Saturday, April 24, 2010

Kenangan di masa kecik...PART 1

Bila bercerita pasal kenangan masa kecik ni, macam-macam ada dalam fikiran aku nih. Macam-macam aku nak bercerita.hehehe...

Masa kecik dulu, sebelum umur aku 7 tahun, kitorang 1 family duduk rumah kat Jalan C-10 (rumah Kak Dah sekarang). Lepas tu, bila umur aku dah 7 tahun, time tu abah dah beli rumah baru kat Jalan J-16 (rumah sekarang), barulah kitorang pindah sana. Sempatlah aku merasa duduk rumah baru start je Darjah 1. hehehe..

Cerita di Jalan C-10

Masa duduk rumah kat C-10 ni, aku geng dengan abang-abang aku je. Maklumlah, aku je sorang perempuan lepas berderet anak lelaki 4 orang. Siapa lagi aku nak geng, kalau bukan dengan abang-abang aku yang teramat lah nakalnya itu. Aku panjat bumbung, terjun dari bumbung, panjat palong (ala saluran air yang besar dan panjang gila-gila tu), panjat pokok, dan boleh dikatakan apa saja skill lelaki yang abang aku ada, aku pun ada jugak. heh heh heh..

Kat area situ, aku kurang kawan perempuan. Aku ingat lagi, dulu aku ada berkawan dengan sorang budak perempuan, aku tak ingat dah nama dia, tapi mungkin Nadia kot..aku ni ganaslah katakan, kitorang main masak-masak kat porch rumah dia, then aku pun berlakon lah menumbuk daun (konon bawanglah tu) kat atas simen porch dia tu (zaman 80an simen je lagi, takde tiles-tiles ni)..tumbuk,tumbuk,tumbuk guna batu, sekali, krakkk! pecah simen rumah dia..dia terperanjat, aku lagi terperanjat, dia nangis,aku pun nak nangis lah..dia sibuk cakap nanti mak dia marah dia..aku pun cakaplah, kita pun takut mak awak marah kita. Habis macamana?

Lepas tu, entah macamana, aku lari balik rumah, tinggalkan dia nangis sorang-sorang..mestilah aku lari, sebab takut sangat..aku agak umur aku masa tu 5 tahun. hehehe..pastu the next day, dia datang rumah aku, dia kata mak dia marah sebab simen tu pecah, then mintak dengan aku 50 sen untuk simen pecah tu..aku pun cakaplah, mana kita ada duit banyak tu! Lepas tu aku cakap, kita taknaklah kawan awak lagi, nanti mak awak mintak duit lagi dengan kita..pastu aku pun stop kawan dengan dia..kesian dia, dahlah aku je kawan dia, everytime aku main kat luar dengan abang-abang aku, naik basikal ke, lari pergi palong ke, aku nampak dia duduk sorang-sorang atas buaian rumah dia tengok aku..sob..sob...sedih pulak...

Ni lagi satu cerita..ada jiran sebelah rumah aku, jiran selang 2 buah rumah lah..tuan punya rumah tu aku panggil atuk dengan nenek. Nenek ni memang pandai melukis, in fact, dia boleh melukis muka dia sendiri. Aku memang kagum gila lah dengan dia.hehehe..dia ada cucu, nama aku tak ingat dah. Dia ada buatkan loteng untuk cucu dia, bilik+lotenglah, kat situ ada banyak mainan untuk cucu dia. Tapi nenek ni seingat aku, tak pernah nak bagi aku naik loteng cucu dia tu..kedekut sangat. Macam-macam alasan dia bagi, kata takut sepahlah, atas tu ada hantulah,itulah inilah... Sekarang pun nenek tu ada lagi, and then, dia selalu salahkan rumah Kak Dah yang banyak pokok kalau ada musang ke ular ke kat area C-10 tu...ciss..nenek tu baik memang baiklah, tapi grumpy yang amat..suami dia dah arwah dah few years ago..aku rasa dia lonely kot, that's why dia takut berlebihan. Tengok rumah tu pun sunyi sepi. Aku rasa mungkin anak-anak and cucu dia dah pindah, tak tinggal dengan dia lagi..nenek..oh nenekk....

Masa kecik dulu, aku memang manja dengan abah..sikit-sikit abah..sikit-sikit repot kat abah...abah pulak time tu selalu outstation pergi overseas, jadi tinggallah mak jaga kitorang adik beradik..dulu kitorang ada jugak orang gaji, tapi bukan orang indonesia lah, orang local je yang kitorang panggil kakak..zaman awal 80an dulu orang-orang Indon yang berhijrah ke Malaysia tak meluas macam sekarang..kakak ni lah yang selalu jaga kitorang adik beradik..Pernah satu masa, abah nak pergi outstation, aku nampak abah dah kiss mak, aku dah agak abah nak keluar lama lagi, aku pun menangis lah..menangis menangis menangis..sampaikan abah yang dah keluar lebih 1/2 jam, boleh pulak dia patah balik ambik aku bawak sekali ikut dia..rupanya masa tu abah nak pergi rumah Ayah Mat (arwah bapa saudara aku) kat Kelantan..masa tu umur aku dalam 5-6 tahun gaklah..itulah kasih abah..in fact, sekarang aku boleh rasa lagi betapa rapatnya aku dengan abah masa kecik dulu..kalau aku lewat balik dari kerja ke, keluar mana-mana ke, mesti abah akan call aku tanya aku kat mana, dan bila nak balik. Masa remaja dulu, aku rasa panggilan tu macam panggilan yang hangit, menyusahkan, mengongkong, tapi bila dah dewasa dan matang macam sekarang, aku dapat rasakan, itu adalah satu panggilan yang risau dan caring. ^_^ Memang aku sayang abah!

And then, bila abang-abang aku dah masuk sekolah, aku bosan duduk terperap kat rumah..sampai ada satu kali tu, aku angkat telefon (masa tu telefon zaman batu lagi,telefon pusing-pusing), nak dail sekolah nak cakap dengan abang aku..heheheheh...Aku asyik cakap nak sekolah,nak sekolah,nak sekolah jee...pastu bila dah masuk sekolah, dah masuk universiti, hah,pandai pulak nak ponteng-ponteng pergi dating..heheheheh...last-last banyak paper repeat!hahahaahah...

Rumah C-10 tu dulu pun ada loteng gak, aku rasa memang rumah-rumah lama (area tu since 70s lagi) ada loteng lah..rumah kawan aku ada loteng, rumah c-10 ada loteng, rumah kawan depan rumah kawan ada loteng,cuma tak sempat nak selidik setiap rumah kata area tu je untuk pastikan ada ke takde loteng..hahahah..loteng ni, kadang-kadang memang berhantu...kalau malam-malam,,adui..memang takut nak pandang ke atas loteng tu...pernah rumah kak dah tu, kat loteng dia ada jumpa perempuan rambut panjangggg sangat-sangat, pakai baju lusuh kaler putih, pastu muka tak nampak..memang seram!!! :-((

Sekarang pun rumah Kak Dah ada bunyi-bunyi misteri..heeee..takut aku kalau duduk tengok tv sorang-sorang malam-malam. Banyak kali aku dengar benda bergolek-golek kat loteng rumah Kak Dah..especially dumb-dumbell Abang Sham..takkanlah dumb-dumbell yang berat tu tikus boleh gerakkan..pastu selalu terdengar bunyi kerusi meja kat dapur rumah Kak Dah ditolak-tolak..eeee so scary!! Maklumlah rumah sejak 70an lagi, memanglah..orang kata, dah macam-macam ada kat situ, sejak sebelum manusia duduk lagi kan?

to be continued...

No comments: