Sunday, December 27, 2009

Sharif's new story..

Later aku akan upload gambar aku semasa slim dan ringan seperti kapas sehinggalah sekarang, montel dan berat seperti badak air.hahahahah....dari belakang mesti orang ingat mak badak air yang disguise pakai baju manusia :-p

Tadelah,aku ni exaggerate lebih-lebih pulak..hahahaaha..mesti orang dok pikir, uishh..mesti bontot dia besar gila macam badak air...uish..agaknya mulut dia luas camnela..pastu baper batang gigi tinggal dalam mulut dia?betul-betul macam badak air ke???i cannot imagine kalau badan aku betul-betul gemuk macam mak badak, sekali nganga mulut, haaaa, baper gelen air masuk dalam badan. Kalau Sharif montel takpe, sebab comel.heheheh..

Baru-baru ni, Sharif masuk hospital lagi sebab demam panas, then diagnosed to have Accute Bronchitis. It is similar to Asthma, having difficulty in breathing, tapi bukan sebab saluran pernafasan sempit seperti pesakit Asma, tapi Accute Bronchitis ni disebabkan oleh lendir dan kahak yang terdapat di dalam paru-paru. In fact, according to Kak Dah, Bronchitis may lead to Pneumonia (paru-paru berair).Kesian bila tengok Sharif tidur, berdengkur macam singa. Kuat gila-gila. Lepas tu, kejap-kejap mengigau, menangis, aku rasa sebab badan dia panas and susah nak bernafas. Luckily, duduk kat Hospital Ampang Puteri tu, kesihatan dia semakin baik. Aku pun dah tukar doktor untuk Sharif, Doktor Wong (a lady). Bulan October,masa Shariff masuk hospital Ampang Puteri sebab cirit birit, Dr Lim yang attend Sharif. It's not that I don't like Dr Lim, tapi dia jenis macam gopoh and kalut, and explanation dia is difficult to understand.. Boleh imagine tak, Shariff duduk hospital tu 8 hari with NO improvement at all, and ubat pun makin bertambah, tah hape-hape jenis ubat pun aku tak tau, then bila dah transfer ke Hospital Ampang (goverment) barulah tiba-tiba cirit Sharif makin baik. Dari 20x a day, terus jadi less than 5x a day..rupanya paeditrician kat Hospital Ampang tu suruh aku stop semua ubat yang Ampang Puteri bagi because dia kata, all those medications are not suitable untuk baby umur macam Shariff, which in another word, too strong bebeh,boleh lukakan usus dia, sebab tu dia takde improvement masa duduk Ampang Puteri. hmm..dah nama pun swasta, apa saja yang mendatangkan duit, dia bubuhla..boleh imagine tak bil Sharif selama 8 hari di Ampang Puteri with NO improvement tu, RM 4600.++? Ridiculous!! Nasib baik ada insurance, tu pun aku rasa kalau tiap-tiap bulan Sharif masuk hospital kena bil macam tu, mau bengkrap insurance company ada client macam Sharif. Dari elok-elok nama AIA, jadi ASB (Aku Sudah Botak).hahahaha...

Walaupun selama setahun ni aku membesarkan SHarif tanpa ayah dia di sisi, aku gembira sebab dia membesar jadi baby yang cerdik, alert, montel dan sihat. Thanks to Kak Dah, Iman, Iffah and Makcik Ton sebab banyak sangat tolong aku....Aku pun memang duduk rumah Kak Dah kalau mak and abah balik Terengganu, jadi Sharif memang membesar dan jadi sebahagian dari adik-beradik Iman and Iffah, and yet, Kak Dah, Abg Sham, Makcik Ton and Iman Iffah are soooo attached to Sharif..The bond is strong...

Now Sharif dah pandai berjalan, tapi sayang, walaupun ayah dia dah balik Malaysia, masih tak dapat sama-sama meraikan saat-saat tengok Sharif's first step, sebab sibuk kat Cameron. Hmm..kadang-kadang aku rasa terkilan jugak, tapi nak buat macamana...Banyak sangat progress Shariff yang dia dah miss dan tak dapat tengok, Sharif pun dah start boleh bercakap, panggil bu..bu..bu..ba..ba..ba..ate..ate..ate..(aku rasa sakit kot)..hahaha..tengok pembesaran anak depan mata memang menggembirakan..cuma saat-saat tu tak dapat dikongsi bersama-sama dengan ayah Sharif.

Dapat 1st gaji ni, aku nak belikan Iman & Iffah hadiah sebab rajin jaga Sharif masa aku kerja..hehehe..will think what to give..sekarang belum ada idea lagi..maybe beli something cute yang diorang boleh bawak ke sekolah next year kan?

Yahooo! New year is another 5 days!!

P/S:

Bil kat Hospital Ampang pulak for 3 days, cuma RM 48.00 termasuk laboratory, ambik darah etc..murah kan?In fact, tu termasuk tunggakan RM 5 untuk bulan April masa Sharif masuk situ.hahaha..aku nak ketawa betul tengok perbezaan bil yang ketara tu..sakit hati pun ada..

4 comments:

amoi said...

mas...better gi hospital government je...sbnrnya kat hospital government la ramai doktor pakar..kalau hospital swasta tak dapat handle case, semua dia akan transfer ke hospital government jugak...cuma nak kena pilih hospital government yang ok sbb gomen ni dah sinonim dengan bad service...hehe...hospital baru insyaAllah ok...:)

Unknown said...

hehehe...betulla ila..aku rasa sebenarnya gomen yang bagus,masalahnya kalau anak sakit,bukan senang nak masuk gomen kalo sakit tu bukan kritikal case..kan? Last April, masa Shariff kene cirit birit, first time pergi hospital, diorang still amik ringan, padahal masa tu dah lebih 10x cirit..then after 2 weeks tak baik2, pegi hospital lagi skali (tapi dengan referral letter dari pakar), barulaaa diorang hospitalize..

kuizikel said...

masuklah hospital aku kat sungai petani.. hari2 aku datang melawat...hehehehehehe...

akhirnya ada gak orang puji hospital gomen, bangga sat walaupun aku bukan doktor.. hehehehe... tapi betulla, mesti ko rasa klu bagi RM50 tu takyah pulangkan jek klu , kat hospital gomen tu kan?

nway, get well soon my dear shariff!!!

Unknown said...

A ah..actually, aku memang suka hospital Ampang tu, sebab aku tau servis diorang memang bagus,and yet the hospital is very the clean tahap gaban.hahaha..kalah private hospital i tell u. Cuma, masalahnya, nak masuk tu susahla..lagi satu terlalu protokol and strict sangat hospital gomen ni..kalau kat Ampang Puteri, aku boleh bawak Sharif jalan2 kat Ampang Point, tapi kat gomen, nak bawak kuar wad untuk beli newspaper kat kedai DALAM hospital pun tak dibenarkan..mati kutu aku kat situ..hahah