Monday, April 5, 2010

Letih letih letih letih..

Letih letih letih..

Aku dah mula penat kerja kat sini. Letih travel tiap-tiap hari..kalau hari hujan dan peak hours, lagi teruk. Sekarang pergi kerja pun macam dah tak ada mood, sampai tempat kerja pun tak ada mood, balik kerja lagilah tak ada mood.

Hm..masa mula-mula kerja dulu, memanglah seronok. Konon lagi betterlah dari kerja dalam KL yang jem macam sardin...tapi after second, third, fourth thoughts,i changed my perception..sebenarnya, kerja dalam KL lagi better.

1. dekat dengan rumah. 2. Jem, tapi tak lama sangatlah, kan ada highway, DUKE ada, AKLEH pun ada. 3. Masalah nak dapatkan parking je, selain tu, ok aje rasanya. 4. Gaji? Entahler..boleh dapat ke gaji macam sharp ni? Dulu kat Zul Rafique, gaji aku ciput gila!

Laterlah komen pasal kerja dalam KL. Now nak bercerita tentang Shariff.

Now, there is no happiness to share with Shariff..kesian dia. Bila balik kerja, tengok muka ceria dia, naiklah sikit mood aku especially bila tengok dia berlari-lari ke arah pintu bila dengar suara aku bagi salam. Tapi bila tengok dia nak berdukung, merengek-rengek manja, aku dah annoyed. Rasa nak marah je Shariff. Kadang-kadang aku tertengking Shariff bila dah tak tahan nak layan karenah dia.

Aku perasan bila ada aku, dia akan merengek-rengek extra manja. Bila takde aku, ok je, pandai pulak buat hal sendiri, main sendiri, macam budak besar. Since hubby dah kerap turun KL, Shariff dijaga hubby waktu siang aku bekerja. Shariff duduk kat kajang dengan opah dan atuk dia. Hubby kata, senang sangat jaga Shariff. Sebab Shariff pandai bawak diri, asal dah kenyang, cukup tidur dan main. Tapi bila time aku dah balik kerja, tiba-tiba je berubah pe'el dia. Extra manja, nak berdukung, nak berpeluk...Bila fikir-fikirkan balik, aku rasa bersalah kat Shariff sebab tak train dia untuk menyusu dalam botol before start kerja dulu. Now bila dah kerja, siang hari Sharff terpaksa biasakan diri minum air teh atau air suam je pengganti susu. Susu tin dia memang tak nak minum.

Baru-baru ni aku ajar Shariff makan yogurt. Mula-mula dia taknak, mungkin sebab rasa yang pelik, but then, after few tries, nak pulak dia. Siap ambik lagi bekas yogurt yang aku dah buang dalam tong sampah, bawak dan tunjuk pada aku, then cakap nak!nak!.hehehe..kelakar betul..at least bolehlah yogurt ni jadi pengganti susu. Lagipun yogurt punya calcium is higher compared to susu formula. Later aku nak try bagi soya drink pada Shariff. But organic soyalah. Bukan soya yang dah ready packed macam kat supermarket tu. That is too sweet for babies.

Sekarang Shariff dah 16 months. Dia dah pandai buang pampers dalam dustbin, dah pandai ambik baju kotor dia then letak dalam laundry basket, then pandai ambik cd Happy Feet dia, then tunjuk kat orang suruh pasang. Lagi satu, dia faham cakap orang kalau dia buat sepah, then kita suruh dia simpan, dia akan kutip dan simpan kat mana dia ambik barang tu. Even dia dah kenal pets kat rumah Kak Dah..mana Sunny the cat, mana Zorro the rabbit, mana Bobby the dog (anjing jiranlah, bukan anjing Kak Dah), and even ayam-ayam belakang rumah Kak Dah pun dia dah cam..hahaha..

Macam kelmarin, dia ternampak skru kat lantai dalam bilik aku. Dia dah tau kat mana datangnya skru tu, then tanpa disuruh, dia kutip, dan bukak laci skru dan simpan skru dalam laci tu.heheh..pandai..Cuma dia belum pandai bercakap lagi. Kalau dia nak susu, dia akan tunjuk-tunjuk pada breast aku, dan cakap nak!nak! Lepas tu, pandai pulak dia pilih nak susu mana, kiri ke kanan..kalau dia nak kiri, dan aku bagi kanan, mulalah nak protes, mengamuk. kelakar betullah...

Banyak perkara mengenai tumbesaran Shariff yang aku dah missed out sepanjang aku bekerja. Aku tak tau pun sejak bila dia pandai salam dan cium tangan orang. Tiba-tiba je Iffah bagitau aku, "Auntie, Shariff dah pandai cium tangan orang. Tengok adik suruh dia." Then bila dia suruh Shariff salam, cepat-cepat Shariff salam dan cium tangan dia. I was a bit disappointed sebab bukan aku yang berjaya ajar Shariff perkara tu, tapi orang lain. Yang berjaya ajar Shariff macam tu pun seorang kanak-kanak kecil yang berumur 9 tahun..Iffah kata, dia selalu train Shariff tiap-tiap hari sebelum dia nak pergi sekolah, dia akan cakap pada Shariff, salam,salam, then dia akan bagi tangan dia pada Shariff dan letak tangan yang disalam tu pada mulut Shariff. After few tries, Shariff dah mula faham dan tau sendiri apa nak buat bila orang cakap salam..Then about kissing, Kak Dah kata, Shariff dah pandai kiss dia bila dia sebut "sayang auntie..sayang auntie.." then Shariff akan dekatkan muka dia dan kiss Kak Dah. Mula-mula dulu, bila aku cuba buat perkara yang sama, Shariff taknak cium aku pun..aku sebak gila..rasa macam nak menangis..jealous pun ada tengok Shariff lagi rapat dengan Kak Dah..

Baru-baru ni, masa hubby turun KL, Shariff tak berjumpa Kak Dah and the family for almost 2 weeks. Then bila hubby dah naik semula ke Cameron, pagi time aku hantar Shariff ke rumah Kak Dah, Kak Dah kata, Shariff melompat-lompat bila nampak dia. Then masa Kak Dah tengah tidur atas katil, boleh Shariff panjat katil, baring sebelah Kak Dah, join tidur sekali sambil peluk Kak Dah..hahahah..then siang hari, dia akan meraba-raba dan cium breast Kak Dah..Kak Dah kata, mungkin dia rindu nak minum susu, jadi dapat cium bau breast orang lain pun oklah.. ^_^ bukan dengan Kak Dah je dia buat camtu, dengan opah dia pun sama..even Iman dan Iffah yang tak ada breast tu pun dia boleh buat camtu..kesian Shariff..susu yang aku pam before ni pun tak terminum-minum. Dia protes tak nak minum dalam botol susu..bagi straw pun dia taknak..dia macam anti gila bau susu aku yang diletak dalam bekas lain..siap lempar lagi..

Aku rasa, cukup setahun, aku nak blah..aku tak sanggup sacrifice kemesraan antara aku dan Shariff...Gaji tinggi, tapi pergi dan balik kerja tambah lagi dengan travel time, sampai rumah pukul 7.30mlm, rasa memang tak berbaloi..aku dapat rasakan the value of motherhood inside me is fading away. Aku dapat rasakan yang sekarang, aku lebih suka kalau time cuti, Shariff duduk rumah Kak Dah, or somebody else jaga, sebab aku nak rehat secukupnya..oh tidakk!! diri aku dah makin hilang nilai keibuan itu! Even nak suap makan minum dia pun aku dah makin malas!..Now aku realize, hubby is doing a greater job than me di dalam bab-bab mengurus Shariff..dia lebih pandai attract Shariff, lebih pandai layan karenah Shariff, lebih pandai bagi makan minum, lebih pandai tidurkan Shariff, lebih pandai segala-galanya lah berbanding aku..

jom tengok gambar-gambar yang aku ambik masa raya cina baru-baru ni..that time, semua orang balik kampung di Terengganu..kitorang buat bbq seafood..that was great!!

nadiah, sister in law, tengah pregnant 5 months masa ni. Due early may 2010.

Zulaikha, anak abang aku yang sulung, memang chubby sangat2! guess berapa umur dia? She's just 3! but weighs 27 kg! next to her is Zia, anak abang aku yang 2nd.

Nuri, anak abang aku yang 2nd.

Shariff and Nuri sedang berbisik-bisik..


Zia and Abas main pasir..itulah kerja diorang masa kat kampung. Jakun lah tu!hahahah

Shariff memang suka bajet hensem..buat muka macho dia.hahaha

Baru lepas mandi. Marahlah tu kena berkemban..

Nuri dan Akbar..sama-sama baru lepas mandi. nak tunjuk sapa body paling tough!

Nuri dan ayah dia.

Shariff tengah mandi.


Takut-takut nak masuk dalam baldi besar macam kolam tu. Nak masuk ke taknak?Nak ke taknak? pikir sampai 30 kali!


At last masuk jugak! Sambil menggaruk-garuk bontot yang tak gatal!

Ni dah kat Kl. Masa ni dia selsema dan batuk. quite bad, but luckily takdelah sampai kena masuk hospital. hehehe

Geram tengok peha dia!

Damai je rasanya bila tengok dia tidur.

5 comments:

kuizikel said...

lamanyaaaaaa ko tak update blog mas.. ehehehe... mmg geram tgk peha sharif n gaya dia tido.. rasa nak kacau je dia tidoooo..hehhe...

aku dapat bayangkan kesusahan jadi ibu bekerjaya ni... aku yg blk rumah tade apa nak jaga ni pon dah tak larat je rasa.. rasa nak tdooo jek...

tapi takpe.. yakin boleh, ko kan superwoman popeyebaby..hehe

NedLi Sakurai said...

heheh. chaiyok2 mas (^_^)

//btw suker tgk gamabr last tue.. tido mcm org tua (^^i)

Unknown said...

hahaha...itulah..letihlah pojan balik kerja. lama gila aku tak berfacebook,beremail,berblog and bermain pc game. balik kerja memang aku dah tumbang. weekend pun aku taknak buat apa-apa..rasa nak tido je sepanjang hari tu.

a ah kan aini, gambar last tu tido macam orang tua punya stail.hahahah

amoi said...

suka tgk shariff tido...nyenyak je..hehe...

rambut shariff ikal ke?ikut sapa?

kuizikel said...

ila, ikut ko.. hahahhahahah