Sunday, April 18, 2010

Teruknya morning sicknesss!

Aduila..tak taulah aku nak cakap macamana morning sickness aku ni..teruk betul! Pagi-pagi dah muntah, lepas tu badan jadi lembik, flat..sejak start morning sickness aku last week, dah 2 hari aku MC. Tak larat. Kepala berpusing-pusing. Bila loya sangat, tekak pulak tak boleh nak muntah, angin loya tu buat kepala aku berpusing-pusing. Tak boleh nak drive pergi kerja. Hopefully 2nd pregnancy punya sickness tak teruk macam 1st dulu.

Masa awal-awal ngandungkan Shariff, aku memang flat. Tak boleh nak buat kerja. Bau food pun dah nak muntah. Dahla kena demam yang non-stop sampai 4th month pregnancy, tu tak masuk lagi batuk, selesema, sakit kepala and badan panas. Memang teruk masa tu. Berat masa tu tak silap aku turun kot dalam few kgs. Tapi bila dah masuk 5th month, selera makan aku gradually increased. Masuk bulan ke-6 until ke-9, betul-betul dah jadi selera dinosor.hahahaha...badan pun macam mak dinosor.

Sekarang pun aku dok terpikir-pikir, adakah aku akan kembali menjadi mak dinosor? Oh tidakkk...buat masa sekarang ni, takdelah aku risau sebab berat aku tak naik, cuma turun 1kg sebab tak selera makan. Aku plan nak ambik produk Salindah. Ok ke produk tu? Pernah dengar ke? Baca kat forum macam ok. Tu produk homeopati. Ada orang dalam forum tu cakap, sepanjang ngandung dia makan Salindah, bersalin pun senang, pastu tak kena jahit pun dia punya tuttt...Anak dia pun sihat dan kuat macam tagline Milo tu.heheheh... Tapi mahal sangatlah..tak silap aku satu set tu dalam RM380++..mak oi..mana nak cekau duit. Kakak ipar aku kata, kalau beli kat HQ dia kat Jitra, Kedah, dapat separuh harga dalam RM 180. Ish..sapalah nak pergi Jitra sana belikan.. :-(

Aku paling risau tumpah darah macam dulu lagi..tumpah darah pulak ada 2 kemungkinan, hidup atau mati aje...Aku bersyukur sebab masih diberi peluang untuk hidup lepas tumpah darah dulu..memang seksa...kulit jadi kuning dan pucat sepucat-pucatnya..memang taktaulah nak kata.. sebab tu aku nak cuba Salindah, orang kata, produk ni lengkap segala nutrien, badan pun kuat.

Eapi sekarang aku rasa letih gila-gila. Rasa tak bertenaga, bila kerja tak boleh nak fokus. Selalu sangat buat silap, apa yang orang cakap pun aku cepat lupa. Ish teruk betul, ni dah peringkat nyanyuk dah ni... :-D

Actually pregnancy ni pun tak dirancang. Aku still belum pergi scan berapa weeks dah kandungan ni sekarang. Rasa macam malas-malas nak pergi jumpa doktor. Tunggulah lagi 1-2 minggu. Lagipun, kalau scan awal-awal bukannya nampak rupa lagi. Masih dalam peringkat macam bola-bola..tapi ada jugak aku agak-agak berapa weeks sekarang, rasanya macam baru 7-8 weeks. Sebab biasanya, morning sickness starts bila dah 5-6 weeks. Jadi, dengan perkiraan sendiri, aku agak-agak duedate aku 11 dec ni.hehehe..anak tahun 2010 jugak nampaknya. :-p

7 comments:

NedLi Sakurai said...

patutla ko moody jer sejak dua menjak nie erk? perubahan diri rupernyer (^^i).. take care tau!

kuizikel said...

sapa la tinggal kat jitra? ko lupakah aku dah jd pemastautin jitra..haha.. apa nama produk tu.. ada alamat ke kedai dia? klu jusmate5 dr rozmey aku tau la..salindah tak pernah layan lagi.. kang bgtau aku.. aku tlg tanya

Unknown said...

eh...pojan ko dok jitra ke?wahhh. .rezeki aku nampaknyaa!!aku tau ko dok kedah, tapi tak terfikir pulak kat jitra!serius aku memang lupa ko dok mana dengan husband ko..hahaha..thanks a lottt pojan!! alamat dia tataulah..dia macam rahsia pulak,sebab biasanya produk ni kena beli dengan agen. nanti aku tanya kakak ipar aku mana alamat dia..thanks again!!

Unknown said...

heheh..thanks aini.. ^_^ memang aku moody sebab tade energy, tambah2 terpaksa drive jauh ke tempat kerja..tu yang extra letih and 0 energy..hehehe

Unknown said...

pojan, ni aku dah dapat address dia.
Nama Syarikat: Era Edar Marketing Sdn. Bhd.

Alamat: Lot 4 & 6, Tingkat Satu, Bandar Darulaman,06000 Jitra, Kedah Darul Aman

Telefon: 04-9199044

E-mail:eraedar@eraedar.com.my

Laman Web: www.eraedar.com.my

amoi said...

take care mas...jaga baby dalam perut elok2..dan shariff sekali..hehe...

Unknown said...

heheh..thanks aini. :-D