Sekarang ni pregnancy dah masuk 38 weeks, menunggu hari je nak bersalin. Kalau ikut duedate yang doctor bagi, 23 Nov 2010. Tapi kalau ikut pengalaman bersalinkan Shariff, mungkin awal seminggu jugak. Jadi aku estimate minggu raya haji kot keluarlah baby ni. Dia pun dah tak sabar-sabar nak keluar agaknya. Asyik gerak sana, gerak sini. heheh..
Tapi mengandungkan 2nd baby kali ni, lebih letih, dan cepat sakit berbanding mengandungkan Shariff dulu. Mungkin sebab aku kerja, jauh pulak tu, awal pregnancy sampai 8 bulan, aku drive sendiri ke Shah Alam every day. Then, bila dah masuk 8 1/2 bulan, bila perut asyik sakit, badan pun sakit, belakang sakit, Janik hantar dan ambik aku tiap-tiap hari, sampailah sekarang. Last 2 months, aku mc 1 week sebab tak boleh nak jalan. Aku ada tergelincir kat tangga masa dukung Shariff, time tu nak turun tangga, few steps away dari lantai, entah macamana, tiba-tiba tergelincir, aku pun terduduk kat anak tangga tu. Mula-mula tak rasa sakit, tapi bila tak urut, dia jadi bengkak pulak. Lepas tu mulalah mencari-cari bidan yang boleh urut orang mengandung. Seksa betul time tu, hampir jugak aku bertongkat sebab tak boleh nak jalan. Bila nak jalan je, urat atas tulang pinggul tu macam tertarik, terus boleh tersentak dan terjatuh semula. Seksa..memang seksa time tu..pergi hospital, buat fisioterapi (yang very light punya), lega sikit. Specialist pun cuma boleh bagi hotbag je letak atas tempat sakit tu, diorang tak boleh bagi yang ada electric, takut ada effect pada baby.. Alhamdulillah, sekarang dah ok, lega, dah kembali pada normal. hehehe ^_^
Weekend ni Janik takde, naik Cameron Highlands, tinggallah aku dengan Shariff, dan seperti biasa, aku akan tidur kat rumah Kak Dah sampai Ahad besok. Kalau duduk rumah mak, boring sebab rumah besar, bilik banyak kosong, sunyi pulak tu, macam takde life duduk rumah tu. Nak tengok tv pun malas, bukan malas apa, tapi malas nak bergerak.hahahah..kalau kat rumah Kak Dah ni, rumah sederhana besar, 1 tingkat je pulak tu, nak bergerak ke mana-mana, senang. Kalaulah aku boleh pakai roller blade, dah lama aku pakai.hehehe..tak roller blade, scooter tolak dengan kaki pun ok, cuma takut baru letak 1 kaki je, dah patah dua sebab tak tahan menanggung berat badan aku yang macam mak gajah ni.hahaha.
Dah 2 hari aku bawak Shariff pergi mandi pool dengan Iman & Iffah kat K Klub. Seronok bila tengok dia mandi, baru nampak ada life sikit. Ni duduk rumah, main pun dalam rumah, macam putera lilin pulak. Yelah, bila Makcik Ton takde ni, takdelah orang nak bawak dia jalan-jalan kat luar rumah. Kalau tidak, Makcik Ton rajin bawak dia kat belakang rumah, depan rumah, jadi seronoklah sikit dia.
Aiseyman..dah penat pulak duduk lama mengarang cerita, upload gambar jelah.heheh..ada gambar raya, gambar Shariff yang latest, and gambar dia kat pool. Eh lupa pulak, Shariff dah botak sekarang, bila botak, nampak nakal gila-gila. Kalau pakai singlet dengan boxer dia, nampak macam taiko je.hahahah








Ok, finish, next time sambung lagi posting-posting kat blog..heheeh..ciao!