ni..selalu sangat aku tengok itik tergantung kat gerai diorang,dengan leher itik tu terteleng2 sebab diorang kepit dengan penyepit..imaginasi aku berkata, pekk!!patah leher!kesian itik tu kena kepit..

Hari ni Shariff tak berapa sihat,sakit mata,dan seperti biasa, aku ikut nasihat nurse,titiskan susu badan ke dalam mata Shariff, semalam sakit mata dia teruk jugak,hari ni dah better sebab aku titiskan banyak kali dalam mata dia...Baru aku tau,rupanya susu ibu ni ubat paling mujarab untuk sakit mata,tak kirala sakit mata baby ke atau sakit mata orang dewasa. Aku rasa sebab dalam susu ibu ni ada 1001 macam khasiat yang selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Sebab tu,aku tak terperanjat bila baca dalam paper last week, ada sorang pakcik tua kat obersea recover 100% dari kanser final stage dia lepas dia minum susu anak perempuan dia + susu lembu setiap pagi for few months..It was a miracle! Alhamdulillah,sakit mata Shariff pun dah bertambah baik..tak payah beli ubat antibiotik ke apa ke kat klinik. Bayangkan macamana orang zaman dulu yang belum ada kemudahan perubatan boleh ubatkan anak diorang yang sakit mata kalau bukan dengan susu badan diorang..kan? Okla,asyik membebel je..Jom tengok gambar!

Ni masa dalam baby's room kat IKEA..sempat lagi diorang ni berposing lepas Shariff habis menyusu..heheh..


























Ni dalam kereta petang lepas balik dari Jusco :)
Cuba tengok gambar kat bawah ni, and compare dengan gambar Shariff...looks alike?twins?? ;-)







Cuba teka siapakah baby yang di dalam gambar lama ituu?? :-p

wait for next CHAPTER!!

Wednesday, July 8, 2009

La Mademoiselle Shop, kedai tudung Siti saya..

LA-MADEMOISELLESHOP.BLOGSPOT.COM

Assalammualaikum,

Tak lama lagi, Insyallah dalam minggu depan, aku akan ada kedai tudung Siti..khas untuk perempuan saja pakai..kalau lelaki nak cuba2 melaram pun takleh..heheh..

Pernah tengok stail Siti kita pakai tudung?Cantik tak?Berkenan tak?Tapi Siti pakai nampak leher kan?Risau nampak leher berkedut?Ala,takpe,tudung yang aku nak jual ni pakai dengan inner sekali,tapi inner dijual berasingan la..Tau tak inner macamana?Ala inner yang kecik tu..inner ni pakai dengan selendang boleh,tudung lain pun boleh..tak semestinya tudung Siti :)

Tudung yang aku nak jual ni,material daripada Italian Chiffon dan juga Classic Chiffon..Italian Chiffon kainnya sangat lembut..sejuk, dan bercorak2. Classic Chiffon pula ada duotone colour..cantik sangat,kainnya pun lembut dan sejuk, dan tiada corak (kosong sebab duotone nya).

Untuk harga pengenalan,tudung2 Siti ni berharga dari RM 80-120, manakala inner pula berharga RM55 bergantung kepada jenis kain dan design maniknya..mahal ke?Takpe,jangan risau,kainnya sangat berkualiti..maniknya pula handmade.Ok,apa kata cuba tengok kat Gulatis/Binwanis berapa harga Italian Chiffon dan Classic Chiffon semeter :) Cuba tengok pula tudung bawal bermanik di Jalan TAR atau di Kelantan,berapa harganya..cuba bandingkan kualiti kain bawal dan kualiti kain Italian Chiffon dan Classic Chiffon. Macamana?Dan material chiffon ini bukan seperti Chiffon yang berharga Rm8 semeter seperti tudung2 lain. :)

Gambar sampel akan diupload tak lama lagi..nanti tengok macamana cara pakai dan rupa bila pakai :)

Jangan lupa lawat la-mademoiselleshop.blogspot.com nanti!!

Wednesday, July 1, 2009

I'm Backk!! The DON SHARIFF is on track!

wahhh!! lamanya tak blog...dah 2 bulan lebih bila tengok tarikh last post aku.ish ish..apa nak jadi...

actually..aku balik kampung,musim durian,musim manggis,musim buah segala buah,and yang paling penting,musim kenduri kawin..since aku balik kampung pun sebab kenduri sambut menantu, terpaksalah melupakan hasrat berinternet2..sana mana nak dapat line..tengah2 hutan...dapat line pun tersedu sedan..macam hidup segan mati tak mahu pulak..heheh

eh,baru aku ingat, pojan, terima kasih sebab wish birthday aku.. :) ingat lagi pojan kat aku..sob..sob...sob.... pojan merajuk ke? :-(

masa ko wish tu, aku tade kredit nak reply, sampai ke sudah aku tak reply2..sibuk berkenduri,sibuk dengan shariff yg semaking montel dan berat itu, dan yang paling penting,sibuk membalun durian..hahaha..

eh,kata nak diet?sejak balik kampung ni, tak pernah turun berat badan aku..asik naik je..now dah naik balik sejak musim durian ni..aisey..camne ni..janik nak balik lagi 2 minggu..taklehla makan durian banyak2..kang tak larat pulak nak bawak perut yang gendut. :-p

masa balik kampung tu, sibuk betul aku ajak mak aku pergi cari lokan,kepah,tiram kat kuala besut..sampai letih mak aku nak melayan..dahla ganu sekarang panas terik...amboi..panas sampai anak aku kena demam..

sekarang memang musim benda2 alah tu..merata2 aku tengok orang carik benda alah tu kat lagun..murah lak tu..bayangkan lokan yang besar tu diorang jual rm2 sekilo..kepah rm4-5 sekilo..kerang rm2 sekilo..emm..memang kenyang perut aku dengan benda2 tu sume...sanggup aku pergi kuala besut yg 30km dari umah aku tu semata2 nak cari benda alah tu sume..tapi sebenarnya aku nak makan satar...nyam nyam!! sedap!!

sekarang pun musim sotong besar2..mak aku kalo beli sotong,mesti buat sotong pulut...sedappp wa cakap luu!! itulah antara masakan paling sedap yang mak aku wat..kalo dia masak, leh aku amik gambar and upload..since sekarang janik dah belikan nikon d40,blehla belajar2 amik gambar2...hihihihi...

ni antara2 gambar2 yg aku ambik..



look who's peeking?



fish eye view! acah je..sapa nak beli fish eye lens..mahal nak mampus! muka sharif je kembang macam ikan depan lens ni..hahah



hehehe..aku dah boleh gune mode S sket2..nampak tak?nampak tak?ala..air2 yg terpercik tu..lalalalaal...

MARI TUAN PUAN DENGAR INI CERITA,
SEORANG BABY GEMOK YANG PAGINYA JERIT SAJA,
ADA IBUNYA, TAPI IBUNYA TAK LARAT,
SEBAB BABY ITU BONTOTNYA BERAT SANGAT..

hahahaha....

continue next chapter...