Thursday, October 13, 2011

I'm getting tired and bored...

Memang dah letih....Penat dah kerja jauh-jauh..

InsyaAllah, by next year, kalau tak ada aral melintang, aku nak quit job. Duduk rumah, buat home biz ke, online biz ke, atau duduk rumah jaga anak. Lagipun next year Shariff nak sekolah dah, perlukan lebih tumpuan dari ibu dengan ayah dia, and Makcik Ton (maid Kak Dah) pun nak balik Indon, nanti Shafia tak ada orang nak jaga pulak.

Pernah jugak terfikir nak hantar ke nursery atau rumah orang, tapi takut, sebab mengenangkan banyak sangat kes sekarang yang terjadi pada baby bila orang luar yang jaga. Nak berhenti kerja, rasa kesian jugak pada group aku, nanti kurang orang, time banyak project baru datang, terbeban nanti. Tak tahulah kalau-kalau boss nak cari staff baru. Tapi nampak gaya macam susah je.

And yet, aku ada plan lain next year, kalau still kerja, payah jugak nak concentrate.

Apa-apa pun, kesian Shafia sekarang dah tak nak menyusu siang hari, jadi susu yang aku perah, terbuang begitu sahaja. Sanggup pulak dia tunggu aku balik lewat-lewat petang atau malam. Kesian jadinya sebab kalau aku kena buat OT, terpaksalah orang yang jaga dia pujuk dia berhenti nangis. Aku rasa quit job adalah jalan terbaik, dan cari kerja yang dekat sikit dengan rumah, atau teruskan dengan planning aku.

Banyak milestone anak yang aku missed out. Shafia merangkak, bergolek, tumbuh gigi semua aku missed out. Tak perasan bila dia dah reach all the milestones, alih-alih Iffah atau Iman call aku cakap "Auntie, Raina dah boleh pusing!", "Auntie, Raina dah pandai merangkak, tadi dia merangkak laju pergi kat Nek Ton!", Auntie itu, Auntie ini...sedih aku...dulu setiap milestone Shariff, aku yang khabarkan pada Janik time dia kerja kat Dubai, setiap milestone Shariff aku tak pernah miss out..Kesian Shafia..

will continue later, sekarang lunch hour. hehehe

1 comment:

kuizikel said...

huhu mas.. semoga dipermudahkan urusan ko.. rajin2 la update blog ko, suka sgt baca, rasa dekat je di hati.. hehhehe.. aku pon skang tade rumah, keje jauh, tapi laki yg berulang.. hai nak quit the job mcm tade dlm plan.. sbb ada byk hutang yg bersangkut di slip gaji.. smoga dipermudahkanla yer kita semua..