Tuesday, March 3, 2009

Giving birth...Part 3

PART 3

Okay, lepas nurse dah bawak baby keluar, ada seorang lagi nurse datang bawak kerusi roda untuk aku. Dia cakap aku dah boleh balik ke wad. So, dengan susah payahnya, aku turun dari katil tu,dan bergerak ke kerusi roda (maklumlah baru lepas jahit). Aku sempat lagi ucapkan terima kasih kat nurse2 dan doctor yang aku ingat ada dalam bilik no 9 tu (nombor keramat)..heheh

A regret
Aku terkilan jugak sebab masa kat labour room tengah sakit nak bersalin, tak mintak maaf pun pada parents aku,tapi cuma sempat minta maaf pada hubby je. Adakah aku ego?Ego pada parents sendiri?Atau fikir benda tu semua tak penting?Pada sesiapa yang baca blog aku, mintalah maaf pada sesiapa pun yang terlintas di fikiran kita, sebab InsyaAllah boleh mengurangkan seksa dan sakit bersalin tu..lagi satu,boleh memberi ketenangan jiwa. Masa belajar dulu, selalu aku disobey cakap parents. Bila diorang cakap tak boleh, selalu memberontak. Now aku faham kenapa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Dan pada sesiapa yang bersuami, paling utama minta maaf pada suami dulu, barulah kedua ibu bapa kita. Aku should spit out je pada abah the word "please forgive for what I've done before" masa sempat bercakap dengan abah few minutes sebelum bersalin..Now aku menyesal, no back turning. Bila teringat balik, rasa nak menangis sebab menyesal sangat2..mungkin sebab itulah dugaan Allah pada aku berat, tapi dalam masa yang sama, ada belas kasihanNya pada aku dengan memudahkan baby keluar lepas sakit yang teramat seksa tu..

Balik ke wad
Aku dibawa ke wad aku semula iaitu wad 4D. Unluckily, katil aku kat kelas 2 dah occupied. Aku masuk kelas 3 je. Tapi sebenarnya ok, sebab lepas je bersalin tu, seluruh badan aku rasa kesejukan yang amat sangat. Tak pasang kipas pun rasa menggigil (rupanya sebab tumpah darah banyak sangat, jadi haba dalam badan sikit). Agaknya kalau duduk kelas 2, lagilah aku menggigil...Actually, kat Hospital Ampang ni (hospital lain aku tatau), kelas 2 dan kelas 3 yang berbeza hanya pendingin hawa dan kipas angin je..Apa yang kelas 2 makan sama je dengan kelas 3 (tapi orang yang ada penyakit,lain pulak makanan dia,tak sama dengan orang normal). Takde beza tak macam di hospital swasta.

Tukar wad

Masa tu dah pukul 10 lebih,aku langsung tak teringat barang2 aku kat kelas 2. Nurse pulak tak mention apa2. Baru je aku nak tertidur, tiba2 nurse cakap aku kene pindah wad tingkat 6 pulak. Uish..aku baru je nak betulkan kedudukan bontot, dah kene angkat balik..ceh..Aku tanya nurse, kenapa nak kena pindah tingkat 6 pulak? Dia cakap, sebab wad 4D tu dah almost full, nanti orang lain yang nak bersalin takde tempat. Reluctantly, aku pun duduk atas kerusi roda yang dia dah bawak untuk aku, dan aku pon disorong ke wad tingkat 6 (wad yang baru dibuka sehari sebelum aku bersalin) bersama2 dengan 3 orang yang baru jugak bersalin dan baby2 mereka pun dibawa sekali. Yang aku hairan, aku naik kerusi roda, tapi yang lagi 3 tu berjalan kaki. Aku hairan jugak, tapi rupanya nurse kata sebab aku tumpah darah, dan disebabkan takut aku jatuh@pitam tengah jalan,aku memang kena naik kerusi roda.


Wad baru
Masa aku sampai ke tingkat 6 tu, keadaan sunyi sangat2..rupanya wad tu baru dibuka untuk pesakit sehari sebelum tu,and equipment pun belum lengkap,nurse yang jaga cuma 4 orang je untuk wad besar tu...masa aku sampai wad tu, pesakit yang ada (termasuk aku) cuma 6 orang je. Aku yang terlalu penat ni pun terus tertidur sampailah pukul 3 pagi. Bila terbangun tu, tiba2 je aku rasa macam nak mandi (masa kat wad sebelum bersalin,dah biasa bangun pukul 4 pagi untuk mandi) sebab rasa badan melekit lepas bersalin, aku pun terus bangun, dan cuba turun dari katil. Ntah macamana, tiba2 aku pitam,dan terjelepok kat lantai tu. Sedar2 je,bula bukak mata,aku nampak 2 nurse tengah papah aku. Diorang tanya "Awak nak pergi mana?Boleh bangun tak?", aku yang confuse ni tanya "Aik?Macamana saya ada kat sini?", nurse tanya balik, "Awak tak ingat apa2 ke?", aku pun jawab "Tah, saya ingat cuma nak pergi toilet je untuk mandi."

Tumpah darah sekali lagi
Pastu nurse pun cakap, "Awak tumpah darah banyak ni, mana boleh bangun macam tu je,nape tak panggil nurse?"..Aku blur,dah dipapah semula ke katil..Manelah aku nak tau lepas bersalin kita tak boleh bangun sesuka hati untuk kemana2, lagi2 kalau tumpah darah. Masa nak duduk balik kat katil, nurse bagitau yang kain aku dah basah dengan darah dan perlu ditukar..masa tu katil pun dah penuh dengan darah yang melimpah..Aku tak tau apa punca aku tumpah darah lagi sekali malam tu. Nurse tanya samada aku boleh bersihkan diri sendiri, tapi aku cakap tak boleh nak bangun sebab kepala pening, then nurse2 yang berhati mulia ni lah yang bersihkan aku, tukar kain,tukar cadar, cuci badan aku..semuanya dibuat di katil tu. Terima kasih nurse..saya takkan lupakan budi baik nurse. Tapi aku dengar jugak nurse mengomel dan bertanya sesama mereka kenapa aku yang ada kes tumpah darah ni dipindahkan ke wad tingkat 6 yang baru dibuka dan tiada apa2 equipment untuk kes emergency. Pulak tu nak panggil doktor susah lewat2 malam.

Lepas tu, aku pun sambung semula tidur sampai pagi dan sampai breakfast sampai. Pukul 7 pagi, aku tengok nurse untuk shift pagi lebih ramai dari nurse shift malam. Tugas diorang ni adalah menukar cadar katil pesakit, do basic checkup and follow ke mana doctor pergi. So,masa nurse shift pagi checkup aku, aku bagitaulah yang aku pening kepala dan pitam malam tu. Mula2 dia tak percaya, sebab dia check blood pressure aku ok. Bila doctor (doctor perempuan ni baik,lemah lembut dan muka pun bersih je) datang, aku bagitau benda yang sama, dan doctor pun check mata,check lidah dah colorless, barulah nurse tadi percaya. Lepas tu, doctor suruh nurse ambik darah aku untuk check kadar hemoglobin (Hgb).

Di tahap bahaya?
Few minutes later,nurse tadi datang semula, dan bagitau kat doctor yang Hgb aku 6.1 which is very very very low (normal 12). Hgb aku di tahap bahaya.Anytime aku boleh pitam dan kalau lebih rendah, boleh kena strok sebab sel darah merah tak cukup untuk bawa oksigen ke otak. Doctor suggest aku tambah darah, tapi aku terus refuse sebab takut kena apa2 penyakit pulak. Doctor pujuk jugak aku sebab dia risau kalo tak tambah darah, lagi bahaya (pada aku dan baby jugak, sebab kalau dibuatnya aku pitam masa tengah dukung baby,kan naya..). Lepas termenung sejenak, aku pun cakap dengan doctor yang aku nak bincang dulu dengan family. Doctor smile and nod and suruh aku decide ASAP.

Later sambung part 4.

2 comments:

kuizikel said...

la sikit sgt.. we want more we want more :)

Unknown said...

amboiii!!! macam konsert rock pulak..hahahahha