Thursday, April 16, 2009

THE LITTLE BOSS ON EARTH!!

Look who's the little boss on this planet?hehehe...



Looks like Ah Long maaa...



Thinking..thinking...who's my next debtor?heheheh..



Where's my chicken drumsticks??



Baru balik dari masjid..jangan main-main...



Tengah baca paper..



I feel awkward in this Moo's suit..



But I feel comfortable sleeping in this Moo's suit..hehe..



And more comfortable when someone is carrying and hugging me.. :-)



Thank you Pak Cu for giving me this Moo's suit.. ;-)

Friday, April 10, 2009

Catatan seekor lipas...funny!!

Kelakar baca blog mamat ni..kenapa dia menyokong penggunaan Bahasa Inggeris di dalam pembelajaran Sains dan Matematik. Aku dapat tau blog dia pun dari blog Che Det kita at

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa-1.html


Bacala..SOOO FUNNY!!

http://lipassepi.blogspot.com/2009/02/sinatraz-why-i-support-learning-math.html

Soprano's pizza..

1 day before Mtest, Kak Dah ajak aku teman dia pergi rumah kawan dia kat Damansara..condo yang sama dengan Kak Mina & Abeluk tinggal, cuma different block je. So aku dengan berat hati, temanla dia pergi rumah kawan dia..berat hati bukan apa, tapi memikirkan Mtest keesokannya.

Kak Dah kata, "jomla pergi rumah kawan aku,dia kata ada pizza yang sedap gila, lagi sedap dari Domino's and pizza hut!"...heheh..aku yang memang suka makan ni,manala boleh nak tolak benda-benda yang sedap-sedap..

Bertolak dari rumah about 9.30 a.m,and before pergi rumah kawan Kak Dah tu, kitorang singgah IKEA dulu sebab Kak Dah nak jumpa Kak Anne. Suka betul aku pergi IKEA sebab karipap dia sedap! Shariff pun memang suka orang bawak dia jalan-jalan dalam stroller. Kalau dalam stroller, sure dia senyap,kalau tak pun,mesti cepat dia tidur..even kat rumah pun,aku tolak Shariff dalam stroller sebab tak larat nak dukung-dukung badan dia yang berat tu. Sakit belakang wooo...And since dah ada kain kendong yang aku beli dari Internet, lagi senang nak dukung Shariff..kesian dia, needs mummy hugs...but mummy is too weak to carry his big butt! :-p

Bila dah sampai rumah kawan Kak Dah, aku pun apa lagi, bila pizza dah ada depan mata, perut dah terliur-liur dah..emmm..yummy!! Sedap pizza dia, tapi malangnya kurang kena dengan Malaysian taste aku ni. Aku prefer Domino's pizza yang crunchy and rich with toppings! Aku tengok kotak pizza dia, Soprano's pizza?Emm...tak pernah dengar pun..pizza selain Pizza Hut and Domino's yang pernah aku makan pun Marco's kat Bangsar Village. And also yang aku pernah tengok Californian Pizza walaupun tak pernah rasa..ah,macam-macam pizza ada kat dunia ni, yang penting mesti sedap! Bubuhla apa-apa nama pun, peduli apa aku, kalau tak sedap, jangan harap aku nak makan.. hahaha...

Lepas tu pulak ada fruit tart! WAHHHHH!! Aku yang gila makan ni, dengan tak malunya belasah sampai 5 fruit tarts! hohohohoho...sedap gilaaa! Ada blueberry, kiwi,strawberry, peach and apa lagi ek? Tak ingat, yang aku ingat cuma perut aku je..heheh

Ni semua gambar-gambar masa kat rumah Kak Dina, kawan Kak Dah.



cuba teka kaki siapakah ini??jeng..jeng..jeng...



kaki anak Kak Dina?heheh...salah!mestila kaki Shariff...kaki siapa lagi yang montel kalau bukan kaki Shariff.. :-p

Ni anak Kak Dina..cantik..bila dia posing macam ni,sekali tengok macam Angelina Jolie..hahaha..aku rasa tang mulut tu sama ;-)



Cantik rumah Kak Dina,kemas je..nampak lapang pulak tu..bila pergi rumah dia, rasa comfortable gila.



Shariff pun dah penat..terus tertidur..



Cute!



Iffah dengan senyuman yang dipaksa oleh aku..hihihihi...



Zia..with P E A C E



Banyak betul mainan! Dalam box tu semua toys! Terkejut aku,boleh buat muzium..tapi bila bubuh dalam box and susun macam tu, nampak neat.



Seronok betul diorang main-main dalam bilik yang penuh dengan toys ni.



Yummy!!!



Yummy!!!



From left: Kak Dina (yang aku dah crop pic dia), Kak Niza and Kak Dah..where was I? Err..takde siapa nak amik gambar aku..sob..sob...



Sempat lagi dia berak kat rumah orang..hahaha..







Bahagianyaa....

Mtest & music band @ Victoria High School

Last 28 March 2009,Sabtu,aku ada Mtest kat SM Victoria @ Victoria Institution (VI) kat Jalan Hang Tuah,KL. Nasib baik aku dah buat early preparation untuk test ni. Lepas je application untuk KPLI keluar, aku dah study awal-awal. Tak nak jadi macam last year. Last year aku study 2-3 hari sebelum exam, sebab 2-3 hari sebelum exam tu la baru keluar result candidate yang layak untuk Mtest tu. But this year, dapat ke tak dapat Mtest,aku nak study gak awal-awal.

Hari Mtest tu, awal-awal pagi lagi Shariff dah bangun,macam tau-tau je ibu dia nak tinggalkan dia.hahaha...sharp pukul 7.30 a.m aku keluar rumah sebab nak elak traffic jam. Lagipun aku tak familiar area Hang Tuah tu,kang dibuatnya sesat,Mtest ke mana,aku pun tah ke mana nanti.

Actually malam sebelum Mtest tu,aku dah search google map mana VI ni.Thanks to google map technology,easy search for map. So,aku pun buatla lakaran based on google map.Hopefully tak sesat la. Rupanya VI ni dekat dengan Puduraya je. Boleh dikatakan belakang dia je,cuma yang tak tahannya jam yang continuous..

Then, aku drive ikut MRR2 ke Taman Maluri. Dari Maluri tu, aku tembus ke Jalan Pudu untuk ke Hang Tuah. Tapi yang buat aku bengang, map tu dah betul, yang buat jadi tak betul and confusing tu bila ada construction. Jalan dah jadi caca marba dah. 2 kali aku pusing-pusing mencari jalan nak ke Hang Tuah. Tensionnya...aku dah takut kalau tak sempat nak masuk exam. Nasib baik la akhirnya dapat jugak aku sampai depan Puduraya tu. Bila dah sampai sana, dengan senangnya aku masuk ke Jalan Hang Tuah belakang dia. Tadaaaa! Jumpa dah VI! eheheh...

Masa sampai tu, jam pukul 8 a.m. Wahh..banyak lagi masa. Exam start pukul 9 a.m. Aku memang tak bawak buku pun untuk study,malas nak memeningkan kepala lagi, cukuplah aku dah study sampai malam semalamnya. Lagipun, pengalaman sebelum ni mengajar aku untuk tak bawak buku ke dewan peperiksaan. Boleh jadi pening and serabut...

Masa sampai tu, aku tengok VI penuh dengan manusia. Rupanya ada kokurikulum. Macam-macam ada..pengakap,bulan sabit merah, music band. Aku tengok music band dia gempak gila...no wonder la diorang banyak menang anugerah dalam and luar negara. Seronok pulak tengok diorang rehearsal. Sempat jugak aku snap few pics and video.


video

Masa tengah rehearsal...



Macam a group of supaheroes!



Kain belakang dia macam invisible cloth dalam cerita Harry Potter..heheh..Apa-apa pun,diorang memang sporting bila aku nak ambik gambar untuk letak dalam blog. Tapi nakal betul diorang bila ada yang kenakan aku dengan lawak yang aku tak paham.. :-p



Rehearsal..nampak simple, tapi diorang ni la yang menang award overseas...



Just before kitorang start exam, diorang pun habis rehearsal. Agaknya memang diorang stop untuk bagi laluan orang yang nak ambik exam kot, supaya keadaan jadi sunyi sepi..kalau tak macamana nak jawab soalan dengan bunyi yang bising and hingar bingar,kan?

Okay, now kita tengok pulak gambar dalam exam hall...Sempat pulak aku ambik gambar lepas dah habis exam tu.



Ni tempat duduk aku and nombor aku untuk exam ni..Hopefully this will be my lucky number..



Exam hall besar, untuk tahun ni,ramai betul yang datang Mtest,tak macam last year masa aku ambik kat Institut Perguruan yang tepi UM tu. Last year, exam hall separuh je yang datang, tapi this year..penuh! aku rasa semua orang pun memang berlumba-lumba nak jadi cikgu...



Yang berdiri atas stage tu pegawai-pegawai dia. Emm...

Exam this year agak senang jugak bagi aku sebab dah banyak yang aku prepare. Cuma sekarang aku tawakal ajela..ada rezeki, dapatla,takde rezeki,boleh cuba lain kali pulak. Paper analitikal (logik) yang paling orang takut sekali..semuanya bergantung pada kekuatan penaakulan mantik kita..emm..topik penaakulan mantik antara topik math yang paling aku tak suka masa sekolah dulu..serabut nak pikir-pikir..

A lebih tinggi dari B, B lebih tinggi dari C, C lebih rendah dari A, A lebih tinggi dari D..antara berikut manakah yang betul...A,B,C,D dengan jawapan masing-masing..ahhh..tak kuasa aku nak memikirkan sapa lagi tinggi..lantakla sapa lagi tinggi,yang penting semua manusia bukan alien..hahahah...

Lepas tu pulak, ada jugak soalan logik paper Verbal...tu pun susah jugak, kalau vocab BM kita tak kuat,aku rasa memang payah nak jawab..emm..macamana ek dengan result aku nanti?Dapat ke tak interview nanti..takpelah, kalau ada rezeki Shariff tahun ni,dapatla mak dia jadi cikgu..cikgu yang garang!heheheh...

later sambung lain cerita pulak.. ;)

Thursday, April 9, 2009

Malang bertimpa-timpa...

2 hari lepas, aku pergi Jusco Au2 nak beli some groceries,terutamanya daging kambing diskaunla...tapi bila sampai sana,aku tengok pekerja-pekerja Jusco tengah sibuk mengemas and repacking some items. Aku mencari-cari jugak manakah daging kambing kegemaranku,tapi hampa bila tengok empty shelf..yang ada semua daging lembu,ayam and kambing yang baru-baru. Actually, Jusco Au2 yang aku biasa pergi ni akan bagi 50% diskaun pada daging-daging ayam,kambing and lembu yang dah >2 hari dekat shelf tu. Mula-mula dulu,aku ragu-ragu jugak nak beli,takut daging busuk ke apa ke,tapi bila dah try beli 1,eh,daging dia elok lagi rupanya,cuma polisi Jusco memang camtu agaknye,polisi every day fresh..heheh.
Lepas tu,bila kambing takde,aku pon merayau-rayau beli pampers, minyak yu-yi and pitted prune. Cadang nak beli barang dapur untuk rumah,tapi atas 'sebab-sebab tertentu',aku tak jadi and batalkan terus idea tu. ;-p
Using Cloth Diaper
Since sekarang aku kerja part time, and banyak masa kat rumah,aku cadang dah taknak guna pampers untuk Shariff,membazir duit. Aku nak guna cloth diaper je,sekarang cloth diaper dah moden,tak macam zaman kita kecik-kecik dulu guna lampin tiga segi..heheh..cloth diaper sekarang dah compact,and macam spenda.Pulak tu boleh tahan sampai 4 tahun. Dalam and luar cotton,tapi waterproof, kita cuma perlu lapik dalam dia dengan satu pad (macam pad perempuan) yang boleh serap air kencing sampai 10x. And yang bagusnya,pad dan cloth diaper tu reusable,washable and soooo natural which is biodegradable.
Here's my calculation:
Pampers (min calculation):
1 pc= RM 0.60, 1 day = 5 pcs = RM 3.00
30 days = 150 pcs = RM 90, 1 year = 12 months = 1800 pcs = RM1080
min penggunaan pampers sampai anak kita 2 tahun;
so 2 years = 3600 pcs = RM 2160, untuk 2 orang anak? RM 4380!
Banyakkan duit kita guna?Itu baru untuk sorang anak,
so,here's my calculation for cloth diaper yang very good quality. Ada jugak cloth diaper kat tempat-tempat baby,tapi cloth diaper yang biasa,keras pulak tu,and not so good quality,harga antara RM10-15 each.
Okay,now my calculation for good quality cloth diaper.
1 pc = RM 60, and disebabkan cloth diaper ni washable and easy dry,aku beli 6 je,
6 pcs = RM360,
and jangan lupa untuk beli pad and nappy liner (nappy liner kat tempat baby mana-mana shopping centre ada)
pad, 1 pc = RM 15, sehari mungkin guna 4 pc, jadi apa kata kita beli double?
pad, 8 pcs = RM 120
nappy liner, 100 pcs = RM 13 (nappy liner disposable, and guna 4 pcs daily,jadi boleh tahan 25 days), 2 years = RM 13 x 24= RM 312
So 2 years = Rm 360+ RM 120 + 312 = RM 832, untuk 2 orang anak?Still RM832++!! Paling banyak pun +-RM1000. (++ tu untuk nappy liners and cloth diaper murah if nak campur)
Cuma yang beratnya, early investment untuk cloth diaper,quite a lot,sebab kena beli sekaligus. Tak macam pampers,beli sikit-sikit,duit pun tak terasa. Ala,konsep dia simple je antara cloth diaper dengan pampers ni, ibarat beli cash dengan hutang bank. Bila kita nak beli barang cash, memang terasa bila keluar duit banyak sekaligus, tapi kita dah jimat interest,betul tak? Cuba pulak kalau kita beli barang hutang dengan bank,let say monthly installment atau guna credit card. Memang tak terasa keluar duit banyak, tapi bila dihitung-hitung jumlah hutang tu, boleh jadi extra 50% dari nilai asal barang yang kita beli kan?hehehe..aku fikir penggunaan cloth diaper ni untuk longterm, pampers mungkin perlu jugak,cuma mungkin sekali sekala bila Shariff kena cirit lagi sekali atau nak long travel.hahaha :-p
Banyak kan dapat jimat?And aku dah baca dalam internet,some cloth diaper (yang very good quality) ni tak mudah bocor sebab waterproof, jadi kalau nak bawak baby keluar,tak payah risau nak pakai pampers. Yang penting jangan lupa bawak extra pad and nappy liner. Apa-apa pun,kalau baby kena cirit birit macam baby aku tu,janganlah pulak tak bawak pampers..hahah..cloth diaper pun tak cukup nanti.
Masa kat Jusco tu,ada staff dia bagitau aku yang Jusco Au2 ada member's sale on 9th April which is today, so aku pun letak balik barang-barang baby yang aku dah ambik yang ada sticker diskaun. hahaha..teruk betul..tapi takpe,nak jimat punya pasal..aku rasa ramai pun orang yang buat macamtu..lagi pulak Jusco Au2 tu 5 minit je dari rumah aku. Easy come,easy go... :-p
Jusco Member's Day
So,today aku pun pergi Jusco Au2 member's sale dengan Kak Dah pagi-pagi lagi pukul 9 am. Sampai sana,aku beli satu pack sliced mutton, sabun basuh TOP,aiskrim KING'S and MILO. Sejak sakit ni,aku macam tak lalu nak makan dari last week lagi. Kepala pun selalu rasa berat. Badan pulak rasa macam imbalance. Rasa macam nak tumbang. Masa kat Jusco tadi, aku rasa macam nak jatuh je. Tapi dalam keadaan pening-pening lalat tu, sempat jugakla aku beli balik barang baby yang aku dah letak balik 2 hari lepas.hahaha..
Malang bertimpa-timpa
Tapi yang palingggg aku tension, duit aku RM40 tercicir kat Jusco tadi..frust sangat2.Dahla itu budget aku untuk sampai next week!..merata-rata aku cari,malangnya,tetap tak jumpa! Itupun aku perasan duit takde masa nak bayar roti.Sedih betul,dahla aku nak berjimat cermat..2 hari lepas pulak, topup aku RM 30 hangus sebab slip yang keluar dari ATM machine tu dah blur..tensionnn gila-gila..bila aku call service centre,officer tu suruh aku pergi Maxis KLCC untuk report issue tu. Hellooo! Tak semua orang ada kelapangan nak pergi KLCC semata-mata nak report issue tu..Poodacit!! Aku yang ada baby ni macamana nak pergi?Takkan nak tinggalkan anak kat orang semata-mata nak pergi KLCC?Alasan officer tu,diorang takde system yang boleh trace kehilangan topup code effect dari blur,tak boleh dibaca,hilang etc. Aku rasa macam nak marah je kat officer tu,dahla cara cakap macam nak gaduh,tak professional langsung! Pandai pulak dia mintak aku rate service dia lepas tu. Bila SMS dari Maxis sampai,aku rate officer tu no.1 which is the lowest and the most terrible service! Padan muka!Muahahahahaha!
Sob...sob.....Lari budget aku untuk bulan ni. Dah RM70 burn macam tu je...banyak tu. Memang malang bertimpa-timpa...itu belum lagi kereta aku kena calar depan rumah mak. Teruk betul budak-budak yang buat tu,diorang kalau parking kereta depan rumah kitorang (walaupun memang menyusahkan kitorang sebab parking lot dah kena curi), takde la siapa-siapa yang bising,tapi bila kitorang parking dekat rumah diorang,pandai pulak nak marah..bengang!memang bengang!
Shariff getting better
Tapi takpelah, walaupun budget dah lari banyak,still aku rasa lega sebab Shariff dah makin baik, cirit birit dia dah getting better, tak too watery macam 2-3 hari lepas,and then poop dia dah ada kuar few solids. Aku ada jugak buat research dalam internet pasal diarrhea baby,experts cakap kalau baby nak teething pun akan kena cirit jugak sebab dia akan keluarkan banyak air liur, and bila dia telan balik air liur tu,dia akan cirit. Maybe sebab dah bercampur dengan germs.Aku rasa Shariff macam nak tumbuh gigi,sebab asyik dok menggenyeh-genyeh je gusi dia.hahaha..takpun,dia nak advance to another milestone..ni dah dekat 5 bulan,meniarap pun tak boleh lagi,cuma boleh mengiring je,itupun macam payah sebab badan dia berat.
:-)..haii..anak ibu ni... :-D
Book Fair PWTC 17-26 April 2009
And now, aku plan nak simpan sikit duit untuk spend masa Book Fair PWTC 17-26 April ni. Aku cadang nak beli buku yang boleh aku bacakan untuk Shariff..Dia suka sangat bila orang baca buku,lagi pulak aku memang macam kartun bila bacakan buku untuk dia,dengan macam-macam intonasi suara..hehehe..Kelakar betul ada satu hari, aku bacakan buku dengan suara Sinyu,terus dia menangis takut..agaknya memang horror kot suara Sinyu tu.. :-p Bila aku baca buku buat suara yang lembut,yang nyaring,tinggi rendah ok pulak dia. hehehe...walaupun budget ibu dah lari,early education is sooo important untuk Shariff. :-)

Sharif dengan jubah yang Mak Long dia bagi..comelnya..hihihih ^_^




Tuesday, April 7, 2009

Sick and Sleep Week

Ughh..lama betul tak memblogkan diri sejak pc abah ada virus and windows kejap crash kejap ok..tension tol bila tak sempat nak backup few pics in the pc.

For the whole last week,aku dengan Shariff kena cirit birit,demam,batuk and selsema. Teruk gak..aku sampai tak larat nak bangun masa baru-baru kena tu.Asyik nak terbaring je. Sharif pun sama,demam sampai terpaksa bawak gi hospital pukul 1.30am. Thanks a lot to Kakdah yang bawak aku & Shariff pergi hospital...Nasib baik badan Shariff semangat and breastfeed,cepatla dia sembuh walaupun sampai sekarang ni dia still cirit birit. Tah apa tah yang aku makan sampai kena camtu sekali..Mula-mula aku demam lepas balik dari Mtest, demam sampai tak boleh bangun langsung..dengan kepala yang bagai nak pecah,badan yang panas tiba-tiba. Aku rasa sebab tak cukup tidur la. Then,bila family mertua Izani datang, aku lak tersalah makan,mula-mula Shariff yang kena cirit after dinner tu, lepas tu,the next morning,aku pulak yang kena.ACcording to doctor, aku berjangkit dari Shariff sebab aku cuci berak dia.Tataula mana satu betul.

Yesterday, aku bawak Shariff pergi lagi sekali jumpa doctor. Kali ni pergi private, doctor bagi ubat cirit birit dengan angin untuk Shariff. Kalau doctor government, diorang takkan bagi ubat pada baby yang still kecik. Tak tau kenapa. Tapi,yang aku hairannya, doctor private tu cakap some medicines yang government bagi patutnya dah tak digunakan sekarang..That makes me wonder,why government still allow the medicines to be dispensed among our little patients..ubat-ubat Kashfi ada yang doctor private tak recommend makan.

Kashfi is my nephew, dia premature baby, and dia dah demam for about 1 month sejak naik Cameron..demam+selsema+batuk. Kejap baik,kejap tak baik. Specialist Hospital Ampang suspect lelah...Tapi yang buat aku takut bila nampak dia kena sawan (maybe sebab badan panas sangat)..dah 2 kali kena sawan. Malam kelmarin dengan pagi semalam. Badan kejung,menggigil and mata terbeliak pandang atas. Takut betul aku tengok masa tu, nasib baik Kak Dah ada bagi coolant pack, bila letak atas kepala dia, tiba-tiba je dia ok. Lepas tu, aku cepat-cepat tadah air dalam sinki, terus rendam dia..menangis-nangis dia..Tapi nasib baik dia nangis,kalau tak nangis, lagi haru..Nasib baik masa dia sawan,mulut tak berbuih.Eeee takut betul masa tu...still teringat-ingat lagi.

Sebab tu la mak mentua aku takut sangat kalau Shariff demam. Dia takut aku takde experience nak handle sebab 1st baby..and also dia takut aku sorang-sorang kat rumah kalau apa-apa jadi kat Shariff..Sian mak mentua aku,lama aku tak pergi tengok dia..Bila pergi tengok hari Ahad tu, seronok betul dia,keep on dukung Shariff yang berat tu walaupun kaki dia tak berapa baik sangat. And Shariff pun memang seronok la sangat semua orang kerumun dia macam madu.hahaha..dapat duit lak tu. Amboi..Shariff lagi kaya dari ibu dia..takpe,bila ibu dia takde duit,leh la ibu dia pau duit dia.hehehe...

Bila dah kawin ni,tiba-tiba aku minat nak menjahit baju pulak.,and luckily aku mempunyai seorang ibu mentua yang pandai jahit macam-macam jenis baju. Aku dah deal dengan mak mentua aku yang aku nak belajar menjahit dengan dia, insyallah kalau takde apa-apa, starting next week bolehla belajar menjahit. Aku teruja lak tengok jubah untuk baby..comel sangat..and aku nak belajar menjahit pun bukan sebab nak bukak kedai, tapi sebab aku fikir,banyak dapat jimat kalau pandai jahit sendiri baju kita,baju suami and baju anak-anak..Dah berapa ratus dapat jimat kalau tiba time raya..hehehe..

ciow!