Lamanya tak update blog. Malas pulak rasanya nak login, buat karangan, bila dah penat balik kerja. Weekend pun dah jadi hari rehat sedunia. hehehe...
Sekarang ni pregnancy dah masuk 38 weeks, menunggu hari je nak bersalin. Kalau ikut duedate yang doctor bagi, 23 Nov 2010. Tapi kalau ikut pengalaman bersalinkan Shariff, mungkin awal seminggu jugak. Jadi aku estimate minggu raya haji kot keluarlah baby ni. Dia pun dah tak sabar-sabar nak keluar agaknya. Asyik gerak sana, gerak sini. heheh..
Tapi mengandungkan 2nd baby kali ni, lebih letih, dan cepat sakit berbanding mengandungkan Shariff dulu. Mungkin sebab aku kerja, jauh pulak tu, awal pregnancy sampai 8 bulan, aku drive sendiri ke Shah Alam every day. Then, bila dah masuk 8 1/2 bulan, bila perut asyik sakit, badan pun sakit, belakang sakit, Janik hantar dan ambik aku tiap-tiap hari, sampailah sekarang. Last 2 months, aku mc 1 week sebab tak boleh nak jalan. Aku ada tergelincir kat tangga masa dukung Shariff, time tu nak turun tangga, few steps away dari lantai, entah macamana, tiba-tiba tergelincir, aku pun terduduk kat anak tangga tu. Mula-mula tak rasa sakit, tapi bila tak urut, dia jadi bengkak pulak. Lepas tu mulalah mencari-cari bidan yang boleh urut orang mengandung. Seksa betul time tu, hampir jugak aku bertongkat sebab tak boleh nak jalan. Bila nak jalan je, urat atas tulang pinggul tu macam tertarik, terus boleh tersentak dan terjatuh semula. Seksa..memang seksa time tu..pergi hospital, buat fisioterapi (yang very light punya), lega sikit. Specialist pun cuma boleh bagi hotbag je letak atas tempat sakit tu, diorang tak boleh bagi yang ada electric, takut ada effect pada baby.. Alhamdulillah, sekarang dah ok, lega, dah kembali pada normal. hehehe ^_^
Weekend ni Janik takde, naik Cameron Highlands, tinggallah aku dengan Shariff, dan seperti biasa, aku akan tidur kat rumah Kak Dah sampai Ahad besok. Kalau duduk rumah mak, boring sebab rumah besar, bilik banyak kosong, sunyi pulak tu, macam takde life duduk rumah tu. Nak tengok tv pun malas, bukan malas apa, tapi malas nak bergerak.hahahah..kalau kat rumah Kak Dah ni, rumah sederhana besar, 1 tingkat je pulak tu, nak bergerak ke mana-mana, senang. Kalaulah aku boleh pakai roller blade, dah lama aku pakai.hehehe..tak roller blade, scooter tolak dengan kaki pun ok, cuma takut baru letak 1 kaki je, dah patah dua sebab tak tahan menanggung berat badan aku yang macam mak gajah ni.hahaha.
Dah 2 hari aku bawak Shariff pergi mandi pool dengan Iman & Iffah kat K Klub. Seronok bila tengok dia mandi, baru nampak ada life sikit. Ni duduk rumah, main pun dalam rumah, macam putera lilin pulak. Yelah, bila Makcik Ton takde ni, takdelah orang nak bawak dia jalan-jalan kat luar rumah. Kalau tidak, Makcik Ton rajin bawak dia kat belakang rumah, depan rumah, jadi seronoklah sikit dia.
Aiseyman..dah penat pulak duduk lama mengarang cerita, upload gambar jelah.heheh..ada gambar raya, gambar Shariff yang latest, and gambar dia kat pool. Eh lupa pulak, Shariff dah botak sekarang, bila botak, nampak nakal gila-gila. Kalau pakai singlet dengan boxer dia, nampak macam taiko je.hahahah
The latest Shariff! Botak dah..gambar ni aku ambik pukul 2 pagi malam tadi, masa tu tak boleh tidur, takde kerja lain, snap gambar dia kejap, then send out pada Janik..hehehe..time ni dia memang tidur nyenyak sebab kepenatan main kat pool..sila lihat gambar-gambar di bawah ye..heheh..
Bawak dia takat kolam baby boleh lah..tak berani nak lepaskan dia pergi tempat dalam lagi walaupun ada float. Bukan apa, aku ni dahlah tak ikut swimming, takkan nak harapkan 100% Iman & Iffah yang baru berumur 10 and 9 years tu nak jaga dia. Bahaya woo..
Dia takde swimming trunk, pakai jela spenda yang aku beli kat Jusco.hahaha
Tempat ni quite dalam jugak untuk Shariff..risau bila tengok Iman bawak float dia laju-laju..aku risau terbalik je macam masa dia baby dulu..bahaya kalau air termasuk dalam paru-paru dia.
Ni gambar 18/10/2010 baru-baru ni. Dia masuk hospital lagi sebab selesema and batuk teruk Jadi kena buat fisioterapi, pastu dia pun ada muntah-muntah jugak. Ni gara-gara makan nasi ayam kat area rumah aku lah ni..before this kitorang memang tak pernah bawak dia makan kat gerai-gerai tepi jalan, entah macamana, haritu terkeliur pulak tengok ayam-ayam yang bergantungan (gantung dan tak ditutup pulak tu), jadi berentilah makan kat situ..malamnya, Shariff muntah-muntah teruk, and 2 days later, Janik pulak berjangkit..aku je ok..hihihihi
11/10/2010 - Sehari lepas kena botak. Lupa pulak nak ambik gambar dia masa tengah dibotakkan..masa tu dia menangis sebab takut..sayang pulak bila tengok rambut dia jatuh satu persatu..sob..sob..
9/10/2010- Kat rumah opah dia..memang sebijik macam ayah dia.hehehehe
25/4/2010 - Ni masa umur dia 1 1/2 tahun. Nenek dia baru belikan rocking horse roatan kat pasar tani time ni..mula-mula dia takut, tak reti nak naik, boleh posing je..ok lah tu.hahaha
27/6/2010 - Wedding cousin Janik, Sara..masa ni kitorang pergi kat rumah pengantin lelaki kat TAnjung Karang, Selangor. Kat sini boleh dikatakan area rumah-rumah Jawa. Tapi seronok jugak bila jalan jauh sekali sekala.
27/6/2010- kat Tanjung Karang lah ni..Shariff dengan Pak Ngah dia. Time ni belum botak lagi. Moody je dia sebab baru bangun tidur.
27/6/2010 - Shariff dengan ayah dia, a.k.a. Janik..heheh
27/6/2010 - Shariff dengan ibu dia, a.k.a. saya ler tu..heheheh..masa tu aku pregnant 5 months dah. Letih bila berjalan jauh time pregnant, nak kena riba anak yang montel lagi, dengan panas teriknya lagi..air mineral sebotol pun rasa tak cukup. :-D
27/6/2010 - Ni dia baru bangun tidur, baru turun dari stroller dan baru nak carik feel kat tempat orang.
Ok, finish, next time sambung lagi posting-posting kat blog..heheeh..ciao!
5 comments:
mas..
huhuh lama nyer x update blog.. tahukah kamu blog inilah penghubung berita/cerita kiter semua.. huhuh... rindu..rindu...
rupa2-nya ko awal sbuln erk due drpd D. D next month kot kalo x silap.. pojan bln 2 nanti... insyaAllah...
erm.. biler la bleh buat gathering erk bawak anak korg semua.. erm.. best2.. nanti plan laa.. insyaAllah.
aah..lama betul ko tak update blog..
semoga selamat semuanyaa..aminn
masssssssss.. penat tunggu ko updet blog, siap jengah blog akak ko, kot2 ko dah bersalin..hehe
selamat bersalin yer mas.. smoga dipermudahkan.. nanti updet la bila dah bersalin... letak gambo baby byk2 k..
shariff dah beso, dah slim n tak ketul2 mcm dulu, lasak berjalan la tu kan... apa2pon masih comel seperti emaknya...
oklah take care!!!!
heheheh...thanks for the support! ^_^
bukan apa, letih sangat2 nak online lepas balik kerja. weekend pun malas. D pun nak due lagi 1 bln? pojan ko due bulan 2 ke? wahhh..tahniah2! tak sabar tengok anak ko, mesti slim n tinggi macam mak dia.hahaha.
a ah shariff dah banyak kurus. these few months banyak kuar masuk spital sebab ciritla, itulah, inilah..
doa2la aku selamat hendaknya bersalin nanti ^_^
aini, insyallah, dah selamat semua, anak2 pun dah besar sikit, bolehlah kita jumpa ramai2 lagi sekali macam dulu kan?hihihi
hehe... betul2.. tunggu pojan turun KL jer nanti. yg len lain semua ader kat KL... lai pun dah lepak kl skrg.. duduk area ampang katanyer..
Post a Comment