Friday, July 10, 2009

Satu hari yang penuh aktiviti..

heheh..sibuk betul aku hari ni..pagi tadi pergi Jusco AU2,beli buah untuk Don Shariff (nama Mafia dia yang Kak Dah bagi,ala2 Don Juan De Marco..hehe), pastu,lepas maghrib pulak,pergi Ikano ikut Kak Dah jumpa kawan dia..at the same time, aku pergi beli few items kat Missha. Actually,minggu ni aku quite busy jugala..Aku tolong abang aku jaga bini dia yang berpantang kat umah mak aku..since parents aku dah balik kampung semula on Monday, aku rasa bertanggungjawab untuk sama2 jaga kakak ipar aku tu..Masa aku awal2 pantang dulu (masa tu parents belum balik KL, adik laki kawin,and bibik pun belum balik Malaysia), kakak ipar aku tula yang sibuk jaga aku jugak bila Kak Dah sibuk tuition...pagi2 dia bakarkan tungku,pastu masak seaweed soup,pastu itu,pastu ini...I'm a good girl..heheh...

Jadi,aku pun pergila Jusco belikan barang2 untuk dimasak untuk dia,salah satunya ayam kampung (ayam organik dalam bahasa kota)..baru aku tau rupanya kat Jusco tu ada jual ayam kampung..tapi ayam dia,alahaiii..kenitnyaa...aku rasa aku makan sorang pun boleh habis..hahaha..harga pun RM10 seekor..takde pulak dia kira berapa ringgit sekilo. Masa aku pantang dulu, mak aku dah pesan,boleh makan ayam,tapi kalau boleh,jangan makan ayam yang beli kat pasar ke supamarket ke,sebab itu ayam cucuk,nanti kita gatal2 pulak,maklumla,lepas bersalin ni hormon sedang dalam pembetulan..betul tak?hahah...

Macam2 jenis ayam ada rupanya kat Jusco tu..yang aku paling geli sekali tengok ayam kaler itam,tah apsal tah kaler itam,macam rupa kena bakar sampai hangus pun ada...pastu itik pun ada,hai itik,dari manala kau datang,kebun cina ke kebun melayu??Tak pernah la pulak aku dengar @ baca di mana2 papan iklan atau koran (suratkhabar) ada orang Melayu bela itik untuk dikomersialkan..betul tak?Biasanya ca ya nun alif la yang suka makan itik2 ni..selalu sangat aku tengok itik tergantung kat gerai diorang,dengan leher itik tu terteleng2 sebab diorang kepit dengan penyepit..imaginasi aku berkata, pekk!!patah leher!kesian itik tu kena kepit..

Hari ni Shariff tak berapa sihat,sakit mata,dan seperti biasa, aku ikut nasihat nurse,titiskan susu badan ke dalam mata Shariff, semalam sakit mata dia teruk jugak,hari ni dah better sebab aku titiskan banyak kali dalam mata dia...Baru aku tau,rupanya susu ibu ni ubat paling mujarab untuk sakit mata,tak kirala sakit mata baby ke atau sakit mata orang dewasa. Aku rasa sebab dalam susu ibu ni ada 1001 macam khasiat yang selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui...

Sebab tu,aku tak terperanjat bila baca dalam paper last week, ada sorang pakcik tua kat obersea recover 100% dari kanser final stage dia lepas dia minum susu anak perempuan dia + susu lembu setiap pagi for few months..It was a miracle! Alhamdulillah,sakit mata Shariff pun dah bertambah baik..tak payah beli ubat antibiotik ke apa ke kat klinik. Bayangkan macamana orang zaman dulu yang belum ada kemudahan perubatan boleh ubatkan anak diorang yang sakit mata kalau bukan dengan susu badan diorang..kan? Okla,asyik membebel je..Jom tengok gambar!

Ni masa dalam baby's room kat IKEA..sempat lagi diorang ni berposing lepas Shariff habis menyusu..heheh..


























Ni dalam kereta petang lepas balik dari Jusco :)
Cuba tengok gambar kat bawah ni, and compare dengan gambar Shariff...looks alike?twins?? ;-)







Cuba teka siapakah baby yang di dalam gambar lama ituu?? :-p

wait for next CHAPTER!!

2 comments:

Azila said...

ko ke mas?

Unknown said...

uish..bukan aku la..janik! hahaha