Wednesday, December 30, 2009

Pengalaman semasa mengandung...

Masa mula-mula mengandung, aku selalu kena cirit birit..tak taula kenapa. Nak kata salah makan,tak jugak,tapi sensitif betul perut aku masa tu. Risau betul kot-kot dehydration tu boleh effect baby, mana tau baby jadi kecut ke apa ke sebab tak cukup air.. Tapi Alhamdulillah, semua ok je..

Early pregnancy, aku pegi checkup kat private, tapi lepas tu tak tahan dengan charge mahal, aku cuba alternatif pulak, try kat klinik desa nearby rumah aku. Tu pun nasib baik aku baru tau yang klinik desa rupanya untuk orang mengandung, sebab sebelum ni aku ingatkan klinik desa ni macam klinik-klinik gomen yang biasa, yang bagi ubat demam etc..rupanya tak, klinik desa is klinik yang dikhaskan untuk checkup ibu-ibu mengandung dan jugak baby/kanak-kanak, dan ditempatkan di kawasan-kawasan perumahan atau perkampungan, while klinik kesihatan (yang aku terconfuse sebagai klinik desa) adalah klinik kesihatan yang akan ditempatkan di setiap daerah dan more general untuk orang sakit demam etc..untuk masuk hospital, kena ada referral letter dari klinik kesihatan, kalau takde, takbleh senang-senang masuk..But untuk case Shariff, aku dapatkan referral letter dari specialist kat private, nanti boleh masuk hospital,cuma kena bayar mahal sikitla, but it is hassle free..tak leceh macam klinik gomen..Aku scan jantina baby pun di klinik kesihatan jugak coz klinik desa takde equipment tu.

Untuk area rumah aku, kitorang kena pergi klinik desa Kampung Pasir, di mana di klinik tu, aku berkongsi jugak dengan minah-minah Indon yang aku kata kurang ajar dan muka tebal tu..klinik Kesihatan yang berdekatan rumah aku pulak, ada kat Keramat, bersebelahan klinik gigi gomen. Kat klinik desa, takde ultra scan nak tau jantina ke apa ke, yang ada cuma baby's heartbeat scanner je..bunyi heartbeat baby kalau gune benda alah tu MasyaAllah kuat gila..DEGUP!DEGUP!DEGUP! Patutlah bahasa Melayu panggil heartbeat tu DEGUPan jantung.hehehe...

Mula-mula checkup kat private, aku selalu pergi kat Dr. Ashar (Hospital Ampang Puteri), but the main reason kenapa aku stop pergi sana is BECAUSE kena tunggu berjam-jam, ramai sangat-sangat orang. Untuk pengetahuan korang, wife Dr. Ashar pun gynae jugak, office diorang in one clinic tapi bilik berlainan. Wife Dr. Ashar ni tak silap aku nama Dr. Jamilah, pengerusi MERCY (yang aid mangsa-mangsa tsunami kat Acheh dan selalu pergi aid mangsa-mangsa perang kat Pakistan, Afganistan etc)...Bayangkan dalam satu clinic tu bercampur-campur patient Dr. Jamilah and Dr. Ashar....most of the time, Dr. Jamilah akan passkan patients dia kepada suami dia, sebab dia selalu busy dengan agenda MERCY. Jadi bayangkanlah baper lama kena tunggu daaa...mula-mula dulu aku teringin jugak nak beranak kat Ampang Puteri under Dr. Ashar, tapi bila mengenangkan kos bersalin kat sana yang almost RM3000 untuk bersalin normal, then dengan kesibukan Dr. Ashar tu, tak jadilah! terus cancel niat tu..lagipun Kak Dah dulu pernah cakap yang masa dia beranakkan Iffah kat Ampang Puteri under Dr. Ashar, yang sambut baby and attend dia dalam labour room semua nurses je, Dr. Ashar cuma datang untuk jahit luka bersalin tu..ish..tak kose la aku kalau camtu, bayar mahal-mahal untuk consultation semua, tapi masa berkualiti dengan Dr. Ashar nanti seciput je dapat..

Then, aku mintak pulak pendapat Kak Ida (sis in law)...dia recommend Dr. Marlek (Ampang Puteri jugak)...ok,then aku pun tukar doctor. Mula-mula nak register dengan Dr. Marlek dulu, assistant Dr. Marlek tanya aku kenapa aku nak tukar doctor, aku cakapla yang aku tak larat nak menunggu kat bilik Dr. Ashar, too crowded and the fees are expensive. Dr. Marlek pun ada tanya aku soalan tu jugak..aku tanya dia balik, kenapa tanya camtu?Tak boleh tukar doctor ke? Dia kata bukan camtu, boleh tukar, tapi takut timbul konflik sebab aku kiranya masih patient Dr. Ashar la..aku cakap lah terus terang yang Dr. Ashar mahal, maybe because of the Datukship depan nama dia kot. He just nodded.

Dr. Marlek punya checkup very comprehensive, which made me very satisfied. Scan and examine briefly, discussion and explanation pun very brief...mahal tak mahal, murah pun tak murah, just mid-range fees dia..first time pergi aku kena RM 70..Dr. Ashar dulu aku kena sampai RM120 untuk each visit..mahal nak mampus..Second time dengan Dr. Marlek, aku bayar about RM 60..tapi puas hatilah..then what made me switch the checkup process at klinik desa? Sebab aku tanya Dr. Marlek, boleh tak dia jadi visit doctor untuk aku beranak kat Hospital Ampang? Dia kata, diorang tak allowed untuk jadi visit doctor sebab hospital-hospital tu dah ada doctor sendiri..aisey...dia suggest aku beranak kat Ampang Puteri je, then aku kata, kalau beranak biasa aku mampu, tapi if anything happens, kena caesar ke apa ke, aku takut tak mampu nak bayar sampai RM6000..masa aku pregnant tu, Kak Ida pun tengah sarat mengandung 8 bulan, but unluckily, dia kena Caesar . She was under Dr. Marlek. Kak Ida ada bagitau aku yang dia suka under Dr. Marlek sebab Dr. Marlek biasanya akan bagi sokongan penuh untuk beranak normal dan hanya kena bedah kalau betul-betul ada komplikasi serius je. Why aku takut kena bedah? Sebab Kak Mina dah 2 kali kena bedah dengan Dr. Asmah kat Hospital Damai @ Taman Melawati..kena bedah pun bukan sebab ada serious complication, tapi memang sebab hospital tu buat duit dengan meng'caesar' orang..masa Kak Mina beranak dulu, on the same day, 99% perempuan yang beranak kat situ kena bedah..Aku pernah terbaca dalam KOSMO tahun 2006 yang Hospital Damai memang suka caesar orang walaupun takde complication sebab diorang buat duit dengan cara tu..gila!sakit hati! Sekali caesar dah RM 6000, kalau ada 20 patients??Tak ke dalam satu hari tu diorang boleh buat RM 120,000?

With Kak Ida punya recommendation, and with Dr. Marlek punya professionalism, masih tak cukup untuk menyakinkan aku beranak kat swasta untuk 1st baby ni...Jadi, reluctantly, aku pun stop check up dengan Dr.Marlek walaupun aku memang suka kalau dapat under dia. Then aku switch to klinik desa, 1st time pergi klinik desa macam orang bodoh, aku dok tercongok tunggu orang panggil number..sedangkan kat situ, dioarang akan panggil number kalau number tu attach dengan kad ibu atau IC. Lama jugak aku menunggu lepas amik nombor, hampir 1 jam..tiba-tiba tergerak pulak hati nak tanya nurse kat situ, camana nak checkup ibu mengandung..tiba-tiba dia bagitau aku yang hari aku pergi tu bukan untuk checkup ibu mengandung, tapi keesokkan harinya..ceh!bengang betul aku! Dahla sakit belakang duduk tercongok lama, pastu kena balik, then datang besok pulak!ceh!ceh!ceh! Bila dah tau prosedur semua, aku pun keesokkannya bawakla IC, surat nikah dan bil elektrik ke klinik tu..masa aku pergi tu ramai betul orang..lama menunggu..almost 2 hours..dah nama pun gomen, mestilah lama kan?Tapi aku suka sebab nurse dia semua baik-baik..takde pun yang kasar...Setiap kali pergi aku akan check berat badan, tinggi, tekanan darah, heartbeat baby dan dibekalkan dengan vitamin-vitamin. The last trisemester tu, nurse memang ada bagitau yg Hb (hemoglobin) aku rendah, which resulting in darah cair and will affect the delivery process. Dia suruh makan banyak hati ayam, hati lembu, vitamin B dan jugak sayur-sayuran yang banyak zat besi. Time tu aku tak terpikir pulak yang darah cair ni bahaya..Bahaya kenapa? Sebab darah cair nilah yang menyebabkan aku tumpah darah! Tu pun nasib baik aku tak mati...Itu yang sampai 3 beg darah masuk dalam badan aku..

Walau macamanapun, aku memang suka kat Hospital Ampang, dah rasa attached kat situ, even nurses and doctors kat sana pun masih ingat pada aku dan Shariff..why? Sebab agaknya aku duduk lama kat sana after bersalin, dan 2 kali Shariff masuk sana, jadi diorang memang ingat. hahaha..Oh, berbalik pada cerita suka kat Hospital Ampang, aku sukakan kebersihan hospital dia, kelengkapan, nurses and doctors sana dan jugak environment dia..very clean..and not too crowded. Cuma yang aku kureennngg sikit ialah dia punye policy. Very strict. Nak bawak anak turun bawah beli paper pun tak bagi. Apola..takut aku bawak lari ke?Tapi itu kan anak aku..oh, maybe diorang takut aku lari tak bayar bil kot..hehehe..Alah, tapi bil dia baru RM 48.. Masa 1st time Shariff masuk sana, bil Sharif Rm 4.50 je untuk 7 hari..Terkejut badak betul aku..hahaha..Yang second time ni jadi RM 48 sebab Abe kata, aku transfer case Shariff dari private ke gomen, sebab tu diorang charge extra expensive. Expensive pun baru RM 48..nak ketawa betul..itupun masih ada orang lari tak nak bayar bil..Macam Abeyi cerita, kawan dia punya wife beranak kat Hospital Kuala Lumpur (HKL), lari tak bayar bil RM 15..bukan sebab tak mampu, tapi sebab seronok dapat mengalami perasaan lari tak bayar bil tu..hahahahah..gelak besar betul aku..eh by the way, aku masih ada hutan RM 1.50 dengan Hospital Ampang untuk kos bersalin dulu..hahaha..Tapi aku tak lari tau, cuma masalah aku ialah aku selalu terlupa..hehehehe.. :-p

The last trisemester tu, aku gila betul makan desserts...Asyik nak makan kek, gula-gula, makan kat luar...The morning aku start keluar darah bersalin tu, sempat lagi the night before pergi makan Molten Lava Cake dengan Kak Dah and the gang kat Chilis KLCC. hahaha..Guess what? Aku menghabiskan 2 bijik molten lava cake tu..gila! Kak Dah kata, ni sebab balun 2 bijik la Shariff tiba-tiba nak keluar walaupun masih awal seminggu..hahaha..Tapi biasalah, masa mengandung semua benda kita nak makan, tapi lepas dah beranak, hormon dah kembali stabil, perasaan nak makan 'semua benda' tu dah takde..heheh..cuma masalah aku sekarang ialah macamana aku nak kurangkan kuantiti makanan yang aku ambil masa fulltime breastfeeding Shariff dulu? Dulu makan banyak pun, aku tetap akan maintain kurus, sebab kalori burnt a lot by breastfeeding...But now?? Aku cuma breastfeed pagi sebelum pergi kerja dan petang selepas balik kerja dan malam sebelum Shariff nak tido..so where will all the calories I took go? Pergi jadi lemaklah! Tu yang dah macam bumper gajah bontot aku ni..hahaha..oopss! :-p

2 comments:

kuizikel said...

owowowo bila aku nak mengandung ni...heeheh.. baru leh tulis blog panjang berjela mcm ko...kekekekek.. best2...

amoi said...

hehe...seronok baca cerita ko...tulis lagi ek...