Saturday, April 24, 2010

Kenangan masa kecik...PART 2

Kenangan rumah J-16

Hmm..rumah ni seingat aku lah, kitorang satu family start duduk sejak tahun 1987, sejak aku Darjah 1 lagi. Masa tu kawasan ni sejuk sangat-sangat..sebab belakang ni bukit. Tak ada lagi pembangunan, pemotongan bukit atau pembesaran jalan.hehehe..kat tepi rumah aku ni, ada anak sungai, aku agak sungai ni dari hutan belakang bukit tu..air dia sejuk sangat, siap ada labi-labi, anak ikan, pasir pun jernih..awal-awal kitorang duduk sini, sungai tu bersih, tak tercemar lagi. Yelah, rumah tak banyak, lepas tu, jambatan yang sekarang menghubungkan Fasa 6 (rumah J-16) aku ke bandar Melawati pun masih takde, tempat tu penuh dengan hutan kecik.

Oh ye,sebut pasal sungai tepi rumah aku ni, aku teringat,masa tu aku darjah 3. Hobi aku petang-petang, lepas balik sekolah ialah menangkap anak-anak ikan kat sungai tu..masa tu aku rasa macam seronok sangat tengok anak-anak ikan berkumpul membentuk satu kawanan..bila tangkap dengan tangan, haaa, banyak gila dapat..tu yang seronok..aku siap beli jala kecik lagi kat kedai mamak.hehehe..Tapi yang tak seronoknya, anak-anak ikan yang aku tangkap ni, aku pilih-pilih yang bunting je..nak tau sebab apa? Sebabbbb, dengan jahatnya, aku akan picit perut dia sampai tersembur anak-anak dalam perut dia..memang jahat sungguh..tiap-tiap hari aku buat macamtu..sampailah satu hari itu....jeng..jeng..jeng...

Balik dari sekolah, aku masih meneruskan aktiviti gila aku tu, sampai puas tengok ikan-ikan menggeletik mati, aku balik rumah...lepas tu, malam tu jugak, tiba-tiba perut aku kembung..kembung kembung..kembung..dan besar..dan besar..dan besar..sampai tegang, rasa nak meletupp!! aku menangis-nangis cakap kat mak perut aku sakit..mak sapu minyak Mestika, tak jalan, urut-urut,tak jalan, tiup-tiup, tak jalan gak..pastu dah habis ikhtiar, mak aku panggil Opah (opah ni nenek yang ajar kitorang adik beradik mengaji sampai pandai)...Opah duduk depan rumah aku je..then malam tu jugak Opah datang, opah terkejut tengok perut aku yang besar tu..tanya aku kenapa? Aku cakap la (sambil nangis) sakit perut..perut keras,rasa nak meletup..pastu dia tengok lain macam je..dia tanya aku ada wat apa-apa ke kat binatang? Aku cakap takde, pastu dia cakap lagi, cuba cakap betul-betul dengan opah, tak baik menipu..pastu aku cakaplah aku suka picit perut ikan (dengan rasa takut-takut)...pastu opah geleng pala, dia jampi-jampi (sambil jampi sambil mengomel) kat aku..jampi-jampi, sapu minyak dan bagi aku minum air..dan-dan je perut aku kempis...pastu opah mengomel lagi..kata tak baiklah buat jahat kat binatang, dia nak hidup macam kita jugaklah..blablabla potpetpotpet..sejak dari haritu, aku dah insaf, dan aku jadi sayang pulak pada binatang..yelah, diorang kan macam kita juga...nak hidup berkeluarga dan bergembira sampai akhir hayat...minta maaflah pada ikan-ikan yang dah aku bunuh dengan sengaja..kesian ikan-ikan tu..tak sempat beranak pinak dah mati kat tangan aku...

Duduk kat area J-16 tu, aku ada ramai kawan-kawan perempuan..mostly jiran-jiran mak aku diorang ni ada anak perempuan ramai, jadi aku pun petang-petang suka main teng-teng, batu seremban, lumba lari, masak-masak dengan dioranglah..sejak abang-abang aku dah bersekolah, diorang dah tak minat nak geng dengan aku..biasalah, eksyen,dah rasa jadi lelaki lah kononnya bila ada geng laki kat sekolah padahal diorang baru darjah 2, 4,5,6..hehehe..aku pulak,masih macam biasa..masih dengan dunia kanak-kanak aku..kakak-kakak aku (Kak Ma & Kak Dah) ada kat boarding school kat Kuala Terengganu, jadi diorang balik KL pun setahun 1-2 kali je baru boleh jumpa muka. Memang aku tak rapat dengan diorang masa tu, lagipun beza umur jauh sangat.

Oh ye, aku nak cerita pasal kawan aku ni, aku panggil Deq. Dia jiran depan rumah aku, dan selang beberapa buah rumah. Mak dia pandai masak kek pisang, dan mak aku pulak, rajin beli kek pisang dia. Waktu ni aku Form 4, dan waktu ni jugak, abah dah mula hidup senang, bolehlah nak beli itu ini untuk kitorang adik beradik..ada satu waktu tu, mak abah belikan loket emas bentuk bunga ros untuk Ayu (adik bongsu aku) dari Habib Jewels. Aku pun macam jeleslah, kenapa mak tak belikan untuk aku gak..then aku tanya, boleh tak nak beli benda yang sama untuk diri aku jugak? Aku kata nak pergi beli sendiri. Then mak bagi aku duit, dalam RM 200 (masa tu emas memang murah, tahun 1996). Aku ajak Deq pergi Habib Jewels kat Jusco Wangsa Maju (masa tu nama dia Alpha Angle). Sampai kat Jusco, kitorang jalan-jalan pergi tengok baju-baju, then tiba-tiba Deq cakap, eh bagi kita peganglah beg awak tu..nanti senang awak nak jalan-jalan..aku yang lurus bendulnya ni pun kata, oklah..then bila dah bagi, tiba-tiba dia kata nak gi toilet jap..aku kata jomlah,then dia kata, takyah ikutlah, kita pergi sendiri je..aku pun kata, oklah..lepas dia dah balik dari toilet, kitorang pun pergilah Habib Jewels kat depan Padini, then aku pilih loket yang sama dengan Ayu (kakak tu kenal aku, sebab parents aku biasa beli jewellery kat situ), then masa nak bayar tu, aku terkejut tengok dalam purse aku ada RM 100 je!!! Mana lagi RM 100??

Aku memang tergamam masa tu, kakak tu tanya, napa dik? Aku cakap yang tadi aku bawak cukup duit, tapi duit tiba-tiba tak cukup..dia kata, mungkin tercicir ke apa ke..then aku tanya Deq, ada nampak tak duit tercicir dalam teksi ke apa ke? Dia kata takde..apalah bodohnya aku ni..kalau nak tercicir duit dalam teksi, dah sah2 tercicir semua sekali..nama pun lurus bendul..hahah..pastu aku tengok Deq macam tergagap-gagap..dia buat-buat tanya, duit awak hilang ke? Aku pandang dia macam syak sesuatu..tapi aku diam je..then dengan perlahan-lahan, aku keluarkan duit yang kebetulan aku bawak extra dari poket aku..aku nampak Deq macam tergamam..nasib baik aku bawak extra RM 100...harga loket tu dalam RM180..lepas bayar tu, aku senyap je..tak cakap apa dengan Deq..aku nampak muka dia dah serbasalah..macam ada sesuatu..aku tahan teksi, kitorang naik balik rumah, tapi aku tak bertegur pun dengan dia..sebab, aku tau memang dia yang amik!! Sebab tu dia buat-buat nak pergi toilet!

Bodoh betul aku bagi orang pegang beg aku macam gitu je...sampai rumah, aku buat dek je dengan dia..aku balik tu,aku cerita terus dengan mak abah..mak kata, itulah, lainkali percaya lagi kat orang..aku cakaplah dengan mak, mana nak tau dia nak wat benda tu, sebab dah kawan dengan dia dari kecik lagi..mak kata, macam-macam jenis orang ada sekarang....hai..kenangan betul masa tu...since that aku dah tak kawan dengan dia dah, kalau dia tegur ke, ajak aku keluar ke, aku wat bolayan, bagi macam-macam alasan..oh tidak, pisang tidak akan berbuah 2 kali ye..aku cuma kawan dengan kakak dia je..dan sekarang, mak dia dah berjaya dengan business kek pisang tu..tak ingatlah apa jenama kek pisang tu, tapi quite famous...memang sedap gila-gila2! aku rasa kat jusco/ giant ada kot... and diorang pun dah pindah ke tempat lain. Aku benci betul orang macam tu. Nak duit dengan cara senang je.

Tapi semakin aku besar, aku dah hilang one by one jiran-jiran perempuan aku ni..ada yang pindah rumah, masuk boarding school, eksyen, pilih kawan, aku pulak, start je Form 1, aku dah mula berjauhan dengan keluarga, dah start masuk asrama..tapi Form 3, aku pulang semula ke Kuala Lumpur tercinta ini, dan bersekolah kat sini. hehehe...

2 comments:

amoi said...

syok baca cerita ko masa kecik2...aku masa kecik takde sgt xtvt sbb mak aku mesti tak bg merayap semua..terperuk kat rumah je la..huhu...

Unknown said...

hahaha..yeke..ala biasalah tu, aku ni pun bernasib baik sebab ada abang2 4 orang atas aku, berderet bodyguard bila keluar tu, lagipun dulu tak bahaya macam sekarang, dulu mana ada kes2 culik budak, budak kena rogol, kena liwat etc kan? sekarang cuba tengok jiran2 kita,aku rasa dah jarang yang bagi anak kuar petang2 main depan rumah..depan umah pun dah bahye