Thursday, December 24, 2009

I'm Back with new stories!

Hehehe...gelak dulu sampai abis.. :-)

Rupanya dah lama aku terlupa pada diary aku yang satu ni...ni la diari aku masa Janik belum balik lagi..aku teringat pada diari aku ni pun bila Nadiah (sis in law) kata dia baca cerita ngeri aku masa beranak dulu..hahaha..

Lama betul aku tinggalkan diari ni..now planning nak sambung balik la..

First, aku sekarang tengah kerja dengan SHARP Electronics (Malaysia) Sdn Bhd. Baru start pun,about 3 weeks,and still under probation. Second, Janik dah balik Malaysia selama-lamanya, now planning to open his own business. Third, there's a lot of progress Shariff yang aku nak cerita. :-) Tak sedar,rupanya umur Sharif dah menginjak 13 bulan. So fast..and aku? Dari sekurus-kurus kering masa berpantang dulu, now dah jadi tembam setembam-tembamnya sejak duduk rumah Kak Dah. hahaha..

Banyak betul cerita yang berlaku di dalam hidup aku sepanjang aku tinggalkan blogspot ni..dulu bila teringat nak menulis, ada je hal yang membantutkan niat aku tu,alih-alih,lepas tu dah lupa terus..sampailah sekarang..same things happen.

Since Janik balik ke Malaysia, I was planning to find a permanent job. Aku pun search-search dalam Jobstreet, few positions jugak yang aku apply. But aku tak tau la kenapa pulak boleh tergatal tangan pergi apply kat Sharp, mula-mula tu aku just apply suka-suka,sebab tengok position dia macam pelik je,macam tak pernah dengar 'Operation Manual Planner'. Eh,what kind of planner is that?Berkaitan dengan IT ke?Or machinery?Or design? Takpelah,apply jelah, tup2, baru 2 hari camtu aku apply, aku dapat call dari Sharp..terkejut aku..mula-mula aku tak angkat..sapa pulak yang call aku dari number 03-55+++++ ni,malas lah angkat, then tiba-tiba aku teringat pasal Sharp..since aku notice that number yang starts with 5 is from Shah Alam area..aku pun return that call,correct! Betul pun Sharp,but suddenly line putus sebab tak cukup kredit..hahaha..aku pun tak menaruh harapan lagi dah..

Few days later,after weekend dah habis, aku dapat email pulak suruh datang interview on this date blablablabla..eh...aku tanya Janik,boleh ke pergi ni?tapi macam jauh,dia cakap,kalau jauh sangat,nanti penat,kesian Shariff sebab nanti aku balik lambat..but aku cakap nak cuba dulu,sebab aku kata,dia balik Malaysia nanti pun belum tentu dapat kerja terus. Then oklah,aku pun pergi interview..punyalah nervous sebab dah lama berhenti kerja. I was wondering sapalah yang akan interview aku and macamanalah rupa interview session aku tu..

Night before the interview, aku pun sibuk kemas sijil-sijil and all things required for an interview. The next day,aku pergi Shah Alam dengan panduan GPS aku..Alhamdulillah,aku selamat sampai,tapi terlambat pulak.why?Sebab ada accident dekat dengan Bukit Jalil..ciss,time tu pulak dia nak accident..eh tak baik betul aku ni..I was hoping that, that accident is not a bad sign for me on that day..heheh..Walaupun lambat,aku sempat call Sharp bagitau aku lambat datang sebab ada accident. Hopefully by calling them, it shows that aku seorang yang sangat beretika. :-)

Bila dah sampai kat Sharp, dengan darah gemuruh,aku pun masuk building tu,masuk bilik interview kecik,isi borang etc,then ada sorang Chinese lady bawak aku naik tingkat 2 untuk interview..eh berapa banyak bilik interview ni? Lepas tu,dari luar bilik tu,aku nampak ada 3 orang lelaki dalam bilik yang akan aku masuk tu..mak oii..ramai gila nak interview aku..matila camni..mesti sorang ni tanya camtu,sorang ni tanya camni,sorang tu tanya gitu..aku dah gabra..
tapi masuk je bilik,aku nampak muka sorang-sorang macam tak berapa peduli je,hilang jugak gemuruh aku..oh,rupanya Chinese lady yang bawak aku tu la interviewer and translator bagi pihak ketiga-tiga lelaki tadi..kenapa translator?Sebab ketiga-tiga lelaki tadi sumenya orang Jopun. Nasib baik! Sebab yang banyak cakap pun chinese lady tu je..heheh..tiba-tiba je aku rasa confident. Blablablabla..interview session aku berjalan dengan lancar..aku pun gembira sebab berjaya melalui interview tu dengan tade rasa takut-takut atau nak terkencing..heheh..by the way,ada sorang kakak yang masuk dalam bilik interview tu,dan duduk sebaris dengan interviewer tu,rupanya senior staff kat situ..and dia duduk depan meja aku sekarang..hahah..and kakak tu muka serius gila..tapi kelakar betul rupanya. Dia suka betul ketawa,makan kek coklat,and macam-macam jenis makanan ada bawah meja dia..unbelieveable betul..tak padan dengan air muka dia yang serius tu..hahahah

Hari ni interview,besoknya aku dapat call suruh faxkan sijil-sijil aku..rupanya aku terlupa nak bagi and tunjuk diorang sijil-sijil aku..tapi itulah yang dinamakan REZEKI,dalam careless2 aku macam tu pun,aku berjaya jugak diambil bekerja dengan diorang..

Memang seronok gila bila dah kerja dengan SHARP,mula-mula first day masuk tu,aku rasa a bit stress sebab aku tak tau apa kerja diorang..rupanya kerja aku buat user's guide (dalam bentuk buku,foldable etc) untuk AQUOS LCD TV Sharp yang akan dikeluarkan dalam pasaran malaysia..banyak dah aku belajar, this job is not easy,but not very difficult,but must be detail-oriented je..and very meticulous. Lama kelamaan aku makin suka dengan job aku..walaupun bekerja dengan company Jepun ni culture lain sikit,very strict,but aku enjoy sangat environment dia.

Oh yes,talking about Japanese working culture, since bapak aku banyak deal dengan orang Jepun masa zaman muda dia dulu, ada jugak dia bagitau aku yang staff and boss duduk dalam area yang sama,no boundaries between staff and boss such as directors,managers,assistant managers etc..yang duduk dalam bilik cuma General Manager sahaja. so,all those CEO,CFO ke apa-apa ke,duduk sama dengan staff,jadi dari situla boss-boss ni boleh tengok performance pekerja directly, sapa yang main,sapa yang kuat tido,sapa yang rajin,malas etc..nak ke boss-boss orang Malaysia buat camtu?Jatuhla ego beb..hahaha..jatuh standard..sebab tu dalam Malaysian working culture,especially government, sapa yang kuat kipas atau cuci kasut tu, cepatla dia naik pangkat walaupun boss duduk kat bilik hujung,and dia pun malas macam hape,tapi asalkan kipas dan cuci,naikla pangkat and gaji.heheh

later la sambung. letih betul balik kerja. by the way tomorrow cuti..yahooo!!! :-D

2 comments:

kuizikel said...

wah congrats dah dpt kje best... lepas ni klu aku beli AQUOS LCD TV SHARP aku tau la sapa punya keje klu manual dia tak dapat mengguide aku..hahahaha... selamat pulang ke tanah air gak utk janik, happy dengar ... semoga dapat bukak bisnes dengan lancar...

keep on updating la yerk.. suka baca citer2 ko.. fresh & lively (ada ke perkataan ni?,haha)

Unknown said...

hahaha..thanks pojan..insyallah aku akan sentiasa update,at least 2 hari sekali..alah..tak kisahla ada ke tak word lively tu,kalo tade,ko la pencetus idea utk perkataan baru tu..hahaha