Thursday, March 19, 2009

A Tiring Evening Walk..

Penatnya!!!

Hari ni aku berjalan dari rumah Kak Dah ke rumah mak. Letih! Adala dalam 2km..and about 20 minutes...Tapi penat OKAY sebab menolak stroller yang ada baby seberat 8kg....Shariff yang duduk rilek dalam stroller pun boleh berpeluh2.hahaha..Aku rasa lower abdomen aku terik semacam je.Maybe baru lepas 4 bulan beranak tak boleh jalan lama2 sangat kot, ataupun disebabkan aku dah lama tak exercise....Jadi muscle2 pun terpaksa bekerja keras untuk melembutkan diri..eh aku ada muscle ke?hehehe..ke fat 100%? :-D

Bila dah sampai rumah lega...Iman,Iffah and Aida terus terbongkang kat ruang tamu.Lega bila dah kena kipas kuat2.hahah..Aiseyman....nampaknya aku kena berusaha untuk biasakan diri exercise balik..Ni pun duduk rumah Kak Dah dah naik 2 kg asyik makan je.Aktiviti tak seberapa pulak tu..berapa berat sekarang?heheh..rahsia I tell u... :-p

Sabtu ni Kak Dah kata nak naik Cameron..rasa macam nak ikut sebab rasa macam dah beku kepala otak,minggu depan ada exam KPLI pulak tu..I should give my self a short breakla..luckily aku tak rasa stress macam last year,agaknya sebab dah prepare quite a lot...eh tapi kan last year aku tengah early pregnancy dengan muntah2 semua,mestila tak larat nak study..*sebenarnya alasan nak melepaskan diri je* hihihihihih...

Tak sempat nak memblog panjang2..nak rushing balik rumah Kak Dah semula..jalan kaki la katakan..hahah..eh rasa macam nak singgah pasar malam je..tapi ok ke bawak baby pergi pasar malam?Setan kan banyak kat pasar2?hehehe..



Suka betul dia tidur dalam stroller sekarang..kalau nak tidurkan dia,tolak je stroller..gek gek gek gek....tak sampai 10minit,dia dah tertidur..hahah



Suka tengok dia masa ni..tidur dalam bahagia... :-)



Dah penuh baby carrier dengan badan dia..rasanya tak sampai 1 bulan lagi,dah tak muat la tu..tengok peha dia.. :-p



The Little Boss!



Apa pandang2?Ada hutang ka?



Telingaku sudah tiada bulu lagi!..heheh..masa baru lahir dulu,telinga dia hitam sebab penuh bulu..orang kata,kalau telinga penuh bulu masa lahir,murah rezeki..tapi bentuk telinga Shariff pun lain macam sikit. Orang tua2 percaya telinga yang bentuknya menadah macam bentuk telinga Shariff ni murah rezeki.



Shariff's favourite frog wrist rattle..kalau dia gerakkan tangan dia,ada bunyi cing cing cing..nanti dia senyap..hehhe



Macam pakcik2 yang tertidur kepenatan lepas balik dari masjid.hahaha...



Nampak tak the curly one?Itu sepupu Shariff,nama Saif..2 1/2 years old.Anak abang aku yang no.5..he's soooo naughty and hyper..haritu senyap2 dia sumbat keropok dalam mulut Shariff..Shariff yang tak tau apa ngap ngap ngap je..nasib baik aku nampak and keropok tu tak sempat Shariff telan..oh bahaya..bahaya...tak boleh tinggalkan Shariff dengan Saif alone..



Suka dia kalau orang agah2 dia..hahah..



Gaya macam pakcik2 yang garang..hahaha


CIOW!

Sunday, March 15, 2009

KPLI, Chilis again & more...

Hui..lama dah tak memblogkan diri sejak busy study untuk KPLI. Actually aku apply untuk kpli intake July 2009, and exam MTEST dia 28/3 ni. So kenala meluangkan masa untuk study..taknak jadi macam last year,last minit baru nak study.hehhehe...harap2 dapatla KPLI untuk tahun ni,mana tau ada rezeki.

Anyway,dalam keadaan busy dengan Shariff and study, sempatla jugak aku merewang pergi makan kat Chilis KLCC and jalan2 kat IKEA dengan Kak Dah.hehehhe...Seperti biasa,makan kat Chilis dapat diskaun dengan ihsan Abg Halim.heheh..makan kat IKEA pulak,dengan ihsan duit poket aku sendiri.hahhaa..nasib baik ada duit,kalau takde duit,makan sos hotdog je la aku banyak2. :-p

Ni gambar2 semasa bersuka ria di Chilis. Eh,lupa nak cerita, masa budak2 ni lepak tepi tingkap Chilis ni, diorang claim nampak pocong dengan nenek tua dekat dengan fountain KLCC. Pocong nampak bawah pokok..berdiri tegak and lompat sikit2 je..yang nenek tua pulak duduk dekat small island tengah2 fountain. Meremang gak bulu roma..tapi maybe betul jugak,sebab usually children don't lie and tak reti exaggerate macam kita adults. Bersungguh2 diorang cerita, and cerita diorang semua sama,takdepun sorang ni lain,sorang lagi lain. Aku rasa mungkin betul, sebab masa diorang dapat lepak tepi tingkap tu pun dah pukul 11.30 p.m, lampu2 taman KLCC dah tutup pun, and kitorang lak blah dari Chilis tu pukul 1.30 a.m. Orang lain semua dah balik 12.30 a.m,but we were STILL there until 1.30 a.m.

Sian hubby dah tunggu nak chatting, tapi bini dok melepak lagi kat Chilis..heheh..actually aku dah tersengguk2 dah tunggu Kak Dah abis borak dengan kawan2 dia. :-p

CHILIS



The Brotherhood..



Yasmin a.k.a Dora The Explorer. According to her mother,kawan2 dia kat tadika panggil dia Dora The Explorer sebab rambut dia macam Dora. Tau tak dia panggil Shariff macamana? Miau..miau..miau...hahahhaa..kelakar,dia ingat panggil baby macam panggil kucing. :-p



Tangan tu mengganggu penglihatan je, jadi aku fokuskan muka Iffah dengan hero kat belakang tu je.hehehe..



Peace!



Warung kopi kanak2 ribena..



Yeah!!



Iffah suka senyum macam tu..bila aku tanya nape senyum camtu,dia jawab,adik tak reti nak senyum camne. Aiii..nak senyum pun tak reti?hahaha



Again with that smile..sepesen je muka bila dalam gambar. :-p



Bersusah payah dia crawl bawah meja semata2 nak duduk sebelah aku amik gambar sekali dengan Shariff.hahaha



Same smile,but with different looks.



Ok2, memang dia takleh senyum pesen lain..pesen tu je yang dia tau..hahaha..



New KFC menu.. Baby Fat Stick..



Bahagianya Shariff tidur...



Emm..bahagianya.. *ayat yang sama*



Err..bahagianyaaaaa *ayat yang sama-but with different spelling*


AN EVENING WALK


Sebelum pergi IKEA malam tadi, sempatlah aku berjalan2 dengan Iman and Iffah dekat area rumah Kak Dah. Iffah pulak tengah happy sebab baru pandai naik basikal, tinggal Iman je yang tak reti lagi. Then aku singgah beli air jambu batu dekat depan KKlub. Best betul air jambu dia,lagi2 bila letak serbuk asam boi banyak2.

Sepanjang berjalan2 tu, Shariff senyappp je,gelak tak,senyum tak,bunyi pun tak..rupa2 nya bila balik rumah,penuh kari dalam pampers dia.hahaha



Termenung sambil meneran..



Iman main2 dengan dia pun dia wat derk je..macam tak best je kakak ni.hahah



Sempat lagi mata mengerling masa ambik gambar dia. :-p



Lembu tu pun tak memberi makna pada Shariff..yang penting kari dalam pampers mesti settle dulu.hahahah


IKEA

Ni pulak masa kat IKEA. Tidur lagi..mana2 pergi mesti dia nak tidur.Lantakla mak dia nak makan ke apa ke,yang penting,dia nak tidur.hahah..Shariff..Shariff..



Iman kata, topi yang Pak Uda (hubby) belikan untuk Shariff ni,bila Shariff pakai,nampak macam makcik2 .hahahahaha...



Yeke?Macam makcik2 ke?Aku rasa macam comel je..Iffah kata pulak macam polar bear..Polar bear pakai topi ke?hahaha


ok ciow,later sambung! ;)

Sunday, March 8, 2009

Zoo Negara and the Rhino...

Zoo Negara ni terletak di belakang rumah aku..betul2 belakang rumah..boleh je nak panjat pagar masuk zoo illegally..hehehe... *kalau beranila..*

Abe kata,masa kecik dulu,tahun 80an,dia selalu curi masuk dalam zoo. Masa tu pagar zoo boleh dipanjat2....tapi area zoo belakang rumah aku tu tempat cimpanzi dengan orang utan..kalo west side tempat harimau rasanya. Ish,tak dapek aku bayangkan kalau tersalah panjat masuk kandang harimau..baru betul pepatah kata, masuk kandang cimpanzi meroyan,masuk kandang harimau kena telan..hahaha.

Kitorang pergi zoo tadi pun dah pukul 3 petang lebih.Tapi sempatla buat sandwich untuk bekal Yasin (maklumla makanan dalam zoo mahal2). Yang lain aku bawak makanan dan minuman untuk baby je.

Masa sampai kat zoo,parking entrance depan dah penuh,then kitorang pun pergi parking entrance B kat belakang zoo tu. Lepas dah parking,dah masukkan baby2 dalam stroller,kitorang pun berjalanla ke entrance B tu (itupun parking penuh jugak). Lepas tu,cari punye cari kaunter tiket takde..aik?Takkan nak kena berjalan ke entrance A (jauh gila).Lepas tu,kitorang nampak ada pintu gate terbukak..nampakla orang berpusu2 keluar..Abe tanya,masuk ikut mana?Aku pun masa tu confuse,aku pun cakapla "Oh,masuk ikut gate tu,nanti ada orang jual tiket kat dalam."...Punyela confident aku cakap..Pastu kitorang pun masuk ikut gate tu dengan penuh confidence..tapi dalam masa yang sama,org pandang kitorang dengan pandangan yang pelik.

Jalan punya jalan,pass by akuarium dengan tempat animal show. Pastu jalan depan lagi,sampai tempat monyet...Aik?Mane kaunter tiket?Lepas tu barulaaa aku perasan kitorang dah jadi pelawat tanpa izin rupanya..hahahhaa..Tapi serius,masa kitorang masuk ikut pintu belakang,guard takde pun nak tegur2..biar je kitorang masuk. Takpela,hari ni sungguh bertuah sebab dapat berjimat. Bawah ni aku tunjuk rate masuk Zoo Negara kita.

Visitor Info - Opening Hours and Rates
Zoo Negara by Day is open daily from 9.00am – 5.00pm
Rates
Adult RM15.00


Children (3yrs old-12yrs old) RM 6.00

Senior Citizen (60 years above) RM 6.00


Free entry if it is your birthday!
(Please bring along I/C or birth certificate as proof)

Group discount (Malaysian Citizen Only)
30 and above
RM2 off normal ticket rate

School Concession Rate
Students with uniform
RM 4.00
(Please bring along the letter from school)

With every 10 students that comes in, one teacher only has to pay RM 6.00


TOTAL JIMAT= RM 15 x 4 = RM 60..Eh,camera and camcorder pun kena charge tau..tak silap camcorder rm15,camera rm7.

Uish..banyak kan dapat jimat bila masuk free?hehehhe...lepas pizza large 2 bijik.

Shariff dari mula kitorang sampai zoo,sampaila ke kandang seladang dia tidur..aku rasa adala dekat 1 jam....bila aku sapu muka dia dengan air baru dia terjaga.Tu pun sebab dia berpeluh2 panas. Aku ingatkan hujan petang ni,siap bawak payung lagi,tapi panas gila pulak.Pelik betul kan cuaca kita sekarang?Talking bout weather,kat kampung Terengganu aku banjir.Pelik bulan 3 banjir coz musim tengkujuh dah habis. Aku rasa global warming dah terlalu serius. Ingat tak masa tahun 1997 fenomena La Nina menyebabkan Malaysia diselubungi haze lebih 1 bulan. Aku pergi sekolah pakai mask sebab tak tahan haze. Tapi masih jatuh sakit (batuk2,selsema,sakit mata). Pulak tu,fenomena tu bertambah teruk sebab negara jiran kita si Indonesia tu orang2 dia yang tak reti bahasa bakar hutan untuk tujuan pertanian pulak. Ada satu masa tu,tak silap aku kena isytihar darurat,bila nak bawa kereta siang2 buta kena pasang lampu..dashyat2...

Okay,mari berbalik ke cerita Zoo tercinta (sebab dapat masuk free..heheh). Aku kesian betul tengok zoo kita. Haiwan2 kurus,and nampak dalam keadaan daif.Yang paling aku hairan,aku tak nampak sorang pun pekerja zoo yang monitor pelawat,cuma pekerja zoo yang aku nampak ialah driver bas mini zoo tu sendiri. Hairan betul..zoo tak mampu nak gajikan pekerja ke?Lepas tu,haiwan2 berada di dalam keadaan kotor. Kenapa kerajaan kita tak sponsor zoo kita?Aku kesian tengok management zoo berusaha dapatkan sponsorship untuk setiap jenis haiwan dari individu atau badan swasta. Kalo pergi zoo, boleh nampak signage company yang sponsor haiwan2 tu..

Haiwan yang disponsor cantik la sikit.Tapi haiwan yang takde sponsorship buruk betul rupa. Kesian..keadaan tak sama macam 10 tahun dulu.

Oh,hari ni memang bertuah!Nak tau kenapa?Kebetulan kitorang dapat tengok seladang melahirkan anak. Anak dia tak boleh bangun pun,bangun jatuh bangun jatuh je. Kesian pulak.Tapi rupa seladang memang scary la..aku tak dapat bayangkan kalau dia kejar aku..macamana rupa aku berlari nanti..sure seburuk2 rupa..hahaha.

Aku rasa haiwan2 dalam zoo tu takde life la..kesian life diorang dicabuli.Habitat diorang tak nampak semulajadi pun. Sure stress..patutla dah banyak haiwan2 dalam zoo dah mati. 1998 dulu aku pergi ada penguin,tapi sekarang takde pulak. Kesian penguin,tak rela hidup di bumi Malaysia.

Oh,ada satu perkara yang menggelikan hati aku. Bila lalu je tempat rhino bersantai, terus aku teringat pada anak sedara hubby,Batrisyia. Kenapa?Sebab masa dia pergi zoo dulu,dia kata bontot rhino tu macam bontot seseorang.kelakar betul.hehehe :p

Oklah,malas nak taip panjang2..penat pergi zoo pun tak hilang2 lagi..nak tidur dah. Balik dari zoo petang tadi pun aku dan Shariff terus terbongkang. Penat seh jalan dalam zoo..Aku agak adalah 5km.


Ni gambar2 kat zoo tadi.




Rhino sedang bersantai...


Dari kiri, Tijah,Mamat, Jenab...



Besarnye bontot mung Tijah!



Pak Wang yang sedang bersiram...


Sarip Dol Kampung Dusun, gelaran yang diberi sepupunya,Batrisyia.


Seperti pernah ku lihat bontot Tijah itu..tapi di mana ya??


Oh..aku sudah ingat...


Tapi rahsia..I'm Sorry (tagline Amir Raja Lawak 3)

hehehe..Apa2 pun,sebagai rakyat Malaysia yang tercinta,marilah kita sama2 menyelamatkan haiwan di zoo negara kita.Kalau tak siapa lagi?Kerajaan?Ah,diorang sibuk dengan politik. Duit rakyat habis ke tempat lain. Tempat pelancongan macam zoo negara jadi terbiar.


PS: Please help to save the animals! http://www.zoonegara.org.my/

Thursday, March 5, 2009

Iman & Iffah...sweet little women..

Let's take a break..stop sekejap pasal giving birth punya story..hehehe..

Okay,sekarang nak cerita pasal anak Kak Dah dua orang ni. Since Pojan nak tengok gambar Iman, bolehlah aku tepek gambar2 dia dengan adik dia..hehe..tu pun cilok dari blog Kak Dah.

Tahun 2000, masa tu belum masuk UM lagi, Iman bersalin bulan 4. Masa Kak Dah kat Klinik Kohilal tu, aku ingat yang aku ada sekali kat situ. Akulah yang tukang inform kat mak aku (masa tu dia kat kampung) guna public phone depan klinik tu. Punyalah beriya2 aku cakap Kak Dah dah beranak and anak dia merah gila (masa tu aku terkejut+geli tengok baby merah) sampai abang kat sebelah aku tu senyummmmm je..heheheh...jakun jugak aku masa tu. Iman lahir tak cukup bulan, jadi dia kena dibawa ke hospital secepat mungkin. Jadi bila ambulan dah sampai, aku lah yang tukang pegang Iman dalam ambulan. Kitorang ke Hospital Ampang Puteri.

Masa dia baby, aku tak berapa berani pegang dia. Bila dia dah besar sikit baru berani (maklumlah baby tak cukup bulan, badan kecikkk je).Masa tu seronok gila sebab dah ada 2 orang anak saudara, sorang laki sorang perempuan.

Pojan, masa korang buka puasa kat rumah aku, rasanya Iman baru dalam 7 bulan. Masa tu dia dah boleh main2 dalam walker,kan?heheh...

Adik dia lak, Iffah lahir bulan 7 tahun 2001. Peristiwa kelahiran Iffah aku tak berapa ingat sebab masa tu belajar kat UM. Tapi Iffah comellll sangat masa baby. Muka dia macam muka yang sentiasa buat orang sayang. Tapi dia lambat bercakap,tak macam Iman, petah.Rasanya Iffah umur 3 tahun baru boleh bercakap.

Apa2 pun, anak saudara aku 2 orang ni lah aku sayang (walaupun auntie garang) sebab masa tu Kak Dah duduk rumah parents aku lagi, sekali dengan akulah..jadi tumbesaran diorang dapat jugak aku ingat banyak.hehehe..bila Kak Dah dah pindah, dan aku pun sibuk di UM, dah kurang tengok diorang...

Gambar2 ni ada dari website Kak Dah and dari collection aku sendiri.









Bodek..kereta auntie lawalah...

Tadi pagi aku pergi rumah Kak Dah. Saje berjalan bawak Yasin dengan Shariff. As usual, Iman dengan Iffah suka sangat dengan Shariff. Kalau boleh digolek macam teddy bear, mesti dah lama diorang buat.hahaha

Tiba2 je electric takde...punyalah panas,sampai Shariff merengek. Aku pun bukak baju dengan stoking Shariff. Lepas tu nyusukan dia kat bilik budak2 ni. Masa tu tiba2 je hujan lebat gila.

Masa tu pukul 12.10 tengahari.

Aku: Iman, auntie hantar pergi sekolah nak?
Iman: Takpe, takpayah, mama kata dia dah ontheway balik.
Aku: Oh yeke,takpelah macam tu.

Then aku pun bawak Shariff keluar bilik ,siap2 nak keluar rumah. Then aku cakap sorang2, "jap gi nak singgah kedai mamaklah beli aiskrim". Iffah dengan Abas yang tengah main tiba2 menjerit cakap "NAK2!. So aku cakap, ok,tapi kena ikut auntielah, nanti auntie hantar pergi sekolah sekali.

Tiba2 je Iman cakap nak jugak. Lepas tu aku cakap "Aik?kata tak nak ikut auntie?Kata mama on the way?" Lepas tu Iman cakap,"Takpe, mama bagi."

Aku tersenyum sendiri....... :)

Ok,lepas tu, budak2 ni bersesak2 lah macam ikan sardin kat seat belakang. Since baby carrier dah letak kat seat depan, takde siapa muat duduk depan, cuma boleh letak beg Abas je kat bawah tu.

Lepas dah beli aiskrim, aku pun hantar budak2 ni kat sekolah sampai dalam pagar, park depan kantin. Then aku bagitaulah suruh habiskan aiskrim dulu dalam kereta,nanti susah nak keluar sebab hujan lebat.Nak pegang aiskrim,nak pegang beg lagi, nak tutup pintu kereta,nanti jatuh pulak aiskrim.

Diorang pun makanlah aiskrim dalam kereta sampai habis. Tiba2 Abas cakap "Kereta auntie lawalah..."Aku pun pusing kepala ke belakang pandang dia sambil terkebil2..Tiba2 Iffah pun menyambung "A ah, kereta auntie lawalah"..(Iffah ada habit suka ajuk apa orang cakap mungkin sebab dia taknak kalah kot..hehehe)..Pastu Iman pun sama "A ah kitorang rasa kereta auntie lawalah"..Uish!Dah jadi ayat majmuk pulak..hahahah

Aku yang terkebil2 ni dengan segeranya berkata,"Yekeeeee???Terima kasihhh banyak2..nanti auntie belanja aiskrim lagi ye?"hehehe..

Maka mereka semua pun saling pandang memandang dan tersenyum sesama sendiri sebelum keluar kereta.

Moral of the Story: Kena bodek untuk dapat lagi lain kali... :-p

Tuesday, March 3, 2009

Giving birth...Part 3

PART 3

Okay, lepas nurse dah bawak baby keluar, ada seorang lagi nurse datang bawak kerusi roda untuk aku. Dia cakap aku dah boleh balik ke wad. So, dengan susah payahnya, aku turun dari katil tu,dan bergerak ke kerusi roda (maklumlah baru lepas jahit). Aku sempat lagi ucapkan terima kasih kat nurse2 dan doctor yang aku ingat ada dalam bilik no 9 tu (nombor keramat)..heheh

A regret
Aku terkilan jugak sebab masa kat labour room tengah sakit nak bersalin, tak mintak maaf pun pada parents aku,tapi cuma sempat minta maaf pada hubby je. Adakah aku ego?Ego pada parents sendiri?Atau fikir benda tu semua tak penting?Pada sesiapa yang baca blog aku, mintalah maaf pada sesiapa pun yang terlintas di fikiran kita, sebab InsyaAllah boleh mengurangkan seksa dan sakit bersalin tu..lagi satu,boleh memberi ketenangan jiwa. Masa belajar dulu, selalu aku disobey cakap parents. Bila diorang cakap tak boleh, selalu memberontak. Now aku faham kenapa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Dan pada sesiapa yang bersuami, paling utama minta maaf pada suami dulu, barulah kedua ibu bapa kita. Aku should spit out je pada abah the word "please forgive for what I've done before" masa sempat bercakap dengan abah few minutes sebelum bersalin..Now aku menyesal, no back turning. Bila teringat balik, rasa nak menangis sebab menyesal sangat2..mungkin sebab itulah dugaan Allah pada aku berat, tapi dalam masa yang sama, ada belas kasihanNya pada aku dengan memudahkan baby keluar lepas sakit yang teramat seksa tu..

Balik ke wad
Aku dibawa ke wad aku semula iaitu wad 4D. Unluckily, katil aku kat kelas 2 dah occupied. Aku masuk kelas 3 je. Tapi sebenarnya ok, sebab lepas je bersalin tu, seluruh badan aku rasa kesejukan yang amat sangat. Tak pasang kipas pun rasa menggigil (rupanya sebab tumpah darah banyak sangat, jadi haba dalam badan sikit). Agaknya kalau duduk kelas 2, lagilah aku menggigil...Actually, kat Hospital Ampang ni (hospital lain aku tatau), kelas 2 dan kelas 3 yang berbeza hanya pendingin hawa dan kipas angin je..Apa yang kelas 2 makan sama je dengan kelas 3 (tapi orang yang ada penyakit,lain pulak makanan dia,tak sama dengan orang normal). Takde beza tak macam di hospital swasta.

Tukar wad

Masa tu dah pukul 10 lebih,aku langsung tak teringat barang2 aku kat kelas 2. Nurse pulak tak mention apa2. Baru je aku nak tertidur, tiba2 nurse cakap aku kene pindah wad tingkat 6 pulak. Uish..aku baru je nak betulkan kedudukan bontot, dah kene angkat balik..ceh..Aku tanya nurse, kenapa nak kena pindah tingkat 6 pulak? Dia cakap, sebab wad 4D tu dah almost full, nanti orang lain yang nak bersalin takde tempat. Reluctantly, aku pun duduk atas kerusi roda yang dia dah bawak untuk aku, dan aku pon disorong ke wad tingkat 6 (wad yang baru dibuka sehari sebelum aku bersalin) bersama2 dengan 3 orang yang baru jugak bersalin dan baby2 mereka pun dibawa sekali. Yang aku hairan, aku naik kerusi roda, tapi yang lagi 3 tu berjalan kaki. Aku hairan jugak, tapi rupanya nurse kata sebab aku tumpah darah, dan disebabkan takut aku jatuh@pitam tengah jalan,aku memang kena naik kerusi roda.


Wad baru
Masa aku sampai ke tingkat 6 tu, keadaan sunyi sangat2..rupanya wad tu baru dibuka untuk pesakit sehari sebelum tu,and equipment pun belum lengkap,nurse yang jaga cuma 4 orang je untuk wad besar tu...masa aku sampai wad tu, pesakit yang ada (termasuk aku) cuma 6 orang je. Aku yang terlalu penat ni pun terus tertidur sampailah pukul 3 pagi. Bila terbangun tu, tiba2 je aku rasa macam nak mandi (masa kat wad sebelum bersalin,dah biasa bangun pukul 4 pagi untuk mandi) sebab rasa badan melekit lepas bersalin, aku pun terus bangun, dan cuba turun dari katil. Ntah macamana, tiba2 aku pitam,dan terjelepok kat lantai tu. Sedar2 je,bula bukak mata,aku nampak 2 nurse tengah papah aku. Diorang tanya "Awak nak pergi mana?Boleh bangun tak?", aku yang confuse ni tanya "Aik?Macamana saya ada kat sini?", nurse tanya balik, "Awak tak ingat apa2 ke?", aku pun jawab "Tah, saya ingat cuma nak pergi toilet je untuk mandi."

Tumpah darah sekali lagi
Pastu nurse pun cakap, "Awak tumpah darah banyak ni, mana boleh bangun macam tu je,nape tak panggil nurse?"..Aku blur,dah dipapah semula ke katil..Manelah aku nak tau lepas bersalin kita tak boleh bangun sesuka hati untuk kemana2, lagi2 kalau tumpah darah. Masa nak duduk balik kat katil, nurse bagitau yang kain aku dah basah dengan darah dan perlu ditukar..masa tu katil pun dah penuh dengan darah yang melimpah..Aku tak tau apa punca aku tumpah darah lagi sekali malam tu. Nurse tanya samada aku boleh bersihkan diri sendiri, tapi aku cakap tak boleh nak bangun sebab kepala pening, then nurse2 yang berhati mulia ni lah yang bersihkan aku, tukar kain,tukar cadar, cuci badan aku..semuanya dibuat di katil tu. Terima kasih nurse..saya takkan lupakan budi baik nurse. Tapi aku dengar jugak nurse mengomel dan bertanya sesama mereka kenapa aku yang ada kes tumpah darah ni dipindahkan ke wad tingkat 6 yang baru dibuka dan tiada apa2 equipment untuk kes emergency. Pulak tu nak panggil doktor susah lewat2 malam.

Lepas tu, aku pun sambung semula tidur sampai pagi dan sampai breakfast sampai. Pukul 7 pagi, aku tengok nurse untuk shift pagi lebih ramai dari nurse shift malam. Tugas diorang ni adalah menukar cadar katil pesakit, do basic checkup and follow ke mana doctor pergi. So,masa nurse shift pagi checkup aku, aku bagitaulah yang aku pening kepala dan pitam malam tu. Mula2 dia tak percaya, sebab dia check blood pressure aku ok. Bila doctor (doctor perempuan ni baik,lemah lembut dan muka pun bersih je) datang, aku bagitau benda yang sama, dan doctor pun check mata,check lidah dah colorless, barulah nurse tadi percaya. Lepas tu, doctor suruh nurse ambik darah aku untuk check kadar hemoglobin (Hgb).

Di tahap bahaya?
Few minutes later,nurse tadi datang semula, dan bagitau kat doctor yang Hgb aku 6.1 which is very very very low (normal 12). Hgb aku di tahap bahaya.Anytime aku boleh pitam dan kalau lebih rendah, boleh kena strok sebab sel darah merah tak cukup untuk bawa oksigen ke otak. Doctor suggest aku tambah darah, tapi aku terus refuse sebab takut kena apa2 penyakit pulak. Doctor pujuk jugak aku sebab dia risau kalo tak tambah darah, lagi bahaya (pada aku dan baby jugak, sebab kalau dibuatnya aku pitam masa tengah dukung baby,kan naya..). Lepas termenung sejenak, aku pun cakap dengan doctor yang aku nak bincang dulu dengan family. Doctor smile and nod and suruh aku decide ASAP.

Later sambung part 4.

Sunday, March 1, 2009

Giving birth...Part 2

Part 2

Before bersalin, aku duduk wad kelas 2, ada 4 orang sebilik.Bilik tu panas bagi aku yang tengah mengandung,tapi sejuk gila2 untuk orang yang dah bersalin.heheh..aku rase seperti tak berbaloi pulak duduk kelas 2 sebab panas..tapi rupanya haba dalam badan yang terlebih2 sampai tak rasa udara sejuk dari aircond.

Induce
Masa doctor kata aku kena induce,aku dah risau sangat2....Takut?Risau?Terketar2?Semua ada.hahah..Kakak depan katil aku kata , kawan dia yang kena induce kata sakit..tapi ada yang tak sakit.Kebetulan ada sorang kakak sebelah katil aku tu nurse kat Hospital Ampang tu jugak, dia bersalinkan anak no 2, dia cakap induce memang sakit...Oh no,habisla aku camni..kakak depan aku kata, minumlah air zam-zam banyak2, InsyaAllah mudah bersalin.So,aku pon minumla air zam-zam yang memang Kak Dah dah bawak untuk aku.Rasa lega sikit, and at the same time, aku baca Yasin untuk menenangkan diri...Risau betul,sampai tertidur...

Pukul 4 pagi, aku terbangun, mandi and baca Yasin lagi sekali...makan2 sikit, and sharp pukul 6 pagi, nurse panggil suruh pergi bilik nak check bukaan rahim and induce. Aku gabra gila, tapi gagahkan diri jugak untuk pergi ke bilik tu. Depan bilik tu aku tengok dah 3 orang menunggu untuk kena induce, semua 1st baby. Ada lady sebelah aku dah 2 kali kene induce, masuk pagi tu, kene 3 kali la..aku tanye dia,lepas induce berapa cm dah bukak?Dia kate baru 2cm. Aku tekejut beruk..baru 2cm???Sakit tak?Dia kata induce tak sakit,tapi contraction sakit..

Aku tanya pulak kakak sorang lagi, berapa kali induce?dia cakap nak masuk 2 kali..dalam hati aku kata, tak berkesan ke 1 kali je induce?tapi kakak tu kata, sekarang tengah menahan sakit contraction. Bakal2 ibu yang aku tengok kuar dari bilik tu semua berjalan terbongkok2 menahan sakit..aku dah takut gile..tiba2 nama aku kena panggil..macam nak tekencing pulak sebab tekejut..hahaha..aku baca Bismillah, then masuk dan buat apa yang disuruh doctor, and masa tengah baring tu, aku nampak doctor pegang 1 pil putih bulat (besar jugak pil tu),and dia pun buatlah apa yang sepatutnya dia buat..tak sakit sangat pun rupanya.Syukur Alhamdulillah...hehehe..lepas tu aku pun balik ke katil dan baring menunggu breakfast pukul 7 pagi..

Contraction
Tiba2, 1/2 jam lepas induce tu, perut aku memulas2..aku ingatkan nak buang air, pergilah toilet..tapi tak boleh keluar hajat aku..sembelit lah pulak time2 nak beranak ni (itu andaian aku)..makin lama makin teruk sakit dia.Sakit dia memulas2 di lower abdomen.Sakit macam senggugut, tapi lebih teruk lagi (teringat cakap Kak Dah sakit contraction macamana).Alamak..camne ni..buang air takleh,tapi perut sakit..aku pun duduk baring kat katil balik semula...makin lama sakit makin kuat,kebetulan nurse datang nak check blood pressure semua, aku bagitau dia yang aku dah sakit perut gila2..buang air takleh pulak..dia kate itulah contraction..then dia pun cepat2 amik mesin CTG and periksa kadar contraction yang aku tengah ada tu..itu ke rupanya contraction?pastu aku tanya nurse, bila agak2 boleh bersalin?nurse kata,kalo bukaan rahim dah luas, and contraction makin kerap,tu dah dekat nak bersalin la...kerap macamana?Nurse kata setiap 2-5 minit.Time tu aku dah berpeluh2 menahan sakit.Masa tu,contraction aku lebih kurang setiap 20-30 minit,tapi setiap contraction tempoh dia lama lebih kurang 5-10 minit, jadi bayangkan aku cuma ada lebih kurang 10-15 minit untuk berehat dari sakit.Ikut kata nurse,lambat lagi aku nak bersalin berdasarkan kadar contraction aku tu,tapi sakitnya masyaAllah, hanya Allah je lah yang tau..

Aku tertidur menahan sakit sampai Kak Dah datang dengan anak2 dia pun aku tak sedar.Aku cakap yang perut dah makin sakit...masa tu,aku jadi serabut gila dengan bunyi visitor yang datang.Pulak tu ada yang bawak anak2 kecik yang bising.Nasib baik bilik tu 4 orang je. Jadi visitor takdelah seramai visitor kelas 3. Tapi masa menahan sakit tu,aku dah macam nak pengsan...food yang Kak Dah bawak aku dah takleh nak makan sendiri,tak larat sampai Kak Dah suapkan aku makan..masa tu nak menitik air mata aku sebab 1st time Kak Dah suap aku makan and aku lak tak berupaya nak makan sendiri..nak bangun pun dia tolong. Lepas lega sikit bila contraction pause,Kak Dah encourage aku pergi berjalan2 kat wad tu supaya baby cepat keluar (even Kak Mina pun ada ajar aku exercise yang Korean buat just before bersalin untuk mudahkan and cepatkan baby keluar). Aku pun berjalan2, Kak Dah nak pimpin, tapi aku nak jalan sendiri gak,supaya badan aku tak lemah sangat..lepas tu masa lalu kaunter nurse, aku bagitaulah yang contraction dah makin kuat dan kerap (masa tu lebih aku agak setiap 10 minit). So, nurse pun suruh aku pergi bilik doctor untuk check berapa cm pintu rahim dah bukak..

Ready for labour room
Aku pun gagahkan diri berjalan ke bilik doctor untuk another checkup..aku dah risau kot2 doctor ni induce aku kali ke-2 tapi tiba2 dia cakap "Okay!dah boleh pergi labour room,dah bukak 3cm". Aku tekejut + happy..aku tanya doctor,tak payah induce ke?Dia cakap buat pe nak induce, awak dah boleh masuk labour room dah.Seronoknya,Syukur Alhamdulillah aku kena induce 1 kali je.Ini semua kuasa Allah.Aku antara hambaNya yang beruntung. Tapi yang tak bestnya doctor tu masukkan ubat bontot nak bagi perut aku kosong..gila, masuk je ubat tu,dalam keadaan sakit tu aku terkejar2 jugakla pergi jamban..hahahah.ceh! Lepas tu Kak Dah suruh aku mandi warm water bagi relax sket..memang rasa relax sangat,the pain is lesser than before.Then, lepas dah mandi, aku tengok nurse dah bawak kerusi roda untuk sorong aku ke labour room.Mula2 aku ingat kena jalan sendiri,nurse tanye "Aik, awak nak jalan ke labour room?Nanti beranak tengah jalan susah kang,takpe saya tolak awak"..heheh..betul gak..dibuatnya baby terkeluar tengah2 jalan ke labour room kan susah...

Aku ingat lagi, masa tu lebih kurang pukul 2 petang.After semua dah ready, Kak Dah pun nak balik becoz dia takleh ikut masuk labour room. Before dia pergi, dia peck and hug aku..that was the most touching moment in my life becoz nobody can accompany me during my critical time..takde sapa boleh temankan aku pada saat hidup dan mati pertama kali aku nanti. Lepas dia pergi, air mata aku pun gugur...sedih,terharu,sakit,takut..semuanya berbaur..

Labour Room
Aku dimasukkan ke bilik no 9, the last room..sepanjang perjalanan ke bilik no 9 tu, macam2 bunyi aku dengar dari bilik2 lain. Bunyi2 yang boleh melemahkan semangat aku. Memang aku a bit pyscho jugak masa tu,terganggu dengan bunyi2 seram tu.Masuk je bilik, nurse pun suruh aku baring atas katil. Dalam bilik tu, aku nampak ada mesin CTG, oxygen mask, jarum gunting and basin. Masa tu adalah 2 orang trainee doctor yang visit aku and buat CTG. Masa tu, contraction aku dah makin kerap..aku rasa macam lesser than 10 minit. Waktu tu pukul 3 petang lebih. Sakitnye tak taulah nak cakap,sampai mengerekot2 menahan sakit..apa2 bunyi aku dah macam tak boleh nak dengar sebab sakit tu macam dah menyebabkan aku kehilangan deria lain..orang yang lalu lalang pun aku nampak dah macam shadow,bunyi dah macam mimpi..but at the same time,aku terpaksa menghidu gas tahan sakit untuk kurangkan sakit yang teramat sakit tu.

Important people
Lupa nak bagitau, masa dalam labour room tu, punyalah banyak call yang aku tak larat nak jawab. Tak larat sebab tengah menahan sakit,sms pun tak terbaca. Tapi aku sempat jugak jawab call dari Kak Dah and abah just few minutes before bersalin. And sempat pulak aku sms hubby kata tak tertanggung rasanya sakit bersalin ni.Sedih betul masa tu...Masa abah call tu, suara abah macam sedih sangat, aku agak mesti dia sedih sebab takde sapa yang boleh masuk labour room temankan aku kecuali suami (tapi suami pulak jauh)...lepas tu abah kata dia kat masjid (aku agak mesti abah mintak tolong orang masjid solat hajat)..tapi aku rasa sebenarnya abah rasa guilty sebab wedding adik aku clash dengan due date aku. Mungkin dia rasa bersalah sebab sebagai bapa, dia boleh pun sebenarnya anjakkan tarikh ke tarikh lain,at least tak kacau tarikh2 yang dekat dengan due date aku tu.Walaubagaimanapun,sms2 hubby sedikit sebanyak melegakan kesakitan dan jugak memberi aku semangat...Aku dapat agak yang hubby tengah risau dan sedih mengenangkan isteri dia yang sedang di antara hidup dan mati...

Insisting for Painkiller
Namun begitu, dalam keadaan sakit2, aku tak lupa terus menerus berzikir terutamanya doa Nabi Yunus "Laa Ilaa Ha Illa Anta, Subhanaka Inni Kuntu Minazzolimin" dan jugak mendengar bacaan Al Quran dari hp.Itu antara doa2 yang patut kita baca masa tengah sakit bersalin...Aku rasa zikir2 dan bacaaan ayat2 suci tu memberi aku semangat dan melalikan aku dari kesakitan yang teramat sangat.Aku tak ingat pukul berapa, masa tu rasa macam dah nak mati, aku suruh trainee doctor tu bagi aku painkiller..Trainee tu cepat2 panggil nurse baju biru (baju biru ranking lebih tinggi dari baju putih, and nurse baju hitam is the chief). Nurse pun datang and cucuk sekali kat bontot. Lepas tu aku macam tak sedarkan diri sampaila pukul 6 petang lebih. Bila terjaga je, aku rasa makin makin makin sakit lagi..Gas tahan sakit dah tak lut dah untuk aku..Aku panggil nurse lagi skali sampai menjerit sebab diorang tak dengar..Aku agak diorang tengah busy dalam bilik lain..Bila nurse datang, aku cepat2 cakap nak 2nd painkiller..nurse reject request aku, sebab dia kata kesian baby awak,nanti dia tak boleh keluar sebab lemah..But aku insist jugak painkiller,last2 sorang lagi nurse kata dengan lemah lembutnya (masa tu dah 5 cm bukak) "Tadi awak boleh tahan sakit sampai 3cm, sekarang dah 5cm, tahan sakit sikit je lagi ok?Awak tak kesian ke baby awak lemah nanti dia tak boleh nak keluar." Terus aku terdiam,takpelah,since aku tak nak apa2 complication jadi masa bersalin ni, aku pun angguk.

Delivering
Jadi aku pun menahan sakit sampailah pukul 8 malam lebih..Memang seksa..Tapi Alhamdulillah, aku cuma sakit di bawah perut,takde pulak sakit macam nak patah pinggang. Itulah, dalam dugaan yang Allah bagi, ada belas kasihan Dia juga pada hambanya. Lepas tu, tah bila masa tah,tiba2 aku rasa macam ada benda nak terkeluar..Aku panggil trainee doctor kuat2 aku kata rasa tiba2 rasa macam nak meneran..Dia pun dengan kelam kabutnya (maklumlah trainee doctor) cepat2 panggil senior nurse dan beberapa nurse lagi..senior nurse tadi cepat2 check berapa cm dah bukak..Oh rupanya dah 8cm..Memang patutlah rasa nak meneran sebab baby dah ready nak keluar. Pastu, diorang pun cepat2 menyiapkan diri,pakai glove,pakai mask,sediakan gunting jarum semua, and nurse pun suruh aku tukar position baring mengiring. Bila mengiring tu lagi rasa nak meneran. Aku cakap dengan nurse,nak teran dah ni,boleh tak?Masa tu dia tengah tunjuk ajar kat trainee doctor (yang sambut baby aku trainee doctor lelaki..tak ingat nama dia) cara2 nak tau bila baby dah ready nak keluar..lepas tu nurse suruh aku baring betul2 dan pegang kaki kuat2 (purpose pegang kaki kuat2 is to avoid bontot terangkat masa delivering,takut boleh terkoyak sampai bontot).

Time tu aku dah tak tahan nak meneran (teringat Kak Ida kata,anggapkan kita tengah meneran buang air, nanti takdelah rasa pressure dan takut), tiba2 dengan sendirinya aku terteran (dah takleh tahan). Tapi baby tak keluar lagi, nurse suruh pause sekejap amik nafas, then dia kata OK!PUSH! (Masa tu aku nampak nurse sedang menggunting bukaan dan dengar nurse kata dah bukak 10cm).Aku teran lagi sambil dengan Allahu Akbar, kali ketiga, tepat pukul 9.07 malam dan selepas 15 jam menahan sakit yang maha dashyat, dengan Allahu Akbar yang kuat, tiba2 plup!Dah terkeluar dan terdengar bunyi tangisan baby..Masa tu rasa legaaaaaaa yang teramat amat sangat.Aku sempat lagi bergurau dengan nurse, aku cakap "Eh,rasa macam berak batu pulak tadi.hahaha"....Itulah rahmat yang Allah bagi,terus hilang sakit lepas baby dah keluar..Masa tu aku tak tau rupa Sharif macamana (sebab tak pakai spek), tapi nurse tunjuk sharif depan aku, nurse tanye "Ni boy ke girl?" Aku tak nampak apa2 pun sebab rabun, tapi since aku dah tau result dia masa scan dulu, aku cakap je boy..hahaha..Masa tu, dengan battery hp yang lemah, sempat lagi aku msg Kak Dah,hubby and abah kata dah selamat bersalin.

Tumpah darah
Lepas tu aku nampak nurse bawak baby ke sink dan bersihkan,lepas tu letak dalam cot. Lepas tu adalah beberapa nurse tekan perut aku nak keluarkan uri. Aku dengar diorang cakap ok uri lengkap.Masa tu aku rasa mengantuk yang amat sangat (mungkin kesan dari gas tahan sakit tu), dalam nak tidur tu, aku nampak ada sorang nurse baju biru tengah menjahit bukaan yang digunting masa nak keluarkan baby tadi. Alhamdullillah, aku tak rasa sakit pun masa gunting dan jahit tu. And lepas jahit, diorang pun tukarkan cadar katil aku.Tah macamana, aku pun terus tertidur...About 30 minutes later,aku bangun, aku nampak nurse tengah kelam kabut..Aku perhatikan je.Apasal ni..Tiba2 diorang cakap "Panggil doctor cepat,dia ni tumpah darah banyak"..Aku yang confuse ni tengok2 lah apa darah yang tumpah, punyelah terkejut beruk bila tengok katil yang dah bersih tadi dah penuh dengan darah yang melimpah..Aku confuse..Darah dari mana ni?Rupanya darah aku sendiri! Masa tu aku tak rasa takut lagi sebab masih tak tau bahaya tumpah darah...Aku nampak nurse tekan2 perut aku, banyak kali dia tekan,sampailah darah dah stop..aku masih lagi dalam keadaan confuse, sampailah nurse kata takpe,dah ok...a ah..dah ok ye, sampai aku pitam sebab banyak hilang darah (nanti cite). Lepas tu seorang doctor lelaki cina masuk, doctor tanye macamana?Nurse kata dah ok,darah dah stop, then doctor tu check tempat jahitan semua,dia cakap ok dah,uri dah keluar habis.Takde sisa2 uri pun. Aku pun rasa lega (walaupun sebenarnya masih confuse dengan apa yang berlaku).

Wonderful moment
Lepas tu, semua orang keluar kecuali trainee doctor yang sambut baby aku tadi. Borak2 la dengan dia pasal bersalin tadi. Dia kata aku bersalin paling kejap,tak sampai 10 minit pun,sedangkan bilik depan tu, 30 minit teran baby tak keluar2 lagi,sampai heartbeat baby dah lemah (sebab tersangkut kat tulang pelvik lama sangat). Trainee tu tanya, nak saya azankan baby puan? Aku cepat2 cakap, takpe, saya tengah tunggu suami saya call dari Dubai. Dia kata nak azankan sendiri baby. Dia senyum dan letak baby sebelah aku..ya Allah,comelnyaa baby walaupun muka masih kembang lagi..hahaha...Aku usap pipi dia,lembutnyaa...macam silk..masa baby tengah tidur tu,aku renung je muka dia, dakap dia, sambil dalam hati cakap "seronoknya dapat anak. Sempurna segala2 pulak tu.." Serius, semua sakit2 terus hilang.

Tiba2 nurse baju biru masuk and bagitau nak bawak baby ke NICU. Dia cakap baby kena special care since air ketuban keluar awal, takut baby dapat apa2 infection dari luar..aku pun cepat2 cakap tunggu dulu nurse,suami saya kata nak telefon nak azankan baby..Nurse pun tanya, suami awak tak datang ke?Aku cakaplah (dalam nada sedih), suami saya takde sini,dia kat Dubai...Pastu nurse tu kesian agaknya tengok aku, dia pun cakap ok, then dia pun keluar bilik. Then hubby call and azankan baby. That was the most wonderful moment in my life..Dapat dengar suara hubbby,sempat azankan baby, dapat dakap and kucup baby, and yang paling penting, semuanya selamat...Then bila nurse datang lagi sekali, aku cakap dengan hubby tak sempat nak iqamat coz nurse dah nak bawak baby....Sedih pulak baru je dapat pegang baby tetiba dah kene pisah...gugur lagi airmata aku yang hati batu ni...

Lepas je hubby sempat call and azankan baby, tiba2 pott! hp tu mati...Alaaaaa!Sedihnya! Tak dapat nak contact and receive outside calls....Ramai lagi orang yang belum sempat aku kongsi kegembiraan ni...

Dah lewat, nanti sambung part 3 ;)

Bawah ni 3 gambar pertama yang aku ambik guna hp Kak Dah. Tak sempat nak amik gamba dalam labour room sebab battery hp habis.

Sharif pada pagi hari Jumaat di NICU...few hours selepas bersalin.Masa ni tengah cuba utk breastfeed for the 1st time,tapi fail. Terharu betul bila dapat mendakap anak sendiri and tengok ke dalam anak mata dia...cara dia merenung aku macam tau aje aku ibu dia...Anyway, he was the biggest baby in the NICU.Yang lain2 semua kecik2 below 2.5kg..heheh


"Mummy, do you come alone?Where's daddy?"



Inilah dia muka kembang yang orang kata sebijik muka ayah dia.hehhehe

Not feeling well...and at the same time, hungry...but mummy failed to breastfeed..sob..sob..