Tuesday, December 29, 2009

It's not about love anymore Part 2

Hmm...bila dah biasa duduk jauh, aku dah tak rasa apa-apa sangat bila sekali lagi berjauhan dengan Janik sekarang. Cuma yang aku risaukan, takut Shariff tak kenal ayah dia sebab ayah dia asyik takde je depan mata dia, mungkin dia akan lupa mana satu ayah dia ni.

Tak sangka betul sekarang Shariff dah 13 bulan. Rasa macam baru je lahirkan dia semalam, sebab aku masih ingat lagi perasaan sentuhan pertama aku dan Shariff, betapa lembutnya kulit dia, betapa kembangnya muka dia, dan betapa merah dan comelnya anak aku sorang ni masa baru lahir dulu..Aku masih ingat lagi detik-detik aku menangis sebab tak dapat nak keluarkan susu bagi Shariff minum, masih ingat lagi macamana luluhnya hati aku tengok dia ada dalam NICU (ICU untuk baby), dan betapa gembiranya bila dah dapat menyusukan Shariff...

Saat bersalin dulu saat yang paling mencabar bagi aku, sebab suami tiada di sisi..Semua aku kena buat sorang..Takde sapa yang teman aku dalam labour room..Bila tengok orang lain, semua ada suami di sisi.. Pulak tu, masa berpantang pun aku sorang-sorang, time tu Kak Dah kerja lagi dengan Mr. Beck..tapi nasib baikla dia duduk rumah mak time tu, and after 1 week, Makcik Ton balik dari bercuti kat Indonesia. Jadi sempatla Kak Dah masak untuk aku, and Makcik Ton pulak serve and bakar tungku untuk aku..kalau takde diorang,tataula apa yang aku boleh buat. Kak Dah jugakla yang jadi tukang tidurkan, dodoikan,cuci berak and mandikan Shariff masa Shariff baru lahir dulu..sebab aku tak reti buat semua tu, lagipun sakit jahit belum hilang. Mungkin sebab tu Kak Dah is soo attached to Shariff until now.

It's not about love anymore..tapi persefahaman dan tanggungjawab tu yang penting...perasaan cinta yang konon hebat gila masa belajar dulu takkan membawa ke mana kalau belum belajar untuk jadi bertanggungjawab. Sebab tu ada pasangan yang bercerai berai walaupun baru setahun jagung usia perkahwinan, padahal masa bercinta dulu bertahun-tahun bagai nak rak. Redah gunung berapi pun sanggup. hahahah..ingat tak kisah Beego & x-wife dia?Bukan ke diorang bercinta dulu bagai nak rak sampai 7 tahun, lastly, tak sampai 10 hari dah failkan perceraian.

Hmm..aku memang takut kalau hal-hal macam tu terjadi. Selagi belum duduk serumah, belum belajar dan rasa bagaimana rupa beban berumahtangga, belum rasa macamana beratnya nak jaga anak, bayar utilities, bayar itu ini, macamana nak bahagikan duit untuk savings, perbelanjaan etc, aku rasa hidup berumahtangga tu belum lengkap. Aku memang nak sangat kalau kitorang boleh hidup sendiri, cari rumah sendiri and hidup macam pasangan suami isteri yang lain. Tapi kalau dah sorang ke hulu, sorang ke hilir, macamana? Aku risau jugak kot-kot kat Cameron tu nanti Janik terjumpa dengan perempuan lain ke, ada orang ngorat dia ke walaupun perut dia macam beruang, tu semua memang buat aku risau...Bukan boleh percaya kalau dah duduk sorang-sorang kat sana. hahaha...But aku sendiri belum ready nak berhenti kerja baru ni..Aku harap later on, dia akan duduk kat KL, terbukak hati nak cari rumah sendiri kat sini, and kerja kat sini.

to be continued..

5 comments:

kuizikel said...

wowowo tak pasal2 nama aku naik.. hehe...

yelah, aku setuju dgn ko, it's about responsbilities... bila dapat duduk serumah, baru tau erti 'gaduh'. dan selepas ber'gaduh', kita akan + 1 step mengenali pasangan kita.

aku doakan semoga semuanya baik2 saje... bagi ruang dan masa utk ko adapt balik kehidupan ber3 ni. kena diskas baik2... klu aku pon macam tak sanggup berenti keje, yelah.. mcm ko ckp, pk kedepan, kita tak mintak benda2 ni jadi, tapi kita kan hanya merancang...

ko rajin2 update blog yer, dari huruf ke huruf aku baca.. hehehehe

take care yer mas.. bila tah leh jumpa korang lagi ni.. esp shariff... sedo2 dah bujang..heheh

amoi said...

no comment sbb belum kawen...hehe...

insyaAllah segalanya akan berjalan dgn baik...doa2 la ek...

Unknown said...

jangan risau..skang aku dengan Janik dah getting much better, sebab last weekend dia jaga shariff full time, aku cuma breastfeed je..heheh..dia yg masak bubur,mandikan,cuci berak etc..ibu sharif lak?sleepp.. :-p itula saat yang paling best bila dia dah willing nak belajar wat perkara2 asas jaga baby. :-)

ila said...

mas...ada chocolate fair...kot janik nak join ke...tgk sini http://www.chocolatefair.com.my

Unknown said...

thanks ila :-)